Melahirkan di dunia, berpantang di syurga, ibu muda lahirkan anak ke 11 meninggal dunia. Besar pengorbanan seorang ibu yang mengandung kerana tidak tahu risiko apa yang menanti sepanjang kehamilan. Bahkan islam mengangkat darjat dan kemuliaan wanita hingga dijanjikan pahala syahid akhirat jika meninggal ketika mengandung dan melahirkan anak.

Ini berdasarkan satu hadis sahih menyebut :-

الشُّهَدَاءُ سَبْعَةٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ : الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ ، وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ ، وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ، وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ ، وَالْحَرِقُ شَهِيدٌ ، وَالَّذِي يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ ، وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيد.

“Syuhada’ (orang-orang mati syahid) yang selain terbunuh di jalan Allah itu ada tujuh: mati kerana wabak taun adalah syahid, mati lemas adalah syahid, penderita penyakit bengkak yang panas pada selaput dada adalah syahid, mati kerana sakit perut adalah syahid, mati kerana kebakaran adalah syahid, yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid, dan seorang wanita yang meninggal kerana melahirkan adalah syahid.” (HR. Malik (16/558), Abu Dawud (20/3105), An-Nasai (21/1847), juga Ibnu Majah (24/2909)

Berkata Syu’aib Al Arnauth Hadis ini adalah sahih.

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Isteri Mengandung Meninggal, Suami Sorok Tangisan Dari Anak-Anak “Janji Jaga Mereka Selagi Bernyawa”

Ibu Mengandung Meninggal Mengejut, Sempat Tulis Catatan Akhir “Angin Tak Lepas” Dalam Badan

Kematian seorang ibu muda, Nur Zaihan Abdul Halim yang meninggal ketika melahirkan anak ke 11nya sangat dicemburui. Diberitakan allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya ketika berjuang melahirkan anak bongsunya.

IKLAN
Melahirkan Di Dunia, Berpantang Di Syurga Ibu Muda Lahirkan Anak Ke 11 Meninggal Dunia
Innalilahiwainilaihirojiun. Arwah Nur Zaihan meningal selepas melahirkan anak ke 11
Melahirkan Di Dunia, Berpantang Di Syurga Ibu Muda Lahirkan Anak Ke 11 Meninggal Dunia
Anak-anak yang ditinggalkan ibu dan moga Allah memelihara mereka

Dirinya disahkan meninggal dunia selepas melahirkan bayi kecilnya. Difahamkan, bayinya dapat diselamatkan walau dilahirkan awal sedikit iaitu 32 minggu dan kini di tempatkan di NICU, HUKM.

Dari nukilan dikongsikan adiknya, dirinya berkongsi rasa sedih dialami.

Beranak di dunia , Berpantang di Syurga
Ditidurkan di dunia, Dibangunkan di Syurga.

IKLAN

Masih terkilan. Masih tak percaya pemergiannya. Hilang tempat mengadu. Hilang seorang kakak. Hilang tempat bergaduh. Hilang penyeri kami semua.Dari kecil sampai kini susah senang bersama. Aku rindu mu Yong. Terngiang-ngiang lagi suaramu. Allahuuu.
Dalam kenangan. Doakan arwah Nur Zaihan dimasukan ke dalam syurga bersama-sama orang yang beriman. Semoga suami dan anak yang lain tabah dengan segala dugaan.

Moga syurga buat arwah Nur Zaihan.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI