Dalam kejadian lif terhempas dari tingkat lima di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi Pantai Dalam, seorang mangsa adalah wanita. Selebihnya tujuh orang adalah lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak usia 10 tahun.
“Ibarat aksi filem.” kata Noorhasniza Jamaluddin, 34 mangsa wanita yang ditemui di kediamannya.
Ketika kejadian, dia cuma mampu memejamkan mata dan beristigfar.
Waktu dalam lif itu ada suaminya, Johari Jamaluddin, 40 yang bersama-sama dengannya untuk turun mengambil barang yang tertinggal dalam kereta.
Ketika lif bergerak untuk naik semula itulah dia lalui detik penuh debaran itu.
Tiba-tiba Lif Terhempas Menjunam Ke bawah
Kongsinya, sebaik seorang pemuda keluar dari lif di tingkat lima itu, secara tiba-tiba lif menjunam ke bawah. Dalam keadaan pintunya terbuka. Masa itu, dia sempat lagi berpaut tangan suami dan menundukkan sedikit badan.
Ads
Semuanya terjadi dalam sekelip mata. Sedar-sedar dia sudah sampai ke aras bawah dalam keadaan lapan orang mangsa saling berhimpit.
Dekat 15 minit juga dia terpaksa berhimpit dengan mangsa lain yang terperangkap dalam lif itu. “Kami cuba buka pintu lif. Tapi tak berjaya. Sampailah penyelenggara lif datang buka kunci.”
Dan akhirnya, kesemua mangsa ini dibantu orang awam keluar dari lif berkenaan.
Kejadian yang berlaku kira-kira 2.30 petang Jumaat lalu, masih mengundang trauma di hatinya. Katanya lagi, ini bukan kejadian pertama yang jadi di situ.
“Harap lif uzur ini diganti dengan yang baru, sebab kerap sangat rosak.”
Ads
Lebih menyayat hati, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dan 3 mangsa lain patah kaki, manakala empat yang lain cedera di pergelangan kaki dan tangan. Dari kalangan mangsa juga adanya seorang warga emas berusia 69 tahun.
Sungguh! tak dapat dibayangkan betapa ngerinya saat nyawa bagai di hujung tanduk tu.
Ads
Lif PPR Kerinchi Bukan Terhempas..
Dalam temuramah bersama Astro Awani, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) Ir Omar Mat Piah menjelaskan lif di PPR Kerinci itu tidak terhempas.
Sebaliknya, lif berkenaan bergerak lebih dari kelajuan biasa sebelum brek keselamatan berfungsi sehingga menyebabkan impak kepada mangsa di dalamnya.
Katanya lagi, insiden ini bukan disebabkan tali sawat putus atau sebagainya, tetapi ia masalah teknikal. “Lif ini turun bukan freefall (jatuh bebas) tetapi ia turun dalam keadaan laju biasa. Lif ini mempunyai banyak alat kawalan jika lif terlalu laju ada kawalan-kawalan akan mengurangkan kelajuan.
Tambahnya, sekiranya berlaku free fall, ada satu alat keselamatan dikenali sebagai brek keselamatan untuk berhentikan lif tersebut. Tapi untuk insiden ini tidak sampai keadaan tersebut.
Siasatan masih diteruskan sehingga ke hari ini.
MW : Jika ini bukan kejadian pertama, seharusnya pihak berwajib lebih prihatin dengan nasib penghuni rumah flat di kawasan kediaman berkenaan. Malah, bukan saja di PPR Kerinchi.. terdapat juga lif-lif di kediaman flat lain di ibu kota yang dalam keadaan uzur dan membimbangkan.
Sumber/Foto : Sinar Harian, Astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini, menerusi program Rancangan Makanan Tambahan (RMT), cuma anak dari keluarga perbendapatan 40 peratus terendah (B40) saja yang menikmati kemudahan ini, kini tak lagi. Kerana sarapan percuma ini diperluaskan kepada seluruh pelajar.
Tulisnya dalam facebook beliau,
BERMULA JANUARI 2020, SARAPAN PERCUMA AKAN DISEDIAKAN BUAT SEMUA ANAK-ANAK DI SEKOLAH RENDAH SELURUH NEGARA
Anak-anak kita memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan mereka terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mengambil berat aspek pemakanan murid dan sentiasa menggerakkan pelbagai inisiatif penting untuk memastikan anak-anak kita perutnya sentiasa terisi dengan makanan berkhasiat.
Program Sarapan Percuma Berpandukan Menu Sihat, Dan Enak
Sehubungan itu, bermula dari Januari 2020, KPM bakal melancarkan program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara. Melalui program ini nanti, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.
KPM akan terus meneroka apa sahaja ruang bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan.
Mekanisme pemberian sarapan percuma ini bagi setiap sekolah bagaimana pun belum diperjelaskan secara menyeluruh.
Semoga dengan pelaksanaan sarapan percuma ini akan membantu anak-anak untuk lebih fokus memberi tumpuan dalam setiap sesi pembelajaran di dalam kelas.
Dan tentunya pengumuman ini memberi berita gembira kepada ibu bapa malah para pelajar yang bakal menikmati kemudahan lebih baik menerusi program ini.
“Selamat Berpantang, Putih Gebunya Baby” Isteri Usop Selamat Bersalin Anak Sulung.
Tahniah diucapkan buat penyanyi Usop yang sudah bergelar bapa. Isteri Usop, Nur Fatihah telamat selamat melahirkan bayi kesayangan mereka yang pertama.
Usop yang lahir dari program Mentor juga turut berkongsi nama anak lelaki mereka.
“Alhamdulilah. Assalamualaikum Muhamad saif umar. Terima kasih yang mendoakan istri usop.”
“Selamat Berpantang, Putih Gebunya Baby“
Sebelum isteri selamat melahirkan, Usop memohon doa orang ramai moga dipermudahkan isterinya bersalin.
“Semoga dipermudahkan urusan istriku” kongsi Usop
Untuk rekod, Usop berkahwin dengan Fatiha yang merupakan seorang model pada 3 Januari lalu dalam sebuah majlis akad nikah di Pejabat Agama Daerah Butterworth, Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang.
Pengacara dan pelakon Siti Elizad Mohamad Sharifuddin memanfaatkan waktu duduk rumah dengan menghabiskan bacaan Al-Quran. Dan hari ini dia berkongsi rasa bahagia, apabila berjaya khatam Al-Quran di musim PKP ini.
Kongsinya di instagram miliknya, yang merakam gambar berdua dengan suami tercinta, Shamsul Baharin Rahman.
Tulisnya,
“Alhamdulillah, I got a chance to Khatam Quran untuk ‘musim PKP’ sesambil WFH (Work From Home). Inshaallah esok boleh mula yang baru pula untuk Ramadhan ni.”
“Aaaa, macam tak percaya lusa dah nak puasa. May this Ramadhan be successful for all of us & provide us with good & wealth.”
Doa Ini Tak Pernah Lekang Dari Kami – Siti Elizad
Siti Elizad dan suami sudah lima tahun mendirikan rumah tangga, dan masih berusaha untuk menimang cahaya mata. Malah, pengacara ini juga sudah pun menjalani rawatan IVF untuk mendapatkan zuriat.
Katanya, setiap masa doanya agar Allah memberikan rezeki anak tak pernah putus dari bibirnya. Malah doa inilah yang selalu dibaca oleh mereka berdua.
Wahai Tuhanku , Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sempurna : sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
“Selain doa-doa yang lain, inilah doa yang tak pernah lekang dari kami berdua.”
Harapannya sentiasa ada agar Allah memberikannya anak, sekurang-kurangnya seorang cahaya mata.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...