Luluh hati membaca kes murid tahun satu dilanggar bas di sebuah sekolah yang dinaikinya di Taman Sri Lalang, Kluang, Johor. Ini satu berita yang sangat menyayat hati dan memberi tamparan hebat buat kita semua, terutamanya yang bergelar ibu bapa.
Hari yang sepatutnya menjadi rutin biasa bertukar tragedi di sekolah.
Murid Tahun Satu Dilanggar Dengan Bas


Apa yang menyedihkan, mangsa yang berusia tujuh tahun itu terus meninggal di tenpat kejadian. Dia dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat kelas di sebuah sekolah rendah agama berhampiran kawasan kediaman tersebut.
Menerusi laporan
Kosmo!, kejadian berlaku pada Waktu petang ketika adik Muhammad Umar Mohd. Faaiz turun dari bas sekolah dan berjalan menuju ke rumahnya.
Pemandu Wanita Pengsan Sebab Terkejut


Menurut beliau, dalam masa sama bas sekolah dipandu wanita berusia 36 tahun bergerak ke hadapan dan membelok ke kiri tanpa menyedari kanak-kanak tersebut berada berhampiran sehingga menyebabkan perlanggaran.
“Akibat kejadian itu, mangsa terjatuh dan mengalami cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.
“Pemandu bas akan ditahan untuk ujian saringan air kencing. Wanita itu pengsan dipercayai terkejut menyaksikan kejadian tersebut dan sedang menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom,” katanya ketika dihubungi.
Buat ibu bapa, pastikan selalu pesan pada anak-anak untuk lebih berhati-hati dan berjalan di kawasan yang selamat. Kenderaan besar seperti bas dan lori mempunyai kawasan titik buta yang luas. Kanak-kanak yang bersaiz kecil sangat mudah hilang dari pandangan cermin sisi.
Pemandu bas sekolah pula memikul tanggungjawab yang sangat berat. Kena sentiasa pastikan anak-anak telah berada di kawasan yang betul-betul selamat sebelum kenderaan bergerak semula.
Apa pun, semoga ahli keluarga mangsa tabah dengan ujian kehilangan anak tersayang.