mona din

Sakit jantung dan kadar kolestrol yang tinggi antara penyakit berbahaya yang boleh mengakibatkan kematian.Selain perubatan moden, usaha kaedah rawatan secara tradisional juga antara yang boleh diamalkan bagi membantu mengelakkan dan mengatasi penyakit ini.

Perkongsian resipi daripada Mona Din yang merupakan seorang ikon usahawan wanita negara yang pernah mengendalikan lima perniagaan utama bersama suami sejak tahun 2004, iaitu Leesa Formula, Serenity Spa, Butik Hajaba, Butik Women of Jannah, dan KL International Hijab Fair (KLIHF) ini mungkin boleh cuba diamalkan.

Menurut beliau, resipi tonik kesihatan ini telah hampir setahun diamalkan oleh beliau dan suami.

Berikut antara perkongsian tersebut;

“Malam ni seusai dinner, saya masakkan tonik kesihatan mr hubby yang telah habis sebelum kami ke Austria hari tu.Rasanya dah hampir setahun, sejak mr hubby dapat tips & resepi ubat ni dari whatsapp group, yang dikatakan bagus untuk mngelak sakit jantung & kolestrol, memang saya buatkan sendiri untuk dia, tak pernah putus.Minuman ni saya masak jadi jus pekat dan saya masukkan ke dalam few botol, simpan dalam fridge.Rasa dia masam-masam manis.”

Waktu & Cara Minum

Dan setiap pagi, sebelum mr hubby pi masjid for subuh, dia akan keluarkan sebotol, letak atas meja, dan later setiap pagi, dia akan minum satu sudu besar, masa perutkosong, setiap hari, tanpa ponteng. Dan mr hubby juga akan pastikan, saya juga ambil sepertinya juga, satu sudu besar, setiap pagi.

“Kata Mr hubby, sejak minum ni, dia rasa dada lebih lapang, tak sesak dada, dan badan jadi ringan, serta pembuangan najisnya lawas dan perut rasa sedap.Semoga berkat air tangan seorang isteri, harap Allah jadikan jus ini mujarab untuk jaga kesihatan kita suami isteri. InsyaAllah”

So kat sini, before u all minta resepi ( i am sure mesti ada sayang-sayang yang nak tahu cara nak buat, kann), biar saya terus kongsikan resepi nya :

Bahan-Bahan dari RESEPI ASAL :-

1. Satu cawan Jus lemon
2. Satu cawan Jus Halia
3. Satu cawan Jus Bawang Putih
4. Satu cawan Cuka Epal
5. Tiga cawan Madu Asli.

IKLAN

Cara Membuat:

Campurkan bahan 1 hingga 4 diatas dan masukkan dalam periuk dan masak diatas api yang sederhana selama lebih kurang 20 minit. Kacau sentiasa untuk mengelakkan dari berkerak. Setelah masak alihkan kedalam bekas dan biarkan ianya sejuk dalam 30 minit. Kemudian campurkan 3 cawan madu asli dan boleh diminum.

Sukatan Minuman:

Ikut resipi asal hendaklah diminum 3 sudu teh selepas bangun tidur ketika perut kosong sekali sehari. Tapi pada saya yang belum ada sakit jantung merasakan tindak balas yang agak kuat seperti terasa darah berjalan dengan laju. Maka, saya hanya mengambil satu sudu teh sahaja sehari itupun sudah cukup kuat.

RESEPI & CARA SAYA BUAT:

Bahan-Bahan:

Secawan cuka epal
3 cawan madu

IKLAN

Kopek & buang kulit Bahan-bahan A ;
10 ketul besar Bawang putih
6 ketul besar Halia
6 biji Lemon

Mona Din Kongsi Resipi Tonik Kesihatan Untuk Sakit Jantung & Atasi Masalah Kolestrol Yang Diamalkannya

Cara Membuat:

1.Basuh & bilas, kemudian potong ke tiga-tiga bahan A kecil-kecil.
2.Blend semua bahan-bahan A dengan 4 cawan air.
(saya blend 2x, maknanya setiap kali blend saya masukkan separuh ramuan + 2 cawan air).
3.Masukkan semua bahan A dalam periuk.
4.Masukkan juga secawan CUKA EPAL (epal cider).
5.Masak semua sekali sampai betul-betul mendidih.(Masa sedang kacau bacalah ayat-ayat Quran yang bersesuaian untuk mencari barokah Allah).
6.Angkat. Masukkan 3 cawan madu. Kacau rata.
7.Biar sejuk. Masukkn dalam botol.(Saya dapat 3 botol).
8.Simpan dalam fridge.
9.Minum 1 sudu besar setiap pagi masa perut kosong.

IKLAN

Mona Din Kongsi Resipi Tonik Kesihatan Untuk Sakit Jantung & Atasi Masalah Kolestrol Yang Diamalkannya

Bismillah.
Semoga bermanafaat buat semua.
Saya berkongsi info kerana Allah.

Selamat Mencuba!

Sumber: Mona Din

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI