Mentega kacang atau peanut butter menjadi kesukaan sekeluarga termasuk anak-anak. Banyak rumah yang mempunyai stok mentega kacang di dumah mereka. Hanya perlu sapu pada roti dan makan. Memang sedap!

Wanita ini #AinSheCook berkongsi cara-cara membuat mentega kacang home made hanya menggunakan tiga bahan sahaja iaitu kacang, madu dan minyak. Ringkas dan senang sangat membuatnya. Jadi, musim PKP ni, tak perlulah keluar rumah untuk beli mentega kacang. Buat je sendiri di rumah. Bahan yang digunakan juga tak banyak. Bajet pun tak besar.

Menurut Ain, mentega kacang ini versi diet sihat, Korang boleh tambah sendiri bahan-bahan lain mengikut selera masing-masing ye. Sangat mudah resipi yang dikongsikan ini, Insya-Allah semua orang pun boleh buat, asalkan ada keinginan dan sedikit kerajinan gitu. Jom kita!

IKLAN

RESIPI MENTEGA KACANG HOMEMADE

Bahan-bahan:

1 mangkuk kacang tanah (lebih kurang 300 gram)
** Ain guna kacang tanah putih tanpa kulit, ada yang panggil kacang shandong. Guna kacang tanah yang biasa pun boleh. Cuma perlu buang kulitnya nanti.
2-3 sudu besar madu
**Nak tukar gula atau stevia pun boleh. Ikut selera.
1 sudu besar minyak/Minyak zaitun/minyak sayuran/minyak masak. Boleh guna saja mana-mana yang ada di rumah ya.

Cara Membuat:

Mentega Kacang Homemade Versi Sihat, Guna Tiga Bahan Je!
Cuci bersih kacang dan tos kering. Kemudian sangai/goreng tanpa minyak sehingga kacang bertukar warna perang dan masak sepenuhnya. Boleh juga guna oven, suhu 180° selama 15 minit. *Bergantung kepada oven masing-masing juga. Setelah masak biarkan sejuk dulu. Jika guna kacang tanah biasa, pastikan buang kulitnya.

IKLAN

Mentega Kacang Homemade Versi Sihat, Guna Tiga Bahan Je!Masukkan kacang tadi bersama madu dan minyak ke dalam pengisar kering atau ‘food processor’. Kemudian kisar sehingga dapat tekstur yang diinginkan. Bergantung kepada selera masing-masing. Lagi lama kisar, lagi smooth atau cair teksturnya.

IKLAN

*Kacang pun akan keluarkan minyaknya apabila dikisar lama. Jadi tak letak minyak pun tak apa. Terpulang pada selera masing-masing.

Mentega Kacang Homemade Versi Sihat, Guna Tiga Bahan Je!Okay siap. Isi dalam bekas kaca yang sesuai. Bolehlah dijadikan stok kudapan pagi dan petang. Memang lemak berkrim! Selamat mencuba!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI