Misi GSF: Kapal Mikeno dinaiki Ardell Aryana tidak bergerak, mungkin atas kapal atau sudah dipindahkan. Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan kapal Mikeno yang membawa aktivis Malaysia, Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana telah dipintas tentera Israel dan kini dikesan tidak lagi bergerak.
Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pihaknya percaya pempengaruh media sosial itu bersama peserta lain di atas kapal berkenaan telah dipindahkan ke darat selepas lebih 20 jam tidak dapat dihubungi.
“Berdasarkan pemantauan melalui sistem penjejak dan maklumat diterima, kapal Ardell kini dilihat tidak lagi bergerak.
“Kemungkinan, pertama ialah kapal berkenaan sudah tidak bergerak manakala kemungkinan kedua, mereka masih berada di atas kapal tetapi dalam proses pemindahan,” katanya pada sidang media di sini pada Khamis.
Mengulas dakwaan kapal itu telah menghampiri pantai Gaza kerana berada paling hadapan dalam flotila dan berdekatan perairan wilayah itu, Sani Araby berkata, pihaknya menolak spekulasi berkenaan berdasarkan maklumat dan pola tindakan yang pernah berlaku sebelum ini.
Beliau berkata, pihaknya percaya kesemua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) akan dipindahkan ke darat dalam masa terdekat untuk tujuan soal siasat dan tahanan sementara oleh Israel.
“Namun, ketika ini kita belum dapat mengesahkan perkara itu secara rasmi,” katanya.
Sumber: Bernama
Artikel lain: Misi GSF: Semua Rakyat Malaysia Selamat, Akan Dihantar Pulang Melalui Negara Ketiga
Yusuf Bahrin Kongsi Detik Terakhir Sebelum Zizi Kirana Ditahan Saya Tak Tidur, ‘Last Contact’ Jam 1.40 Pagi Tadi”
Global Sumud Flotilla: Heliza Helmi Antara 12 Rakyat Malaysia Ditahan
Yatt Hamzah Rayu Kerajaan Bantu Suami Dibebaskan, 11 Rakyat Malaysia Ditahan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE