Pokok ‘Gac Fruit’ ini sangat popular dan berasal dari Vietnam. Pokok ini mudah ditanam, senang membiak dan sesuai dengan cuaca kita disini. Buah Gac ini rasanya pahit, tawar, lemak dan mempunyai sangat banyak khasiat yang tersediri.

Menariknya ia boleh terus dimakan begitu sahaja atau dibuat bubur, sayur dan air jus. Malah semua bahagian buah ini baik selaput, isi, kulit semuanya boleh digunakan/makan.

Baca perkongsian daripada Puan Roziata Lamidi ini mengenai pokok Gac Fruit sebagai panduan.

GAC FRUIT
Atau buah Tempurang / buah Pupia / Fak Khao (Thailand) / Qua’ Gac (Vietnam)

Seharian di sekitar rumah milik abang saya dalam negeri Selangor. Menarik molek sungguh rupa paras buah ini, 1st time saya melihatnya. Pokok jenis menjalar, mudah tumbuh melalui semaian biji benihnya, buah pun banyak, apabila masak berwarna merah ceria cerah. Saya baca dalam Google, khasiatnya untuk kesihatan sangatlah banyak.

Mudah Ditanam Senang Membiak, Pokok ‘GAC FRUIT’ Sangat Banyak Khasiat!

Buah Gac ini boleh ditanam gunakan bijinya, dalam tempoh 6 bulan+ sudah mendapat hasilnya. Pokok yang abang saya tanam daripada benih Vietnam, sesuai dengan cuaca kita disini. Buahnya ada rasa pahit, tawar, lemak. Boleh terus dimakan begitu sahaja atau dibuat bubur, sayur dan air jus.

Mudah Ditanam Senang Membiak, Pokok ‘GAC FRUIT’ Sangat Banyak Khasiat!

Percubaan untuk menanam pokok gac fruit daripada biji benih.

1. Biji yang didapati daripada dalam buah Gac fruit, saya simpan dam keringkan, pada awal April 2022.

Mudah Ditanam Senang Membiak, Pokok ‘GAC FRUIT’ Sangat Banyak Khasiat!

2. Sebaik bertunas, pokok ini terus sahaja mengeluarkan dedaun baru dengan pantas.

Mudah Ditanam Senang Membiak, Pokok ‘GAC FRUIT’ Sangat Banyak Khasiat!

3. Saya semai biji benih pada pertengahan May 2022, tunas mula muncul pada awal Jun 2022, lebih kurang 2 minggu.

Mudah Ditanam Senang Membiak, Pokok ‘GAC FRUIT’ Sangat Banyak Khasiat!

4.Mula menjalar ke atas dan sekitarnya, meluaskan lagi ruang untuk tumbuh melata.

Mudah Ditanam Senang Membiak, Pokok ‘GAC FRUIT’ Sangat Banyak Khasiat!

 

IKLAN

Mudah Ditanam Senang Membiak, Pokok ‘GAC FRUIT’ Sangat Banyak Khasiat!

Kepada yang ingin tahu apakah makanan atau masakan yang boleh diperbuat daripada Pokok Gac Fruit ini, saya tunjukkan sedikit mengenainya, supaya anda bersemangat untuk menanamnya.

Pokok Gac Fruit ini mudah ditanam,senang membiak. Khasiatnya sangatlah banyak mengandungi pelbagai vitamin dan zat-zat antaranya beta carotene & lycopene yang diperlukan tubuh manusia.

Gac fruit yang sedang membesar.

Mudah Ditanam Senang Membiak, Pokok ‘GAC FRUIT’ Sangat Banyak Khasiat!

Hasil tanaman kacang botol / cipir & gac fruit yang matang. Gac fruit yang sudah matang berwarna merah oren terang.

Mudah Ditanam Senang Membiak, Pokok ‘GAC FRUIT’ Sangat Banyak Khasiat!

Cantik sangat, sayang pulak nak potong.

Mudah Ditanam Senang Membiak, Pokok ‘GAC FRUIT’ Sangat Banyak Khasiat!

Selaput / membrane pada biji-biji boleh digunakan sebagai pewarna makanan, juice air buah-buahan, isinya / soft pulpa sebagai sayuran atau pengat.

Mudah Ditanam Senang Membiak, Pokok ‘GAC FRUIT’ Sangat Banyak Khasiat!

IKLAN

Biji-biji ini boleh dijadikan benih, keringkan terlebih dulu.

Mudah Ditanam Senang Membiak, Pokok ‘GAC FRUIT’ Sangat Banyak Khasiat!

Nasi yang telah dicampur juice daripada selaput / membrane biji gac fruit, cantik warnanya.

Mudah Ditanam Senang Membiak, Pokok ‘GAC FRUIT’ Sangat Banyak Khasiat!

Sayur tumis gac fruit, boleh campur dengan udang, ayam ikut selera.

Mudah Ditanam Senang Membiak, Pokok ‘GAC FRUIT’ Sangat Banyak Khasiat!

Air juice gac fruit, boleh campur laici dan lain-lain ikut selera, sedap dan berkhasiat.

Mudah Ditanam Senang Membiak, Pokok ‘GAC FRUIT’ Sangat Banyak Khasiat!

Daun gac fruit yang besar, sebagai hiasan.

IKLAN

Mudah Ditanam Senang Membiak, Pokok ‘GAC FRUIT’ Sangat Banyak Khasiat!

Info Ekstra!

  • Buah gac ini dipercayai berasal daripada Vietnam dan dizaman penjajah Portugis dan kini ianya telah di komersilkan di Australia dan New Zealand.
  • Buah ini dijadikan sebagai makanan istimewa dinegara Vietnam pada musim perayaan.

Bentuk buah adalah agak membulat atau sedikit lonjong seperti saiz bola tenis dan berwarna hijau ketika muda bertukar kekuningan apabila hampir matang dan seterusnya warna kemerahan apabila masak bergantung kepada varieti.

Buah Gac ini didapati sejenis buah memang kaya sebagai sumber vitamin A yang sangat baik dan khususnya adalah khasiat pada bahagian bijinya. Warna cerah merah kuat ini atau orange ini dipercayai kerana kehebatan dan kekayaannya dengan bahan iaitu Lycopene dan Beta-Carotene.

Mudah Ditanam Senang Membiak, Pokok ‘GAC FRUIT’ Sangat Banyak Khasiat!

Mesti Baca:Buah BIDARA EPAL Baru Kali Ni Menjadi, Kena ‘Sarung’, Elok Buah Besar Tak Rosak!
Baca Lagi Di Sini:Tanam KACANG BOTOR Guna Cocopeat Terpakai Lagi Bagus, Buah Lebat Merimbun!
Artikel Menarik:“Campak Biji Dalam Pasu”, TOMATO CERI Berbuah Lebat Di Balkoni Kondo Tingkat 13!

Mingguan Wanita: Mudah ditanam, senang membiak malah banyak pula khasiat buah gac ni pada tubuh badan. Menariknya semua bahagian buah ini, baik selaput, isi, kulit semuanya boleh digunakan/makan.

Sumber: Roziata Lamidi

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG

Mudah Ditanam Senang Membiak, Pokok ‘GAC FRUIT’ Sangat Banyak Khasiat!

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery