
Marissa Dania
Isu kemelut rumah tangga pempengaruh, Marissa Dania Hakim dan Ahmad Aslam berakhir, mereka tidak lagi bergelar suami isteri selepas diputuskan oleh Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.
Keputusan tersebut dibuat Hakim Syarie, Nadiah Khamis selepas meneliti hujahan kedua-dua pihak dalam prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk.
“Aslam dan Marissa bukan lagi suami isteri,”
kongsinya.Menurutnya lagi, anak guamnya memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu dan telah melafazkan lafaz cerai serta rujuk terhadap Marissa sebanyak dua kali.
Pertama adalah pada September 2024 dan pasangan berkenaan kembali rujuk pada bulan sama.
Ahmad Aslam atau nama penuhnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid kemudian melafazkan cerai buat kali kedua pada April 2025 dan pasangan itu difahamkan rujuk dua bulan kemudian.
Mewakili Aslam, peguam syarie Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri menjelaskan mahkamah mengesahkan lafaz talak sebelum ini adalah sah sekali gus membubarkan perkahwinan pasangan tersebut.
“Sebenarnya hari ini kita boleh katakan hakim memutuskan terjatuhnya talak.
“Hakim ada banyak keputusan dan terma, tetapi secara ringkasnya kedua-dua pihak bukan lagi suami isteri.
“Kalau mereka mahu bersama semula, mereka perlu melalui akad nikah baharu,” katanya.
Pasangan terbabit dilihat menerima keputusan mahkamah dengan hati terbuka tanpa sebarang drama di dalam dewan perbicaraan.
Marissa dan Ahmad Aslam terdahulu tiba berasingan di mahkamah dan bapa kepada empat cahaya mata itu mengesahkan tidak lagi sebumbung sepanjang menunggu keputusan mahkamah.
Sekadar info, Marissa yang juga anak kepada pelakon Abby Abadi bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebagai isteri kedua.
Sumber: Kosmo!