Mas Idayu bersyukur bekas suami lepaskan secara baik. Tiada pasangan berkahwin yang inginkan perpisahan namun jika ditakdirkan jodoh tidak panjang pastinya kena reda dengan ketentuan Ilahi. ‘
Terbaru penyanyi senior Mas Idayu mendedahkan dirinya kini sudah berpisah dengan suami, Muhammad Sufian Che Isa. Malah Mas Idayu juga menafikan perpisahan mereka bukan disebabkan campur tangan orang ketiga.
Mas Idayu Bersyukur Bekas Suami Lepaskan Secara Baik
Ibu kepada seorang cahaya mata itu menerangkan dirinya sah bercerai pada 4 Mac lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam. Dirinya juga menuntut fasakh ke atas bekas suami sebelum program realiti, Famili Duo bermula.
“Saya tak sorok perceraian ini. Saya pergi menuntut fasakh ditemani wali dan kakak. Kami tak bergaduh langsung, malah boleh ketawa ketika pergi ke mahkamah untuk bercerai.
“Mungkin Allah bantu tutup aib kami. Apa yang boleh saya katakan, memang saya sangat layak memohon perceraian ini.
“Seorang isteri kalau minta cerai tanpa sebab, cium bau syurga pun tak dapat. Tak perlu nak tuding kesalahan atau nak tuduh siapa salah dan betul. Apa yang penting, saya menuntut cerai dan dia pernah jadi suami saya,” ulas Mas Idayu seperti mana dipetik menerusi program Melodi.
Berpisah Secara Baik
Mas Idayu juga menegaskan dia dan Muhammad Sufian berpisah secara baik dan tidak berbalah.
Ads
“Kami tak bergaduh langsung, cuma saya nak tahu kenapa dengan netizen? Saya tidak ada masalah dengan netizen, tetapi kenapa buat andaian seperti ini? Macam mana nak minta maaf, sedangkan saya tak bersalah?
“Saya hanya garang ketika jadi juri dan ketika bekerja. Dengan suami, saya tak garang. Tapi, ada lagi tuntutan hati yang belum Allah kabulkan. Alhamdulillah saya bahagia dan harap sebelah sana pun ‘happy’,” sambungnya.
Sudah Lalui Dua Kali Kegagalan Perkahwinan
“Orang matang kena bersabar. Suka, kita berkahwin, bila tak boleh berpisah sahaja.
“Saya dan anak gembira meraikan Syawal. Saya seorang yang ‘loving’, janganlah cuba nak pancing sampai terbuka aib. Saya cakap terus-terang, bekas suami lepaskan secara baik, itupun saya membuatkan saya bersyukur.
Ads
“Saya sudah lalui dua kali kegagalan dalam perkahwinan. Saya tidak ada sebarang nasihat. Cuma, kalau nak berkahwin hukum hakam agama kena tahu barulah rumah tangga akan selamat,” luahnya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Melentur hati seorang isteri perlu bermula dari suaminya sendiri. Bijak suami menawan, hati isteri maka mudahlah untuknya mahu melembutkan jiwa isteri.
Mudahlah baginya untuk membimbing isteri ke jalan yang diredhaiNya. Inilah antara perkongsian menarik Ustaz Ebit Lew. Agar menghargai dan menyayangi bidadari dalam hidup suami.
Maka itu, suami utamakanlah amalan yang paling utama bagi seorang suami iaitu menafkahi isterinya sendiri. Apabila cukup suami beri, ianya akan memberi bahagia di hati isteri.
Sayangi Bidadari Dalam Hidupmu
Hargailah dan sayangilah bidadari dalam hidupmu di dunia kerana dialah bakal peneman kita selamanya di syurga nanti. Dialah permaisuri di syurga kita nanti. Amin.
Pemberian paling utama bagi seorang suami ialah isterinya. Kewajipannya. Tanggungjawabnya. Ramai orang terlupa memberi nafkah pada isteri. Beri sedekah pada haiwan terbiar sahaja menjadi sebab di masukkan syurga.
Bayangkan nilai beri makan pada orang miskin dan anak yatim. Betapa besarlah pula nilai amalan memberi nafkah paling utama pada isteri.
Nilai amalan wajib dan sunat tak sama. Kerana itu membahagiakannya, menggembirakannya membuat kita lebih bahagia gembira. Lebih berkat. Lebih melimpah ruah rezeki dan nikmat. Redha Allah segalanya.
Bayangkan apalah hadiah Allah pada kita nanti. Saat kita diuji dialah peneman setia. Saat kita sakit dialah yang menjaga kita. Paling mengenal dan memahami kita sentiasa. Isteri anugerah Allah. Orang tanya saya apa buat terus kuat melalui semua ini. Anugerah Allah memiliki bidadari yang sangat baik.
Kerana itu Saidina Ali ra pernah kata maksud doa ya Allah berilah kebaikan dunia dan akhirat. Apakah kebaikan dunia ini? Jawabnya beliau wanita solehah.
Mendapat itu dapatlah segalanya nikmat dunia ini. Kerana itu tugas kita suami menyayangi dan membimbing isteri kita cinta dan mengenal Allah. Wanita ini lembut dan mudah dibimbing jika kita menawan hatinya.
Saat kita mendapat hatinya mudahlah kita melenturnya dengan izin Allah. Alang-alang bercinta biarlah sampai syurga. Amin
Mingguan Wanita : Seorang isteri yang bahagia, sudah tentu dia akan membahagiakan hati suami dan seisi keluarganya.
Azhan Rani terharu sehingga menitiskan air mata, begitulah reaksi pelakon yang cukup dikenali menerusi watak Ustaz Hamadi dalam drama Nur, Azhan Rani yang sangat tersentuh dengan keprihatinan dan sikap pemurah yang ditunjukkan rakyat Malaysia kepada mangsa banjir.
Banjir yang telah melanda beberapa lokasi di Malaysia telah membuatkan ramai selebriti turun padang untuk menghulurkan bantuan barang keperluan asas dan makanan kepada mereka yang terkesan.
Sejak pagi Ahad, bersilih ganti selebriti terkenal berkongsi bantuan yang dihulurkan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar Lembah Klang dan lokasi-lokasi lain yang dilanda banjir.
Azhan Rani Terharu Sehingga Menitiskan Air Mata
Menerusi perkongsian Azhan Rani menerusi akaun rasmi Instagramnya mengambil inisiatif sendiri dengan menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan hasil sumbangan para pengikutnya di laman Instagram.
Seperti yang diluahkan pada awalnya dia hanya berhasrat untuk menyumbangkan sebahagian pakaian untuk kegunaan mangsa banjir terlibat. Namun apabila berkongsi hasrat tersebut di Instagram, ramai pengikutnya yang ingin turut serta membantu dan menyalurkan bantuan.
“Sebenarnya saya tak rancang beriya pun kerana saya hanya buat seorang sahaja. Pada awalnya saya hanya ada satu kotak baju yang saya rasa boleh bagi pada mangsa banjir.
“Bagaimanapun saya kemudiannya terfikir, kenapa saya nak bawa satu kotak baju saja, sedangkan kenderaan saya boleh memuatkan lebih banyak barang lagi.
“Jadi saya panjangkan kepada rakan-rakan media sosial, kalau ada orang nak tumpang barang,” kongsi Azhan.
Puji Sikap Pemurah Rakyat Malaysia
Malah dia juga sangat tersentuh dengan keprihatinan dan sikap pemurah yang ditunjukkan rakyat Malaysia.
“Saya tak sangka rakyat Malaysia sangat-sangat pemurah. Masing-masing laju DM (Direct Messege) untuk berikan sumbangan sehingga saya tak sempat nak membalas semuanya kerana terlalu ramai yang nak membantu sama.
“Ada juga orang dari Singapura yang minta nombor akaun kerana nak menyumbang dan membantu orang Malaysia yang dilanda musibah banjir. Jadi saya sangat-sangat terharu sehinggakan menitiskan air mata pada tadi. Hari mereka, mungkin satu masa nanti hari kita pula.
“Saya harap semuanya dipermudahkan. Kepada petugas-petugas di pusat pemindahan banjir, harap semuanya selamat.
“Dalam masa sama, kita jangan lupa Covid-19 masih lagi ada dan kita sama-sama jaga diri. Terima kasih dermawan-dermawan yang menyumbang,” ungkapnya lagi.
Jangan bersedih bila hajat dan impian tak sampai, mungkin anda kena gali konsep doa sampai nampak jalan yang boleh keluar daripada segala masalah.
Ok, pernah tak hidup anda dianiaya orang yang paling anda percayai. Rasanya bagaimana, sakit sekali sampai tak nampak dah yang lain-lain melainkan mahu balas kembali perbuatannya. Betulkan?
Ketika jiwa lemah tak berdaya, kepada Allah jualah anda memohon pertolongan. Tanpa jemu anda memohon moga Allah berikan pembalasan yang setimpal pada mereka yang menganiaya itu. Biar mereka sama merasai apa yang anda alami. Baru puas hati, kosong-kosong.
Hakikatnya, nak capai hati bahagia bukan itu caranya. Master Coordinator ar iReach, Puan Lyna Noh yang dikenali sebagai Akacan berkongsi cara mencapai hati bahagia dengan mendoakan orang lain.
Hati Bahagia & Hajat Tercapai
Salah satu cara hati bahagia & tercapai hajat ialah dengan mendoakan orang lain.
Dulu saya kalau nak marah orang, saya geram, doakan yang bukan-bukan. Biar mati kena langgar lori!
Tapi sejak saya faham tentang konsep doa yang diaminkan malaikat, saya tukar.
Kepada yang melukakan hati saya, saya doakan dosa-dosanya diampunkan, hajatnya tercapai, diberi hidayah, hidupnya bahagia dan sejahtera dunia akhirat.
Kenapa?
(1) Kita akan lebih bahagia bila mendoakan orang lain. Walaupun orang tu mencederakan hati kita. Ia lebih baik daripada menanggung sakit hati mengenangkan mereka.
(2) Apa yang kita doakan pada orang, malaikat aminkan dan berdoa pula agar kita pun dapat doa yang sama yang kita pinta buat mereka. Kalau kita minta doa agar orang tu mati dilanggar lori entah-entah kita dulu yang kena langgar lori.. naudzubillahi min zalik.
(3) Syaitan suka bila kita bermusuh tapi sengsara bila kita bersilaturrahim.
(4) Bila kita doakan kebahagiaan orang yang melukakan kita, mudah-mudahan doa kita makbul, dia sibuk dengan kebahagiaannya & tak kacau kita lagi dah.
(5) Kerana kita pun bukannya tak buat salah dengan orang lain.. Mungkin banyak benda yang kita tak perasan tapi melukakan dan menggores hati orang lain. Jangan ingat kita baik/mulia sangat.
Kawan-kawan, cubalah. Doakan orang-orang yang pernah melukakan hati kita (termasuk saya la kalau ada). Doakan kebahagian mereka, diberi hidayah, kejayaan, makbul hajat… mula-mula mungkin kita rasa sukar. So unfairkan? Tapi yang pasti kita akan rasa betapa manisnya perasaan itu.
Saya doakan kawan-kawan semua tercapai segala yang dihajati. Mudah-mudahan Allah redha & suka dengan apa yang kita kerjakan.
Kisah inspirasi tentang Shamsuri dan isterinya yang menerima cahaya mata ke-13, membuktikan bahawa rezeki anak ramai adalah anugerah penuh keberkatan. Ketabahan dan kasih sayang pasangan ini menjadikan keluarga besar mereka sumber kekuatan.