Mengundang teka-teki dan getar di hati peminat, penyanyi bersuara merdu, Amira Othman tampil dalam persalinan pengantin serba putih menerusi sebuah hantaran video di Instagram baru-baru ini.
Biarpun difahamkan ia hanyalah gimik bagi muzik video terbaharu, namun busana lengkap dengan layah, tiara dan dulang hantaran yang tersusun indah nyata mengundang spekulasi soal jodoh.
“Hidup kita semua mempunyai takdir yang berbeza-beza. Cepat atau lambat tiada siapa yang tahu urusan Dia (Allah). Jangan khuatir tentang perjalanan kita, kerana kita ada Dia,” ungkap Amira, atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, 31, dalam potongan video berdurasi singkat itu.
Pesan Tentang Takdir & Reda
Selain menawan mata dengan pesona wajah dan solekan yang menyerlahkan auranya, Amira turut menitipkan pesanan penuh makna tentang ketentuan Ilahi.
Ads
“Tiada perkara yang terjadi dalam hidup kita dikatakan lambat mahupun terlalu cepat kerana takdir kita semua adalah berbeza-beza. Yakin dan pasti yang baik-baik,” ujarnya.
Kata-kata itu membuatkan ramai yang percaya seakan ada rahsia besar menanti di hujung jalan cinta Amira.
Spekulasi Cinta Dengan Fattah Amin
Lebih menguatkan teka-teki, nama Amira sekali lagi dikaitkan dengan aktor pujaan ramai, Fattah Amin, yang sejak akhir-akhir ini sering digosipkan rapat dengannya. Namun, ramai juga menebak video tersebut hanyalah gimik semata kerana pada masa sama, Fattah dilihat bercuti bersama anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya, di Disneyland Tokyo.
Ads
Menariknya, ruangan komen hantaran itu dibanjiri doa dan ucapan peminat. Ada yang memuji kecantikan Amira, malah tidak kurang yang menitipkan harapan agar hubungan dengan Fattah berakhir ke jinjang pelamin.
“Masya-Allah cantiknya, semoga hari bahagia itu menjelma,” tulis seorang netizen penuh pengharapan.
Benarkah Bakal Bernikah?
Sebelum ini, pasangan itu hanya mengakui sekadar teman sekerja, biarpun hubungan mereka dilihat semakin akrab hingga melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.
Ads
Terbaharu, khabar angin bertiup kencang mengatakan mereka bakal disatukan Oktober depan. Malah, ada peminat berteori bahawa tarikh keramat itu mungkin lebih awal — bertepatan dengan ulang tahun kelahiran Fattah pada 14 September.
Nampaknya soalan paling popular “Bila nak kahwin?” yang sering dilemparkan kepada Amira kini semakin ‘panas’.
Bukan sekadar gurauan biasa, tapi kali ini video terbaru yang dimuat naik pengasas jenama HijabistaHub, Wanie Elena di Instagram seolah-olah memberi petunjuk bahawa sesuatu yang istimewa bakal berlaku.
Apakah benar gimik itu sekadar promosi lagu, atau petanda tersirat ke arah satu ikatan yang sah? Sama-sama kita nantikan jawapannya. Difahamkan satu sesi siaran langsung di TikTok bakal diadakan antara pihak HijabistaHub dan Amira pada 29 Ogos ini.
Kecoh rumah diserbu, Che Ta tenang kongsi gambar menu ‘lunch,’ sempat muat naik ucapan ‘birthday’ anak. Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta masih sempat mengemaskini akaun Instagramnya meskipun namanya kini ‘trending’ di mana-mana.
Kecoh Rumah Diserbu, Che Ta Tenang Kongsi Gambar Menu ‘Lunch’
Nama Che Ta menjadi bualan kerana didakwa gagal melunaskan hutang sebanyak RM1 juta.
Selain ucapan hari lahir buat anak keduanya, Aniq Azzra, Che Ta turut berkongsi foto comel anaknya sewaktu kecil. Menerusi Instagram story pula, Che Ta berkongsi menu makan tengahari.
Sempat Muat Naik Ucapan ‘Birthday’ Anak
Happy 26th birthday to anak mummy yang kecik-kecik dulu macam bear. Nasib baik bila dah besar segak.- tulis Che Ta di ruangan kapsyen.
Untuk sekadar info, rumah Che Ta telah diserbu oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada Selasa pagi. Tindakan itu dilakukan bagi membolehkan pihak MARA menilai barangan dalam kediaman untuk disita.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Awat ketegaq sangat ni… Mungkin di Kedah belum ada kes kematian akibat COVID-19. Jadi sesetengah penduduk setempat mengambil sambil lewa walaupun telah diarahkan untuk tidak berkumpul ramai-ramai. Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan bukanlah untuk suka-suka tetapi untuk mengawal keadaan ini agar tak bertambah buruk.
Namun begitu, tindakan menghadiri majlis kenduri di saat semua orang bimbang akan penularan virus ini tidak boleh dipandang ringan. Tindakan cepat pihak polis seharusnya dipuji dan tuan rumah juga akur dengan arahan pihak berkuasa.
Awat Ketegaq Sangat
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan sudah berkuatkuasa sejak semalam tetapi ada pihak yang ingkar termasuk mengadakan majlis kenduri yang dihadiri orang ramai.
Hari ini, anggota Unit Kereta Peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar terpaksa mengarahkan orang ramai yang hadir ke satu kenduri di Kampung Bogok, Mukim Derga dekat Alor Setar supaya bersurai.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, anggotanya tiba di lokasi pada 1.30 tengah hari sebaik dimaklumkan oleh orang awam terdapat orang ramai berkumpul di kenduri berkenaan.
Tuan Rumah Mengikut Arahan
Menurutnya, anggotanya kemudian memaklumkan tetamu yang datang hanya boleh mengambil makanan dan perlu beredar dari kawasan itu.
“Tuan rumah majlis kenduri itu memahami arahan itu dan meminta kesemua tetamu mengikut arahan polis.
“Kerajaan sudah mengeluarkan arahan supaya tidak berkumpul bagi mengelak daripada penularan wabak Covid-19 melalui Perintah Kawalan Pergerakan bermula semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Rozi berkata, hari ini adalah hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa dan pihaknya hanya memberi amaran kepada tuan rumah dan tetamu namun tiada tindakan yang diambil.
Beliau berkata, ini adalah peringkat permulaan dan pihaknya memberi amaran supaya masyarakat sedar betapa pentingnya Perintah Kawalan Pergerakan ini dilakukan.
“Orang ramai juga dinasihatkan memakai penutup muka dan hidung serta cecair pembasmi kuman jika menyentuh sebarang objek yang boleh mengakibatkan jangkitan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
MW: Buat masa sekarang, elakkan diri daripada menghadiri majlis kenduri waima majlis keagamaan. Jika persiapan majlis perkahwinan telah dibuat sekali pun, adalah lebih baik kita rugi wang ringgit daripada nyawa menjadi taruhan. Lakukan yang wajib dan tunda dahulu sebarang majlis keraian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hari ini sudah masuk hari kelima Allahyarham Siti Nur Surya meninggalkan keluarganya. Anak yang semasa hayatnya masih ada menjadi sandaran buat keluarga. Menjaga ibu sakit kanser, demi membolehkan adik beradik malah ayah meneruskan rutin harian mereka dengan aman.
Belum pun sempat menggapai cita-cita mahu menjadi pelukis pelan, remaja ini dibunuh dengan kejam tanpa perikemanusiaan. Rentetan pembunuhan itu, rakan sekolah Allahyarham telah ditahan reman selama 7 hari.
Kisah tragis anak baik ini tular sehingga mendapat simpati orang ramai, artis malah terbaru pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew. Pendakwah bebas ini berkesempatan menziarahi keluarga mangsa yang masih lagi berduka.
Ibu Allahyarham Siti Nur Surya sakit kanser otak tahap 3
Menjejakkan saja kaki ke kediaman arwah, Ustaz Ebit disambut dengan tangisan pilu ayah Allahyarham, Ismail Muda, 58 tahun.
Wajah sugulnya tak dapat disembunyikan. Malah, dalam salah satu gambar yang dikongsi Ustaz Ebit seakan beliau cuba menenangkan ayah dalam kedukaan yang tak tertahan-tahan.
Ayah Nur Surya Menangis Peluk Saya – Ebit Lew
“Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah.
Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah. Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser. Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3.
Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan mak nya sentiasa. Maknya kenal saya. Katanya selalu tengok saya walau dalam keadaan tak sihat.
Beratnya ujian mereka. Tadi berkongsi kisah Nabi Yakob as kehilangan Nabi Yusuf as. Kisah ujian Nabi saw yang kita cintai. Dapat berdoa bersama semua ahli keluarga. Saya beri sedikit sumbangan.
Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga.”
Ayah Mohon Pembunuh Terima Hukuman Setimpal
Sebelum ini, ayah Allahyarham mengharapkan agar ‘orang’ yang menyebabkan kematian anaknya itu menerima hukuman yang setimpal.
Malah, sama sekali tidak menyangka suspek yang ditahan untuk membantu siasatan merupakan bekas rakan sekolah yang pernah berkawan rapat dengan arwah.
Dalam kejadian Ahad lalu, mayat Siti Nur Surya ditemui dengan kesan tetakan pada badan serta putus tangan kiri di ruang tamu rumahnya. Dan polis menahan seorang suspek, pelajar tingkatan enam, yang juga rakan sebaya arwah.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...