
Mek Yun nafi gambar berpeluk dengan Adrian Mr Pov, “saya sangat menjaga batas batas dan ianya gambar AI. Pempengaruh media sosial, Mek Yun tampil memberikan penjelasan susulan penyebaran satu gambar yang didakwa mirip dirinya di media sosial baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di Threads, Mek Yun menegaskan bahawa imej yang sedang tular itu adalah hasil kecerdasan buatan (AI) dan bukan dirinya sebenar.
“Just nak clarify, gambar yang tengah circulate ni AI ya, bukan Mekyun. Lain benar muka Mekyun tu,” tulisnya.
Dalam kenyataan sama, beliau turut meluahkan harapan agar orang ramai lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan teknologi AI untuk mencipta serta menyebarkan kandungan yang boleh mengelirukan.
Lebih daripada sekadar penafian, Mek Yun turut mengingatkan tentang prinsip yang selama ini dipegangnyaiaitu menjaga batas dalam perhubungan dan imej diri sebagai seorang wanita.
“Siapa yang kenal Mekyun tahu Mekyun memang jaga boundaries bab ni,” tambahnya.
Kenyataan itu sekali gus mencerminkan pendirian tegasnya dalam isu maruah dan batas peribadi, terutama dalam era digital yang semakin sukar membezakan antara realiti dan manipulasi teknologi.
Dalam perkembangan lain, Mek Yun kini dilihat semakin terbuka berkongsi sisi peribadinya, termasuk hubungan bersama pempengaruh dikenali sebagai Mr POV Adrian. Namun, apa yang menarik perhatian ialah bagaimana beliau kekal konsisten dengan prinsip yang dipegangbahawa perhubungan tetap perlu berlandaskan rasa hormat dan batas yang jelas.
Isu ini secara tidak langsung membuka mata masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan AI serta kepentingan menjaga maruah, khususnya bagi wanita yang sering menjadi sasaran manipulasi imej.