Berita

Muhammad Faiq Zafran Dihukum Penjara di Jepun, Ibu Ayah Harapkan Keajaiban Buat Anaknya

Share

Tular wajah rakyat Malaysia, Muhammad Faiq Zafran Mohd Jailani di media sosial yang dikatakan dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Daerah Toyama.

Muhammad Faiq Zafran Dihukum Penjara di Jepun

Rentetan kisah ini dikongsikan oleh saudara MohDaris1992 di platform Thread, pada sidang media yang berlangsung, ibu Faiq Zafran menyatakan ada dalang iaitu seorang kawan yang menjual anaknya sehingga tertangkap di Toyama, Japan.

Jika ikut pada cerita bapanya, Faiq Zafran telah pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja dan berjumpa rakan rakan lama kampungnya. Salah seorang adalah Aiman yang berkerja sebagai cashier di kedai makan.

Faiq Zafran telah dikenalkan kepada Jbond oleh Aiman selaku saudaranya. Jbond telah menawarkan kerja sebagai Site Visit di satu syarikat yang brpangkalan di Jepun.

Mana lah tidak teruja datang ke bandar, dapat pula kerja luar negara dengan gaji yang lumayan. Jadi tanpa berfikir panjang, Faiq Zafran bersetuju dan tanpa memberitahu ahli keluarga, sindeket ini membantu Faiq Zafran untuk buat passport dan terbang ke Jepun.

Setiba di Jepun, Faiq Zafran dberikan tugas sebagai transporter yang kononnya pergi ke lokasi untuk buat site visit.
Faiq Zafran yang tidak tahu apa-apa, telah diarah ambil duit sebanyak 4juta yen dan gold bar bernlai 11 juta yen di lokasi rumah orang tua penduduk Jepun itu.
Sebelum itu, sindeket scam phone call ini telah memperdaya orang tua Jepun itu dan menyamar sebagai polis untuk mengambil harta itu.
Bertindak pantas, orang tua itu menghubungi polis dan pihak polis telah bersedia untuk mmbuat penangkapan.
Faiq Zafran ditngkap di lokasi tersebut kerana beliau yang memegang duit itu. Dan kes ini sudah pasti melekat ke atasnya.
Bayangkan Faiq Zafran yang baru sampai, tidak tahu hala tuju dan tidak pandai bertutur Jepun, diarah buat kerja menipu ditangkap dan langsung tidak tahu arah mana nak di tuju. Lebih merumitkan lagi, tiada apa-apa perincian yang dibawaFaiq Zafran.
Maka Faiq Zafran secara sah berada ada di Balai Polis Toyama.

Hukuman Dikurangkan

Menurut sumber berita, peguam dilantik keluarga tertuduh, Datuk Noor Svetlana Mohd Noor Nordin menjelaskan, hukuman itu dikenakan untuk tiga pertuduhan dan akan berjalan serentak bermula dari tarikh penahanannya pada 18 November 2025.

“Ini bermakna hukuman Faiq telah dikurangkan kepada tiga tahun dan sembilan bulan.

“Kami akan failkan rayuan di Mahkamah Tinggi untuk proses seterusnya dan berharap berlaku keajaiban buatnya kerana terdapat peruntukan penangguhan hukuman di bawah Artikel 25 Kanun Keseksaan Jepun yang membolehkannya pulang ke Malaysia secara bersyarat.

“Kami berharap dia diberikan bon berkelakuan baik. Faiq telah ditipu kerana terlalu mempercayai rakannya,” ujarnya ketika bersiaran langsung di TikTok selepas prosiding tersebut.

Ibu Ayah Harapkan Keajaiban Buat Anaknya

Dihukum Penjara

Ibu ayah mana tidak sedih dengan situasi ini, mereka sangat berharap anaknya diberi penangguhan hukuman serta dibenarkan pulang ke Malaysia secara bersyarat.

Difahamkan, Noor Svetlana dan Mohd Jailani yang merupakan bapa Faiq melakukan perjalanan ke Tokyo untuk menghadiri perbicaraannya.

Noor Svetlana berkata, ini merupakan kali pertama bapa Faiq dapat berhubung dengan bapanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Faiq, 24, dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang beroperasi di Jepun.

Malahan ada juga maklumat tidak tepat berkaitan penahanannya termasuk laporan awal yang mendakwa, dia ditemui bersama wang tunai dan emas bernilai kira-kira RM500,000.

Faiq disiasat pada November lalu di bawah Artikel 246(1) Kanun Keseksaan Jepun berkaitan penipuan serta Artikel 60 bagi kesalahan yang dilakukan secara bersama yang setara dengan Seksyen 420 dan 34 Kanun Keseksaan Malaysia.

Sumber: Sinar Harian

Published by
Nadia