Sumber/Sumber Foto : Instagram Yatt Hamzah

“Memang makin ramai anak, makin susah nak kurus ya?” begitulah luahan dari ibu kepada lima cahaya mata, Yatt Hamzah.

Pelakon wanita yang baru sahaja habis berpantang selepas melahirkan bayi kelima pada Julai lalu mengakui semakin meningkat usia semakin susah untuk turunkan berat badan.

Lepas Bersalin Anak Sulung Masih Melidi, Bila Dah Anak Ramai Susah Nak Turun Berat Badan

“Memang Makin Ramai Anak, Makin Susah Nak Kurus Ya?”

Akui walaupun berat badannya kini 70kg namun dia telah berjaya menurunkan lebih 15 kg selepas berpantang berbanding sewaktu hamil beratnya 90kg.

“Memang makin ramai anak, makin susah nak kurus ya? Masa ni lepas berpantang anak ke 4, baby #SuciHawaZulaikha Berat masa ni 65kg turunlah dlm 13-14kg lepas berpantang.

Lepas Bersalin Anak Sulung Masih Melidi, Bila Dah Anak Ramai Susah Nak Turun Berat Badan Lepas Bersalin Anak Sulung Masih Melidi, Bila Dah Anak Ramai Susah Nak Turun Berat Badan

Lepas Bersalin Anak Sulung Masih Melidi

“Masa kak Nia 11 tahun dulu lagi power, badan lebih kurus dan slim lepas bersalin daripada sebelumnya. 49-50kg masa tu memang melidi.

“Yelah masa tu zaman aktif berlakon drama mmg eloklah kurus slim tak adalah nampak mcm tong dalam TV,” tulis Yatt.

IKLAN

Lepas Bersalin Anak Sulung Masih Melidi, Bila Dah Anak Ramai Susah Nak Turun Berat Badan

Kena Rajin Bersenam & Amalkan Gaya Hidup Sihat

Menurut Yatt lagi yang sedang berusaha menurunkan lagi berat badan, dia menolak pengambilan ubat kurus mahupun suplemen untuk kurus. Malah kini dia lebih selesa amalkan diet pemakanan eat clean.

“Sekarang berat 70kg lagi ni haa, tapi turun banyak lebih 15kg sebab masa bersalin haritu dekat 90kg!! Fuhh, mencabar betul Bonda anak 5 di usia 40an ni nak lose weight.

“Bonda pula bukan jenis ambil-ambil ubat atau supplement kurus. I always believe in eating clean and exercising in order to lose weight. There’s no such thing as short cut kalau nak kurus.

IKLAN

“Kena rajin bersenam dan amalkan cara hidup sihat. Supplement semua tu sebagai booster sahaja. Yang paling penting bersenam dan jaga makan,” kongsi Yatt.

‘Inilah Anak Lelaki Pertama..’ Yatt Hamzah Selamat Bersalin Anak Keenam

Hamil Anak Ke-6, Usia 40 Tahun Yatt Hamzah Bersyukur Badan Sihat, Kuat & Cergas

Baru Berpantang Hari Ke-15, Yatt Hamzah Makin Berseri, Kurus, Muka “Selim”

IKLAN

Berlari-lari Anak, Sambil Tolak Stroller Di Taman

Ibu ini juga menerangkan untuk mengeluarkan peluh, dia gigih berlari sambil menolak stroller. Walaupun bersama anak-anak sebenarnya mak-mak boleh saja bersenam!

“Mak-mak boleh amalkan tips ni, pagi-pagi atau petang boleh stroll anak-anak kat taman. Tolak baby sambil berlari-lari anak sikit. Jangan laju-laju kang terbalik anak tu naya!

“Mujurlah ada stroller baik Bravo LE dr @chiccomalaysia ni bolehlah Bonda ni jogging manja-manja di taman. Barulah kurus cantik kan mak-mak sekalian,” terang Yatt.

Sumber/Sumber Foto : Instagram Yatt Hamzah

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en                                                   Tik Tok : tiktok.com/@mingguanwanita
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI