Musim ke-4 rancangan realiti amal yang dinanti-nantikan, Kongsi Kasih, kembali dengan episod pertamanya yang mengundang rasa sebak dan keinsafan. Mengangkat tema ‘Kongsi Kasih, Jejak Jalanan, episod ini menampilkan kisah sebuah keluarga yang berjuang meneruskan kehidupan di sebalik cabaran ekonomi dan kesihatan.
Suami & Anak-Anak Perlu Perhatian Khusus
Episod pertama membawa penonton menyelami kisah Puan Saliza, seorang suri rumah yang berhadapan dengan komplikasi penyakit darah tinggi dan kencing manis namun perlu menumpukan perhatian dan penjagaan terhadap dua orang cahaya matanya orang kelainan upaya atau OKU berusia 11 tahun dan 5 tahun yang turut berdepan dengan masalah kesihatan.
Keadaan kesihatan Saliza juga sebenarnya tidaklah begitu baik apatah lagi dirinya mempunyai penyakit asma kronik. Setiap bulan dia perlu menjalani rawatan pemeriksaan kesihatan di Hospital Serdang dan Hospital Kuala Lumpur bukan sahaja untuk dirinya, malah untuk pemeriksaan anak-anaknya.
Kesempitan dari sudut kewangan kadang-kala menyebabkan dirinya terpaksa menunda temujanji rawatan di hospital apatah lagi hanya berharap menunggang motorsikal untuk membawa anak-anak ke hospital.
Sokongan Perfume Paradise
Menerusi episod ini, pasukan Kongsi Kasih bersama penaja, Perfume Paradise tampil memberikan sokongan moral dan bantuan kepada keluarga Puan Saliza.
Menurut pengasas Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran, dia sebenarnya terkesima dengan kehidupan Puan Saliza yang kuat semangat meskipun terpaksa berhadapan dengan dugaan kehidupan.
Pihak Perfume Paradise juga turut membuka peluang dan ruang untuk keluarga ini menjana pendapatan sampingan melalui Perfume Paradise di samping memberikan sokongan secara menyeluruh dari bimbingan pemasaran hingga produk berkualiti yang mudah dijual.
Pengacara rancangan Kongsi Kasih musim ke 4, Haze Huzir berkongsi momen berkunjung ke kediaman Puan Saliza yang terletak di Bandar Kinrara, Puchong yang menyentuh hati pengacara ini apabila melihat kanak-kanak berusia 5 tahun yang berhadapan dengan masalah kesihatan iaitu kepala besar ini menyambut kedatangan tetamu dalam suasana penuh gembira.
“Kami percaya bahawa setiap insan yang menghadapi kesukaran berhak diberikan peluang kedua. Melalui Kongsi Kasih, kami bukan sahaja ingin membantu, tetapi juga memberi inspirasi kepada masyarakat untuk saling membantu dan menyokong antara satu sama lain,” ujarnya.
Menurut Puan Saliza, sejak Fatimah berada di dalam kandungannya, keadaan tumbesaran Fatimah telah dikesan tidak normal. Doktor mengesahkan otak Fatimah nipis dan dipenuhi air.
Ads
Malah sejak bayi lagi, perlu berhati-hati memegangnya kerana kepalanya besar dan badannya semangat. Tetapi sebagai ibu, sudah tentu saya beranikan diri untuk menguruskannya sehingga kini,”ujar Saliza memulakan bicara.
Meskipun berhadapan dengan masalah kesihatan, Saliza sentiasa memanjatkan doa semoga suami dan anak-anak berada di dalam lindunganNya apatah lagi suami juga berhadapan dengan masalah kesihatan yang kronik.
Selain diuji masalah kesihatan anak, Puan Saliza turut perlu menguruskan emosi dan tingkah laku anak perempuannya yang mempunyai masalah lembam dan sering dibuli di sekolah akibat kekurangannya itu. Anak kedua beliau juga merupakan pemegang kad OKU, masalah pembelajaran dan hyperakftif.
Berkat kesabaran dan kerjasama dari pihak guru, Puan Saliza berharap anaknya itu memulakan sesi persekolahan baharu dengan lebih tenang dan bersemangat.
Episod 1 turut menyaksikan kesusahan hidup tidak mematahkan semangat, malah memberi dorongan kepada insan-insan ini untuk bangkit dan meneruskan kehidupan dan bersabar menghadapi setiap dugaan dalam kehidupan.
Ads
Sokongan Penguat Semangat
Selain kisah keluarga Puan Saliza, episod pertama juga memaparkan kisah bekas penyampai radio, Kieran atau nama sebenarnya, Maskiran Jakiran yang menghidap kanser prostat dan kanser itu kini sudah mula merebak ke bahagian perut dan paru-paru.
Kieran terharu apabila ramai rakan artis tampil membantu apabila dirinya ditimpa musibah. Hatinya tersentuh kerana ramai teman masih ingat kepadanya biarpun sudah 10 tahun meninggalkan dunia penyiaran.
“Ramai yang prihatin, Alhamdulillah Allah kurniakan saya sahabat yang baik-baik. Terima kasih kepada semua,” katanya yang beroleh semangat yang kuat untuk pulih.
Saksikan tayangan episod Kongsi Kasih Jejak Jalanan di Astro Prima, setiap
Jumaat jam 7 malam bermula 14 Februari, dan hayati kisah-kisah penuh
inspirasi yang menyentuh hati. Mari bersama kami menyebarkan kasih dan kebaikan
kepada komuniti yang memerlukan.
Nenek ‘Perkasa’ Angkat & Hantar Tong Gas Sendiri, 19 Tahun Jadi Mata Pencarian! Lazimnya perniagaan dan penghantaran tong gas dari rumah ke rumah dimonopoli oleh peniaga lelaki. Memandangkan tong gas tersebut sendiri berat dan memerlukan kudrat lelaki untuk mengangkat dan menguruskannya.
19 Tahun Jadi Mata Pencarian
Namun, bukan calang-calang apabila seorang nenek Saparisah Abdul Rahman, berusia 57 tahun yang juga Peniaga Gas, masih mempunyai kudrat untuk mengangkat dan menghantar tong berisi gas petroleum cecair (LPG) dari rumah ke rumah dengan hanya menunggang sebuah motosikal yang menjadi mata pencariannya sejak 19 tahun lalu.
Menurut Saparisah yang selesa disapa Kak Zah, tiada istilah rehat atau penat dalam kamus hidupnya kerana mahu membuktikan wanita juga mampu bersaing dan menceburi bidang yang sinonim dengan golongan lelaki.
Antara gambar yang sempat dirakam ketika Kak Zah sedang sibuk menyusun tong gas di kediamannya di Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan II, Perak semalam.
Eyra Hazali dan suaminya Muhammad Haziq Nadzli yang merupakan penjaga gol JDT baru-baru ini telah berkongsi tentang keadaan anak mereka yang baru berusia tiga bulan dikatakan telah mengalami masalah jangkitan paru-paru atau pneumonia.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 ini telah dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Muhammad Hayder Qhalish Muhammad Haziq pada 14 Ogos lalu.
Eyra Hazali, Alhamdulillah Ujian Covid Negatif
Menerusi perkongsian di entri akaun Instagramnya, Eyra memaklumkan Muhammad Hayder dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas doktor mengesan masalah pada bahagian paru-paru.
“Alhamdulillah,officially turns 3 months old today !
“First of all,thank you for all your prayers and good wishes for Hayder. Hayder was admitted to the hospital due to pneumonia ( lung infection/ jangkitan paru paru) . When his doctor told me this,I was in denial at first because he is too young to face this.
“Tengok dia kena cucuk jarum,nangis kena buat covid test ( Alhamdulillah negative) , masukkan ubat,ambil gas,Allahuakbar…But he’s such a strong boy,a fighter. My fighter. After all the cries and screaming,he still managed to give us the brightest smile and his smile makes me stronger.
“Im so sorry you have to go through this sayang,Mama would do anything to take your place,your pain. May Allah ease everything,may Allah bless you with good health and long life. Mama and papa love you so much sayang. Our Strong Boy ️”
Senyuman Hayder Buat Eyra Terus Kuat
Malah ibu muda ini juga pada mulanya tidak percaya bayi sekecil Hayder perlu berhadapa dengan penyakit itu. Namun Eyra juga akui Hayder seorang bayi yang kuat, walaupun menangis dan menjerit namun selepas itu dia mampu tersenyum. Senyuman itulah yang membuatkan Eyra terus kuat.
Seperti mana yang dipetik menerusi portal Astro Gempak, Eyra juga menyatakan anaknya kini semakin pulih dan telah dibenarkan pulang semalam.
“Dia aktif tapi tak selesa sebab ada kahak. Tapi Alhamdulillah, keadaan dia kini semakin baik dan hari ini dibenarkan pulang tapi masih perlu follow up dengan doktor,” ujarnya.
Sumber: Instagram Eyra Hazali & Astro Gempak Sumber/Sumber Foto: Instagram Eyra Hazali Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Meriah. Itulah ungkapan pertama untuk menggambarkan suasana Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya anjuran Mingguan Wanita bersama Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) yang berlangsung pada 12 Mac 2023 lalu di Setia City Mall. Fiesta ini adalah salah satu aktiviti komuniti di bawah kempen Bangkit Wanita oleh Mingguan Wanita yang bermatlamat membantu ramai wanita memperkasakan ekonomi keluarga dan diri.
Fiesta penuh warna-warni ini telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat bersama Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv Sdn Bhd iaitu Syamil Fahim serta CFO Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR), Mohd Azahar Mohd Salleh dan isteri. Kehadiran selebriti terkenal yang juga duta CSR iaitu Marsha Milan Londoh turut mencuri perhatian.
Walaupun fiesta berlangsung sehari sahaja, namun, ia memberi pengalaman menarik dan bermakna kepada 40 pengusaha biskut raya. Inilah masanya untuk giat mempromosi produk sempena sambutan Hari Raya secara terus kepada pelanggan selain berniaga atas talian.
Selaku penaja utama fiesta, CSR melihat acara ini dari sudut positif apabila pengusaha meraih pelanggan baharu untuk tempahan pra hari raya menerusi pek sampel biskut raya yang diedarkan.
Penganjuran fiesta telah mendapat sokongan dan pujian daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Hajjah Aiman Athirah Sabu. Menurut beliau, usaha ini selari dengan kempen anjuran pihak kementerian iaitu Wanita Bangkit. Beliau turut menyarankan agar akan ada kerjasama antara penganjur Fiesta Homebakers di masa akan datang bersama kementeriannya.
Pihak CSR pula melihat penganjuran ini sebagai salah satu usaha terbaik mendekati komuniti pengusaha biskut, kek, pastri, roti dan lain-lain. Menerusi fiesta ini juga, pihak CSR turut giat mempromosikan kempen pengambilan gula secara sederhana di kalangan penggunanya bagi mengurangkan kadar obesiti dan kencing manis di kalangan masyarakat.
Padat dengan pelbagai aktiviti menarik, kemeriahan fiesta ini dimulakan dengan pertandingan susun biskut raya disusuli dengan pertandingan Biskut Raya Gergasi Challenge X pelajar Kulinari. Pertandingan unik ini menerima penyertaan 36 pelajar dari Saito College Universiti, Food Institute of Malaysia (FIM) dan Institut Kemahiran Belia Negara, Kemasek Kemamam Terengganu.
Pertandingan menguji kreativiti para pelajar kulinari menghasilkan biskut raya terbesar dengan mengekalkan rasa sebenar dan bentuk asal biskut. Juara iaitu Kumpulan Zucchero dari IKBN membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM700, serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan tajaan CSR serta sijil penyertaan. Zucchero telah menghasilkan biskut raya Giant Golden Cornflakes seberat 15 kilogram dan menggunakan gula jenama CSR sebagai salah satu bahan utama mereka.
Pemenang kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300. Bagi tempat saguhati, hadiah sampingan dan sijil disediakan buat kesemua pelajar yang bertanding.
Fiesta juga diserikan dengan kemunculan Arieni Adriena, pengasas Gula Cakery yang melakukan demo bancuhan topping biskut serta cara menghias. Menurut Arieni, ia adalah sesuatu yang amat mudah disediakan dan jika mahir dengan ramuan bancuhan, biskut boleh dihias secara kreatif dan menarik. Selain itu sesi demo membuat biskut kurang manis dan gerenti sedap turut ditunjukkan oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu CikDayang yang sangat popular menjalankan kelas-kelas masakan PJJ.
Antara aktiviti menarik lain untuk penyertaan pengunjung ialah acara pertandingan tekan-tekan semperit, teka biskut raya yang begitu gamat bersama Marsha Milan apabila peserta ditutupkan mata dan perlu meneka nama biskut yang diberikan.
Keceriaan fiesta berterusan dengan sesi demo bersama penaja bersama iaitu marjerin Adela bersama Chef Azreen yang menunjukkan cara membuat biskut Pecan Crispy Caramel seterusnya bersama pihak Fruttose dalam segmen Citra Rasa Fruttose.
Pengunjung turut berpeluang menerima banyak hadiah tajaan CSR menerusi Pop Kuiz bersama CSR yang menguji pengetahuan peserta tentang produk keluaran. Acara ini secara tidak langsung mendedahkan pengunjung tentang penggunaan gula keluaran CSR yang berbeza mengikut jenis gula, contohnya BETTER BROWN yang sesuai untuk penyediaan pelbagai jenis minuman dan makanan. GULA KASTOR yang sesuai untuk kek, biskut, kuih-muih dan manisan dan GULA AISING yang sesuai untuk topping kek & pastri.
Kemuncak kemeriahan fiesta adalah pengumuman pemenang tiga kategori vendor iaitu Vendor Sampel Biskut Terlaris dimenangi oleh Ayu Bakery. Bagi kategori Vendor Booth Tercantik dimenangi oleh The Kelopak Bakes dan Vendor Paling Aktif Promosi di Sosial Media iaitu Yums Delicacies. Setiap pemenang membawa pulang sejumlah 36 kilogram gula Better Brown tajaan CSR. Hadiah yang sangat bernilai bagi para homebaker. Sebagai penutup tirai fiesta, semua vendor terlibat turut diberikan sijil penghargaan penyertaan.
Fiesta Homebakers ini boleh dijadikan platform permulaan membawa jenama para pengusaha biskut melakar kejayaan lebih besar di masa akan dan semoga dapat menyertai lagi fiesta seumpamanya untuk siri kedua pula.
Untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang CSR, boleh klik link ini CSR Teman Sajian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...