Inspirasi

Semangat Merdeka Ke-69 Turut Dirai Komuniti Orang Asli, Merdeka Bukan Sekadar Kebebasan Tapi Taraf Hidup Juga Berubah

Share

Bangga dengan semangat cintakan negara, komuniti Orang Asli suku kaum Temiar di Kelantan turut mengibarkan Jalur Gemilang sempena menyambut Bulan Kebangsaan di Pos Balar baru-baru ini.

Semangat Merdeka Ke-69 Turut Dirai Komuniti Orang Asli

Menerusi portal Bernama, bagi komuniti orang asli itu sendiri 69 tahun kemerdekaan bukan sekadar tentang kebebasan daripada penjajahan tetapi turut diterjemahkan melalui perubahan kehidupan apabila kampung yang dahulunya serba kekurangan kini mempunyai kemudahan asas, pendidikan dan peluang ekonomi yang lebih baik.

Ini sesuatu yang positif patut dibanggakan, daripada akses pendidikan dan kemudahan asas hinggalah peluang ekonomi serta pembangunan komuniti, nikmat kemerdekaan membuka ruang untuk mereka terus melangkah ke hadapan tanpa meninggalkan identiti, adat dan warisan yang menjadi akar kehidupan turun-temurun.

Perubahan yang disaksikannya sepanjang hampir tujuh dekad amat ketara, khususnya dari segi kemudahan prasarana dan akses kepada pendidikan yang menjadi pemangkin kepada peningkatan taraf hidup masyarakat Orang Asli.

Merdeka Bukan Sekadar Kebebasan Tapi Taraf Hidup Juga Berubah

 

Kemudahan seperti bekalan air bersih dan elektrik, jaringan komunikasi dan jalan perhubungan desa yang dinikmati hari ini membuktikan masyarakat Orang Asli turut mendapat manfaat daripada pembangunan negara.

Ya, inilah kepelbagaian yang kita banggakan. Kita Anak Malaysia. Selamat Hari Kebangsaan yang ke-69!

Published by
Nadia Mohamad