Memahami Mereka Yang Dalam Kesusahan, Zul Yahya Beri Sumbangan Barang Keperluan Dapur

Share
Memahami akan mereka yang tidak berkemampuan dalam keadaan negara yang sedang dalam PKP, pelakon Zul Yahya mengambil inisiatif untuk membantu mereka yang memerlukan.
Pada saat ini masyarakat Malaysia saling bantu membantu, begitu juga dengan Zul Yahya yang juga pemilik Zul Yahya Steamboat BBQ.
Seperti mana yang diwar-warkan dalam akaun Instagram miliknya, Zul Yahya menyatakan:
“Assalamualaikum, salam Jumaat, hari ini ada barang-barang keperluan dapur seperti beras, telur, gula, mi segera, kicap, tepung, roti. InsyaAllah bagi penduduk yang tinggal berhampiran dengan Zul Yahya Steamboat BBQ dan memerlukan keperluan barangan dapur bolehlah datang ke sini. Sumbangan ini juga dari sahabat-sahabat.”begitulah yang diungkapkan oleh aktor Zul Yahya menerusi akaun Instagram miliknya.

Usaha Murni

Usaha yang dilakukan oleh Zul Yahya ini begitu murni. Sama-samalah kita rakyat Malaysia membantu antara satu sama lain dalam keadaan PKP ini.
Dipetik dari @zulyahya70

Insya Allah … Bagi yg memerlukan keperluan dapur boleh dtg @zulyahya_steamboat_bbq

Mendapat Pujian Dari Rakan Artis

Malah usaha Zul Yahya juga turut mendapat komen positif dari rakan artis dan mereka juga mendoakan Zul Yahya dimurahkan rezeki.
sumber foto & petikan dari @zulyahya70
IKLAN