Hari ini, hari ketiga Allahyarham Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan, 32 atau Abam Bocey meninggalkan dunia yang fana. Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak tempat Allahyarham dikebumikan juga tak sunyi dari kunjungan orang ramai yang mengenali Allahyarham Abam.
Termasuklah rakan-rakan artis malah insan-insan yang pernah dibantu oleh Abam tanpa sesiapa pun ketahui tak putus-putus menziarahi pusara Abam yang disayangi ramai ini.
Terkini, pelawak, Shahrol Shiro atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie Bin Azmi berkongsi momen-momen berada di pusara arwah Abam. Shahrol kelihatan membacakan doa di kubur yang masih merah itu.
Turut kelihatan di tanah perkuburan itu, rakan baik Abam, Achey bersama isterinya. Shahrol juga menziarah ibu Abam yang duduk berkerusi roda. Sebak melihat keadaan ibu yang masih sugul dengan pemergian anak yang telah meninggalkannya untuk selamanya.
Kubur Abam Tak Putus-putus Diziarahi
Kongsi Shahrol di ruangan instagramnya,
Ads
Hidup bukan tentang siapa yang terbaik tapi tentang siapa yang mau berbuat baik.. Kita baik ramai yang sayang..Terima kasih kerana mengajar kami sesuatu yang sangat bernilai dalam kehidupan ini..
Salam takziah buat semua ahli keluarga.. @acheykintangkintung dan @fadbocey jangan patah semangat.. Teruskan berkarya memberikan manfaat buat semua..
Semoga roh Allahyarham @abam_bocik ditempatkan di kalangan golongan orang yang beriman.. Alfatihah
MW : Sebagaimana yang pernah dituturkan oleh Allahyarham, ‘orang baik ramai sayang’ begitulah seharusnya dipelajari dari kata-kata ini. Teruslah berbuat baik, agar sehingga tiada pun jasa mu masih dikenang orang.
Allahu.. tabahnya kehidupan suami isteri yang mendiami rumah kayu dalam kebun getah yang bersih ini. Rupanya penghuni yang menyewa ini sedang diuji tuhan. Penghuninya, Chintaa Akmalnyza (Norliza Binti Husain) disahkan kanser Fibromotosis iaitu satu ketumbuhan yang merosakkan kaki.
Lebih sayu lagi, suaminya yang sebelum ini tak pernah jemu menjaganya dalam sakit dan sukar, telah ditamatkan kontrak kerjanya. Membuatkan mereka sekeluarga kehilangan punca pendapatan tetap.
Sebak membaca luahan hatinya di facebook miliknya ini,
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum..
Bukan mudah untuk hadapi semua kesakitan yang dilalui. Melihat tanpa merasai…ibarat berat mata yang melihat, berat lagi bahu yang mengalasi.
Hidup ini diuji berkali-kali, sehingga ada jua rasa keluhan di hati. Namun tetap pujukkan hati, sabar dan redha lah kerana setiap ujian yang Allah beri pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.
Tiada dipinta untuk jadi begini. KetentuanNYA telah tertulis.
Kanser Fibromotosis satu ketumbuhan yang merosakkan kaki ini, mengakibatkan tulang kering dipotong dengan berkali-kali. Dibuang namun diserang kembali hingga menyebabkan kaki hampir dipotong.
Dari Sg Petani ditranferkan ke HUSM, Kubang Kerian Kelantan. Satu faktor yang pasti dibelenggu kos. Dah lama berulang alik dari Kedah. Bukan mudah. Ke tahap yang sukar untuk diceritakan di sini.
Banyak pengorbanan di sini untuk diungkapkan. Sakit yang terlantar, bagaimana untuk dijaga. Pasti kesabaran itu tinggi.
Itulah suamiku…terpaksa cuti tanpa gaji untuk menjagaku. Lamanya diri ini mengesot. Semangat untuk jalan itu kuat. Walaupun kaki dibedah kedua-dua. Bila tulang yang dipotong, kaki kiri diganti tulang kecil kaki kanan. Penyembuhan yang lama.. tapi semangat kecekalan itu buat diri ini mampu harungi semua ini.
Namun diuji lagi.. diserang lagi.. dibuang dan menjalani radioterapi 28 kali. Tak lama kemudian terkena pula jangkitan kuman 2 kali. Allah sakitnya hanya Allah yang mengetahui.
Ujian itu hebat.. sabar itu indah.
Untuk tampung perubatan ulang alik diri ini, macam-macam kerja dibuat. Hingga saat ini, masih bantu suami menjual burger depan rumah.
Bukan semudahnya melalui, menahan kesakitan. Hanya yang merasai akan tahu bagaimana peritnya.
Alhmdulillah tuan rumah yang kami sewa, benarkan kami mencari rezeki di sini.
Buat masa sekarang masih dalam rawatan yang berterusan di dalam pemantuan doktor dan memerlukan susu dan perubatan ulang alik ke HUSM. Bukan semudahnya, melibatkan kos yang tinggi.
Diibarat jatuh ditimpa tangga, suami ditamatkan kontrak. Hilang pendapatan tetap kami. Malah sekarang pun tak sihat sangat untuk meniaga sepenuhnya burger. Apatah lagi handle sepenuhnya seperti sebelum ini. Jadi buat masa la, suami bantu dulu. Perniagaan yang sedia ada ini sementara untuk dapat pekerjaan kembali.
Perancangan sebenar, dari dulu lagi buat kerja pelbagai untuk diri ini bantu suami. Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
Buat masa la.. pendapatan hanya dari hasil jualan burger. Walaupun gerai hanya di depan rumah dan masuk ke dalam tapi InshaAllah.. percaya pada rezeki Allah.
Saya mohon jasa baik sahabat dan semua kiranya dapat membantu support perniagaan burger saya… andai ada yang berdekatan, boleh datang merasai burger jualan saya.
Tapi kiranya ada sahabat dan insan yang prihatin ingin membantu meringankan bebanan ini.. saya bersyukur sangat.. hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik semua.. Aamin.
Pembaca yang mahu membantu Puan Norliza boleh salurkan sumbangan anda ke :
Akaun Maybank 102055018475 Norliza bt Husain
Tel : 0175202434
Alamat : Kampung Sungai Rotan Jalan Jenun,Pendang Kedah (Berdekatan Guar Chempedak & Gurun)
Semoga Allah merahmati semua dan murahkan rezeki semua seperti arus sungai yang mengalir. Aamin.
Mingguan Wanita :Mendoakan semoga urusan suami isteri ini dipermudahkannya. Dan jika ada sedikit rezeki sudilah kiranya berkongsi dengan keluarga yang sedang diuji ini.
Tahniah kepada pasangan selebriti, Amyra Rosli dan Amar Baharin atas kelahiran anak kedua mereka, Ayra Aryssa. Alhamdulillah kali ini pasangan ini menimang cahaya mata perempuan pula.
Menerusi perkongsian Amyra Rosli di akaun Instagram nya, walaupun telah diberitahu dirinya bakal dibedah tetapi dia tetap berdoa agar kelahiran kali ini dapat bersalin normal. Namun telah menjadi ketentuan-Nya, pasti yang berlaku ada hikmahnya. paling penting kedua-duanya selamat.
Cantik dah mommy daddy set date nak keluarkan @ayraaryssa on 02/02/2020.. tapi… . Cerita dia macam ini, Doctor Seri bagi tau baby songsang. But she said no worries kita boleh tunggu lagi mungkin baby akan pusing di saat-saat akhir nak bersalin… Kita jangan fikir normal or caesar yet… Mommy masih tersenyum keluar dari bilik doctor konon-konon ada chance lah deliver normal lagi sekali
Bila balik rumah tunggu lagi 2 minggu nak lahirkan baby, macam-macamlah usahanya, pergi exercise lah, cari doa itu ini, amalkan petua-petua bagi baby pusing, tengok youtube sampai lebam and sampai masa pergi check up masih tak pusing… Doctor pun dengan senyum kelatnya terpaksa cakap kita kena proceed caesar.
Kalau doctor pun dah senyum kelat, i ni apa lagi??? Jantung ni macam dah jatuh dekat lutut bila tau perut nak kena potong. Tapi yang senyum riang, girang, gembira suka hati is daddy lah sebab date cantik dia pilih untuk baby keluar (02022020). . . On the 31st January, mommy daddy last minute jalan-jalan cari baju-baju baby (nasib baik sempat!) Lepas tu esoknya, 01022020 plan nak buat mani pedi, nak kemas-kemas dan cantik-cantik sikitlah kan macam kawan-kawan yang lain masuk OT. Tapi semua tak dapat sebab baby emergency nak keluar… Pukul 4 pagi macam sakit-sakit manja datang, i is buat dun no je lerrrr kampung people, pukul 6 pagi contraction dah mula kuat sikit, pukul 8 am SAKIT GILA!!! Terus shoot pergi hospital, dalam labour sakitnya ya ampun!.. Rupanya dah bukak 8 cm uolsssss!!!! Muka i dah macam king kong. Senyum pun tak nak dah kat doctor (sorry doctor )
Redha Saja
Even jalan tu dah bukak 8 cm mommy redha je la tak boleh nak keluarkan normal, semua bergegas bawak mommy dalam OT… Dalam sekelip mata keluarlah Aryssa pukul 10:48 am pada 01022020 dan muka daddy happy campur redha tak dapat date cantik tu . Tapi macam mana cara anak kita lahir sekali pun tak kisah lah mesti ada hikmah Thank you daddy sayang @amarbaharin, doctor @_s__e__r__i_ , kak @nengshahidah_linda , family, @fyzafeeza dan semua yang terlibat menjayakan telenovela ini
Sekeping foto ini menceritakan segalanya, di sepanjang kemelut politik negara yang belum lagi selesai. Ada cerita kebaikan pemimpin yang dizahirkan menerusinya. Keindahan budi, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meraikan para petugas media yang bekerja tak kira waktu di hadapan pintu Istana Negara.
Pensyarah dan pakar dalam bidang hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad berkongsi bagaimana sekeping foto ini, mengajar kita tentang NILAI MURNI yang sepatutnya ada dalam diri setiap orang.
Ada banyak nilai murni yang kita boleh pelajarai dari sekeping foto ini.
1. Bagaimana seorang pemimpin tertinggi, santuni golongan bawahan pekerja yang menanti sebuah berita. 2. Baginda turun berpanas hanya untuk bertegur sapa dengan rakyat yang sedang bertugas untuk hilangkan keresahan didada mereka. 3. Baginda mencemar duli dengan menyampaikan dengan tangannya sendiri McD kepada rakyat yang bertugas ditengah panas. 4. Baginda menghormati dan meraikan berita yang sahih, sebab itu orang media diraikan. Kita kekalutan untuk mendapatkan mana berita benar, mana berita palsu. 5. Bahasa tubuh baginda sederhana, dia tidak mengenakan suit dan bersongkok seperti pegawai istana atau pakaian terhormat tetapi hanya kenakan kemeja dan tali leher yang diguna pakai oleh semua pekerja. 6. Makanan memberi nilai simeotik yang tinggi bagi bangsa Melayu, ketika ada tetamu kita akan hidangkan dengan makanan sebagai tanda meraikan.
Kesannya,
Hari ini orang media mendapat banyak ‘durian runtuh’ dari power bank percuma, Milo percuma, Food Panda dan sebagainya.
Kita boleh sahaja katakan bahawa mereka buat untuk pengiklanan percuma tetapi lebih besar dari itu. Bila baginda memberi teladan yang baik, maka ia menjadi ikutan buat semua manusia.
Kawan kawan,
Hari ini kita dapat lihat warna sebenar pemimpin kita yang rakus nak berkuasa .
Sebagai pemimpin hari ini, hargailah usaha rakyat yang masih susah bekerja keras mencari rezeki setiap hari buat keluarga.
Seronoknya mereka dapat makanan yang diberi
Ada pemimpin yang lebih utamakan kepentingan peribadi dari kepentingan rakyat demi sebuah kuasa.
Kami bersyukur masih ada pemimpin kami yang hulurkan makanan sebagai tanda penghargaan atas usaha media.
Ia simbol kasih sayang sebenarnya.
Duhai pemimpin, jadilah pemimpin yang kami sentiasa doakan kesejahteraan dalam doa kami.
Bantulah kami dan janganlah terlalu gilakan kuasa hingga kami malu memiliki pemimpin seperti anda.
Doa kami, moga pemimpin yang baik akan kekal sejahtera. Amin.
Ibu didapati bersalah amang seksual anak kandung sendiri. Seorang ibu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak bertukar sikap sebaliknya apabila melakukan perbuatan di luar...