
Milia Seed
Masalah milia seed sekitar mata, 3 cara ini boleh singkirkan terus dari wajah. Ya, jangan sesekali pandang remeh kalau ada biji kecil di bawah mata, anda kena rawat!
Milia seed yang juga dikenali sebagai oil seeds ialah benjolan putih atau kekuningan, keratin-filled (bahan yang sama terdapat dalam kuku) cyst yang lebarnya kira-kira 2 milimeter dan terbentuk di bawah kulit.
Walaupun tidak berbahaya dan tidak menyakitkan, biasanya jadi semakin meriah di sekitar hidung dan mata yang agak mengganggu mata kita tengok.
Apa yang kurang best, bukan mudah nak hapuskan masalah milia seeds yang muncul jauh di bawah permukaan kulit. Haaa… bukan seperti jerawat yang boleh dipicit dan tidak hilang sendiri. Nak tahu macam mana nak selesaikan masalah milia seed, kita baca tip yang dikongsikan oleh saudari Kween Lea ini..
Sebelum makin meriah, ini beberapa cara untuk menanganinya.
Pembuangan milia seeds biasanya memerlukan hirisan, electrocautery atau rawatan laser yang dilakukan oleh doktor bertauliah.
Rawatan laser boleh membantu dengan perubahan warna dan parut pada masa yang sama kerana tenaga daripada laser akan menembusi melalui lapisan luar kulit, secara langsung menyasarkan milia seeds dengan menjejaskan tisu sekeliling secara minimum. Jika dilakukan oleh individu yang kurang terlatih atau bertauliah, komplikasi seperti jangkitan, parut dan perubahan warna mungkin berlaku.
Regular exfoliation boleh membantu menanggalkan sel kulit mati dan minyak berlebihan serta mengelakkan milia seeds daripada terbentuk. | would advice korang untuk pilih exfoliator yang mengandungi bahan semula jadi, terbiodegradasi seperti jojoba beads, biji aprikot, kulit kacang tanah, garam laut, gula dan pasir. Namun, tidak kira jenis exfoliant yang korang gunakan, garis panduan pertama mengenai exfoliate adalah dilakukan dengan lembut dan tidak berlebihan. Kalau korang exfoliate terlalu kasar atau terlalu kerap, ia boleh memudaratkan.
Produk yang mengandungi retinol dan asid glikolik juga membantu dalam menyingkirkan milia seeds. Produk ini dianggap selamat untuk digunakan, tetapi perlu berhati hati apabila digunakan di sekitar mata kerana kulit di kawasan tersebut lebih nipis.
Jadi jika anda perasan ada biji-biji kecil sekitar mata, cepat-cepat selesaikan sebelum makin meriah. Nanti kesannya buat anda rasa hilang keyakinan apabila anda nak pakai mekap. Nampak kurang sempurna dan rasa kurang cantik di bahagian mata.
Ingat, jangan sesekali dibiarkan begitu, ya!