kahwin paksa

Perkahwinan seharusnya menjadinya detik yang paling menggembirakan tapi tidak bagi lelaki ini. Ia menjadi suatu mimpi ngeri apabila seorang jurutera kilang besi mendakwa diculik dan diacu senjata api ketika dipaksa berkahwin dengan seorang wanita yang tidak dikenalinya dalam kejadian di Bihar, India.

Dalam laporannya kepada polis, lelaki itu, Vinod Kumar,29 berkata dia menghadiri majlis perkahwinan rakannya di daerah Nalanda, berhampiran Patna.

Rancangan Rakan

Katanya, dia diculik ketika setuju menemui kenalannya sebelum menghadiri sebuah majlis kahwin.Bagaimanapun, rakannya, Surendra Yadav telah merancang menculiknya sebelum membawanya untuk dinikahkan dengan adiknya.

“Sebaik tiba di Gopkita, Surendra dan ahli keluarganya mengarahkan saya berkahwin dengan seorang perempuan. Seorang ahli keluarga itu mengacu pistol ke arah saya.

“Saya kemudian dipaksa melekatkan serbuk merah tanda perkahwinan di kepala seorang wanita,”

“Selepas majlis itu, saya dikurung dalam sebuah bilik sepanjang malam. Keesokkannya saya menghubungi abang yang kemudian bergegas ke pekan ini dan menghubungi polis,” katanya.

Menurut laporan Gulf News semalam, Vinod enggan,merayu-rayu minta ‘dibebaskan’ dan memberitahu dia perlukan kebenaran ibu bapa untuk berkahwin namun dia kemudian diacu senjata api, dipercayai pistol ke kepalanya.

IKLAN

Amalan ‘Pakadua Vivah’

Kahwin paksa itu dikenali sebagai ‘Pakadwa Vivah’, amalan yang biasa dilakukan di Bihar, oleh keluarga wanita yang tidak mampu menyediakan mahar atau wang belanja perkahwinan untuk mengahwinkan anak mereka dengan pasangan dianggap secocok.

Kejadian ini juga berlaku kerana ibu bapa terdesak untuk mencari pasangan anak perempuan kerana masalah kekurangan kaum lelaki.Laporan itu tidak menyebut bila kejadian itu berlaku namun menurut Gulf News, ia berlaku baru-baru ini.

IKLAN

Vinod menangis kerana paksaan itu dan seorang perempuan dipercayai saudara bakal isterinya berkata:

Kami hanya mengahwinkan kamu, bukannya nak gantung kamu.”

“Kenapa menangis kuat begini? Diam!”

Insiden melibatkan Vinod terbongkar apabila mangsa menghubungi pihak media selepas majlis kahwin paksa itu.Dalam laporan polis, Vinod menegaskan dia tidak pernah mengenali wanita berkenaan yang kini secara tidak langsung sudah menjadi isterinya.

IKLAN

Senior Superintendan polis di Patna, Manu Maharaj, berkata pihaknya sudah memulakan siasatan kes berkenaan.Perkara itu sedang diteliti dan tindakan akan diambil terhadap pihak terlibat.

Pada 2016, sebanyak 2,877 kejadian menculik dan dipaksa kahwin di Bihar, 2015 (3,001 kes), 2015, 2014 (2,533 kes) dan 2013 (2,922 kes).

Sumber: sinartv, mstar & hmetro