Minta tenangkan ibu, Imam Muda Asyraf kongsi pesanan terakhir PU Rahmat – “Kalau kita tak jumpa..jumpa di syurga.” Pendakwah terkenal, Imam Muda Asyraf, mendedahkan beberapa pesanan terakhir yang ditinggalkan oleh rakan pendakwahnya, PU Rahmat Ikhsan, yang merupakan salah seorang peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Dalam temu bual bersama Bernama Radio, beliau berkata PU Rahmat sempat menitipkan pesan agar rakan-rakannya menenangkan hati ibunya serta menyampaikan perkara-perkara baik mengenai perjalanan misi tersebut.
“Dia meminta rakan-rakan untuk tenangkan ibunya dan beri khabar gembira dan bukan khabar ketakutan. Ceritalah ini adalah sebuah kemenangan dan tidak akan berlaku apa-apa keganasan. Alhamdulillah, setakat ini pun kita tidak nampak unsur keganasan yang berlaku,” kata Imam Muda Asyraf.
@bernamaradioofficial Tolong tenangkan ibu dan berikan khabar gembira bukan khabar ketakutan. Itu pesanan terakhir Pendakwah bebas, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat kepada Imam Muda Asyraf. PU Rahmat telah disahkan ditahan oleh tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF). #digitalbernamaradio #globalsumudflotilla #globalsumudflotillamalaysia #g4z4 #breakthesiege ♬ original sound – Bernama Radio
Selain itu, beliau turut menceritakan detik terakhir PU Rahmat sebelum ditahan pihak berkuasa Israel pada awal pagi Khamis.
“Pada pukul 4.30 pagi, dia minta maaf, sampaikan salam, minta jagakan mak, jaga diri dan dia mohon doa… kalau tak jumpa (di dunia), jumpa di syurga,” ujarnya.
Imam Muda Asyraf antara yang hadir dalam himpunan solidariti di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada Khamis tengah hari, sebagai bantahan terhadap tindakan Israel menyekat pelayaran flotila kemanusiaan itu.
Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan semua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai GSF berada dalam keadaan selamat dan akan dibawa pulang melalui sebuah negara ketiga.
Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa penahanan yang dilakukan rejim Zionis adalah tidak sah serta menuntut pembebasan segera semua peserta flotila. Mereka juga menekankan supaya sukarelawan dilayan dengan penuh hormat mengikut prinsip undang-undang antarabangsa.
Sumber: Bernama Radio
Artikel lain: Misi GSF: Kapal Mikeno Dinaiki Ardell Aryana Tidak Bergerak, Mungkin Atas Kapal Atau Sudah Dipindahkan
Misi GSF: Semua Rakyat Malaysia Selamat, Akan Dihantar Pulang Melalui Negara Ketiga
Yusuf Bahrin Kongsi Detik Terakhir Sebelum Zizi Kirana Ditahan Saya Tak Tidur, ‘Last Contact’ Jam 1.40 Pagi Tadi”
Global Sumud Flotilla: Heliza Helmi Antara 12 Rakyat Malaysia Ditahan
Yatt Hamzah Rayu Kerajaan Bantu Suami Dibebaskan, 11 Rakyat Malaysia Ditahan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Himpunan doa-doa penuh makna untuk menenangkan hati, memberi kekuatan, dan menjadi panduan di saat kehilangan.
Himpunan doa-doa penuh makna untuk menenangkan hati, memberi kekuatan, dan menjadi panduan di saat kehilangan.