Minyak Terpakai Jangan Dibuang, KUMPUL.. Hantar Ke Pusat Kitar Semula Ini

Share

Berapa kali agaknya mak-mak gunakan minyak yang sama untuk memasak. Ada sesetengah suri, selepas dua ke tiga kali penggunaan, minyak masak akan dibuang. Macam mana pula cara mak-mak uruskan minyak terpakai di dapur?

Sarah Mustaza berkongsi cara pengurusan minyak masak terpakai (used cooking oil.UCO) yang tak lagi diperlukan di dapur. Dia tak buang ke dalam sinki kerana bimbing sinki tersumbat malah boleh menyebabkan masalah lain yang lebih besar.

Saya yakin ini bukan kali pertama post tentang pengurusan minyak masak terpakai. Namun saya berbesar hati mengajak dan menggalakkan kita semua untuk kitar semula minyak masak terpakai di rumah (atau restoran, bagi yang berniaga).”

Jangan Dibuang Minyak Terpakai Dalam Sinki..

Minyak masak terpakai yang sudah tidak mahu digunakan, jangan dituang atau dibuang ke dalam sinki dapur, atau lubang tandas, atau longkang belakang rumah.

Selain menyebabkan masalah tersumbat yang teruk pada saluran sinki di kemudian hari, amalan ini juga mencemarkan alam sekitar.

Baca sini : Minyak masak terpakai pun boleh jana pendapatan, mak-mak jangan buang

Kumpul dan boleh jual di pusat kitar semula.

Cara Urus Minyak Terpakai Di Dapur

1. Jadi, apa yang kita boleh buat untuk mempermudah urusan kita dan menjaga alam sekitar ialah, kitar semula minyak masak terpakai.

2. Lepas guna, boleh tuang ke dalam botol minyak yang kosong.

3. Kumpul sampai penuh, dan seal.

4. Buat benda yang sama setiap kali kita nak buang minyak masak.

5. Bila dah banyak, boleh dihantar ke mana-mana pusat kitar semula yang menerima minyak masak.
Ada juga syarikat yang mengusahakan green energy atau low carbon energy yang akan membeli minyak masak terpakai daripada kita.

Macam-macam Boleh Buat Dengan Minyak Terpakai Ini

√  Mereka menggunakan minyak masak terpakai untuk membuat sabun dan sebagainya.

Sambil menjaga kebersihan saluran sinki dapur, alam sekitar juga terpelihara.

Semoga bermanfaat untuk semua.

*Pada gambar-gambar di bawah, saya catatkan sedikit nota dan maklumat yang berkaitan.

Minyak masak terpakai (UCO) boleh di tapis, simpan dan hantar untuk kitar semula.
Ada juga syarikat green energy yang akan membeli UCO ni daripada kita, antaranya syarikat Weimar Biotech ni.

Kesan buruk amalan mencurahkan (membuang) minyak masak terpakai ke dalam sinki dapur atau lubang tandas atau longkang.

Selain mendatangkan masalah saluran tersumbat yang teruk, amalan ini juga mencemarkan alam sekitar.

Apa yang kita boleh buat?

Beli satu corong turas kat mana-mana kedai perkakas rumah (kedai Eco pun ada rasanya), letak atas botol minyak yang dah kosong.

Boleh beli online di Lazada juga.

Link untuk beli online corong minyak : lazada

Bila-bila nak buang minyak masak terpakai, tuang je ke dalam botol tu.
Buat sampai penuh, kemudian seal dan simpan.

Senarai Lokasi Pusat Kitar Semula

Antara minyak masak terpakai yang kami kumpul dan menanti masa untuk hantar ke pusat kitar semula atau mana-mana tempat yang nak guna semula.

Antara syarikat yang nak BELI minyak masak terpakai.
Mereka hasilkan sabun, dan sebagainya daripada UCO ini.

RM2/kg, harga yang diberikan untuk minyak masak terpakai yang dihantar ke sana.

Lokasi: Kepong

Boleh hubungi beliau untuk maklumat lanjut dan untuk tahu cawangan di negeri lain.

Antara pusat kitar semula yang menerima minyak masak terpakai.

Bagi area Negeri Sembilan, boleh hubungi nombor di atas.

Kawasan Putrajaya dan sekitarnya, boleh hantar ke sini.

P/s: Mohon kepada sesiapa yang dah biasa hantar ke pusat kitar semula, kongsikan lokasi masing-masing dan Lokasi pusat kitar semula yang berhampiran untuk rujukan orang lain.

Sumber/Foto : Sarah Mustaza

IKLAN