Ads

Masker Ini Akan Buatkan Bibir Cantik Dan Merah Mungil, Cuma Guna 5 Bahan Dapur

masker bibir

Masker bibir ini mudah saja nak disediakan. Bahan-bahannya pun boleh di dapati di dapur rumah anda. Tak rugi kalau anda mencubanya.

Penggunaan lipstik yang mengandungi banyak bahan kimia juga boleh menjejaskan bibir. Akibatkan bibir jadi hitam dan kering. Selain beli produk di kedai, anda boleh cuba merawatnya dengan masker bibir alami ini.

Ikuti perkongsian daripada Cik Puan Norshahida Lambri tentang kegunaan kentang, minyak zaitun, madu, lemon dan tomato dalam memastikan bibir lembap kemerahan. Ia juga mudah saja mahu disediakan.

Kentang

Blenderkan sebiji kentang hingga menjadi pes. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 30 minit.
Kemudian bilas dengan air suam.

Minyak Zaitun

Minyak zaitun memang banyak khasiatnya. Memang bagus untuk bibir, calitkan pada bibir setiap kali sebelum tidur.

Ads

Biarkan semalam bagi meresap minyak zaitun itu. Buat setiap hari untuk hasil yang terbaik.

Bibir akan jadi lembut.

Madu

Madu boleh menjadikan bibir kemerah-merahan. Calitkan madu setiap pagi dan malam.

Ads

Bagi bibir yang sensitif dan hitam, amatlah sesuai.

Lemon

Ads

Ambil sebiji lemon, potong dua. Gosokkan pada bibir dan biarkan selama 30 minit.
Dan bilas dengan air suam.

Tomato

Jadikan pes dan sapukan pada bibir hingga rata. Biarkan selama 30 minit.
Dan bilas dengan air sejuk.

Tomato boleh buatkan bibir jadi merah dan lembap.

Sumber: Norshahida Lambri via Mingguan Wanita

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Isteri Meninggal Selepas 3 Bulan Diuji Pemergian Anak Akibat Jantung Bengkak,...

Saat sebelum isterinya dijemput Illahi, arwah yang berusia 27 tahun sering memuat naik video kenangan bersama anak syurga mereka termasuk menyatakan kerinduan terhadap Wan Hayder sebelum mengikut jejak anaknya itu asbab masalah sakit yang sama.