Mini Piza Burger Guna Roti Burger Je, Sangat mudah Guna Enam Bahan!

Pizza memang sangat enak. Terdapat pelbagai inti filling. Anak-anak pun sangat suka. Tapi pernah tak makan Mini Pizza Burger?

Wahhh..menariknya. Agak unik sebenarnya hidangan ini, seunik namanya. Sebab ia menggunakan roti burger dan rupanya pula seperti pizza, maka dinamakan Mini Pizza Burger. Comel je namanya kan?

Lagi resipi di sini

Pizza Segera Tak Perlu Uli, Guna Roti Bakar Dalam Kuali

Cara Buat Chicken Meatball Bolognese Dengan Cheese Ala Pizza Hut, Sedap Cair Meleleh!

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Mini Pizza Burger ini sesuai untuk dijadikan hidangan keluarga. Mudah nak dibahagi-bahagi. Seorang sebiji. Tak gaduh-gaduh. Atau boleh juga dimasak ketika ada jamuan atau potluck. Tak payah potong-potong. Memudahkan.

Bebas Buat Topping Apa Pun

Bila buat sendiri pizza, kita bebas untuk buat apa intinya. Kalau suka keju, boleh letak bermacam-macam jenis keju di atasnya. Begitu juga boleh letak ayam, daging, seafood dan sebagainya. Istimewanya bila kita buat sendiri piza, kita bebas letak apa saja mengikut selera keluarga. Best kan?

IKLAN

Kali ini jom kita buat Mini Pizza Burger menggunakan roti burger. Sangat mudah dan bahan pun tak terlalu banyak. Jangan risau kalau tak ada ayam, daging atau seafood.  Jengok dalam peti ais dan ada sosej, ha…tu pun cukup dah!

RESIPI MINI PIZZA BURGER

Bahan-bahan:

3 biji roti/bun burger – potong sedikit bahagian atas
4-5 batang sosej – potong
Sos spageti bolognese
Mozzarella cheese
1 biji cili Benggala hijau – potong memanjang
1 labu bawang Holand- racik halus

Cara Membuat:

Mini Pizza Guna Roti Burger, Sangat mudah Guna Enam Bahan Je!

Gunakan sudu untuk membuat lubang di tengah-tengah roti. Ketepikan. Sekarang untuk menyediakan inti/filling, tumis bawang Holland hingga terbit bau wangi. Kemudian masukkan sos spageti Bolognese. Gaul sekata.  Akhir sekli masukkan pula sosej yang telah dipotong. Kacau hingga sebati. Siap intinya!

IKLAN

Mini Pizza Guna Roti Burger, Sangat mudah Guna Enam Bahan Je!

Setelah itu masukkan inti yang telah dimasak tadi ke dalam tengah roti (boleh rujuk gambar di atas). Setelah itu tabur cheese dan susn hirisan cili beggala hijau.

Mini Pizza Guna Roti Burger, Sangat mudah Guna Enam Bahan Je!

Setelah itu, bakar di dalam oven mengikuti suhu kesesuaian oven masing-masing.

IKLAN

Mini Pizza Guna Roti Burger, Sangat mudah Guna Enam Bahan Je!

Dah siap!! Sedapnya Mini Pizza Burger ni. Nyum! Nyum!

Sumber: Munierah Eyra https://www.facebook.com/munierah.eyra.1

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI