Me-Time Ibu, Hati Lega. Bila Rumah Jadi Zon Ceria dengan Router Comel Didi & Friends!

Share

Dalam kesibukan mengurus rumah tangga, setiap ibu pasti mendambakan sedikit ruang untuk me-time. Sama ada menikmati kopi panas, menyiapkan kerja pejabat atau sekadar berehat seketika, hati lebih tenang bila tahu anak-anak terisi dengan hiburan yang selamat, mendidik dan menyeronokkan.

Di sinilah hadirnya Router edisi terhad Didi & Friends daripada Astro Fibre. Bukan sekadar alat internet, tetapi pintu kepada dunia hiburan kanak-kanak yang lancar, comel dan penuh manfaat. 

Dengan rekaan eksklusif watak kegemaran si kecil iaitu Didi, Nana dan Jojo. Router ini menjadikan rumah terasa lebih ceria.

Anak Riang, Ibu Tenang

Hati si ibu pasti lega apabila rumah menjadi zon ceria dengan Router Comel Didi & Friends. Dalam kesibukan mengurus rumah tangga, setiap ibu pasti mendambakan sedikit ruang untuk me-time. Sama ada menikmati kopi panas, menyiapkan kerja pejabat atau sekadar berehat seketika, hati lebih tenang bila tahu anak-anak terisi dengan hiburan yang selamat, mendidik dan menyeronokkan.

Di sinilah hadirnya Router edisi terhad Didi & Friends daripada Astro Fibre. Bukan sekadar alat internet, tetapi pintu kepada dunia hiburan kanak-kanak yang lancar, comel dan penuh manfaat. Dengan rekaan eksklusif watak kegemaran si kecil iaitu Didi, Nana dan Jojo, router ini menjadikan rumah terasa lebih ceria.

Bayangkan anak-anak leka strim Didi & Friends Storytime, rancangan sarat lagu pendidikan, cerita moral dan pengembaraan menyeronokkan tanpa gangguan ‘sangkut-sangkut’. Ibu pula boleh fokus menyiapkan urusan kerja atau meluangkan masa untuk diri sendiri tanpa risau mereka terdedah kepada kandungan yang tidak sesuai.

Menariknya, pelanggan Astro Fibre kini boleh menikmati kemudahan aplikasi Astro Fibre App yang boleh dimuat turun secara percuma. Melalui aplikasi ini, ibu bapa boleh mengawal masa skrin anak-anak dengan lebih mudah, sekali gus membantu mereka seimbang antara belajar, bermain dan berehat.

Selain itu, pengguna juga boleh memantau prestasi rangkaian WiFi di rumah serta berkongsi capaian internet dengan tetamu hanya melalui imbasan kod QR. Cepat, ringkas dan selamat.

 

Bawa Pulang Router Edisi Terhad Didi & Friends

Lebih istimewa, pelanggan Astro kini berpeluang membawa pulang Router edisi khas Didi & Friends secara PERCUMA (unit terhad). Bagi pelanggan sedia ada, anda hanya perlu menaik taraf ke pelan Astro Fibre 500Mbps dengan tambahan serendah RM90 sebulan. Manakala untuk pelanggan baharu, pakej lebih berbaloi menanti anda. Langganan Astro Fibre 500Mbps bersama Astro One Entertainment Pack serendah RM139.99 sebulan.

Dengan pilihan ini, anda bukan sahaja menikmati sambungan internet yang lebih stabil, malah berpeluang menjimatkan lebih RM2,000 untuk keperluan WiFi dan hiburan keluarga. Lebih menarik, aplikasi Astro Fibre turut memudahkan kawalan ibu bapa bagi memastikan pengalaman digital anak-anak lebih selamat dan seimbang.

Dengan adanya Router comel Didi & Friends, rumah tidak lagi sekadar tempat berlindung, tetapi menjadi zon ceria untuk anak-anak, dan ruang me-time yang menenangkan buat ibu.

Untuk maklumat lanjut,  layari laman web untuk ketahui lokasi terdekat bagi mendapatkan router edisi terhad ini. FYI, tawaran ini hanya tersedia di Astro Experience Stoee, Astro Exclusive Partners, dan premium kiosks Astro sahaja, sementara stok masih ada. 

Yang penting, anak happy, ibu-ibu juga pasti happy!

 

Published by
Rosmah Idayu