“Mama Nak Mereka Belajar Erti Simpati, Tahu Apa Berlaku Di Dunia Luar” Datin Shahida Didik Anak Tentang Perjuangan Palestin

Share

“Mama Nak Mereka Belajar Erti Simpati, Tahu Apa Berlaku Di Dunia Luar” itulah antara luahan Datin Shahida yang juga isteri kepada usahawan terkenal Dato’ Seri Aliff Syukri.

Gelombang solidariti terhadap Global Sumud Flotilla telah mencetuskan demonstrasi besar-besaran di pelbagai negara seluruh dunia, Malaysia tidak berkecuali.

Ribuan peserta turun ke jalan raya menyuarakan sokongan terhadap misi kemanusiaan tersebut, termasuk isteri kepada usahawan terkenal Dato’ Seri Aliff Syukri, iaitu Datin Seri Nur Shahida bersama anak-anaknya, Baem, Qadejah dan Ammar Ahyan.

“Mama Nak Mereka Belajar Erti Simpati”

Demi menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap solidariti Global Sumud Flotilla, Datin Shahida, turut turun padang bersama anak-anaknya menghadiri himpunan solidariti di Dataran Sogo, Kuala Lumpur.

Langkah itu bukan sekadar simbol sokongan, tetapi juga tindakan mendidik generasi muda agar peka terhadap penderitaan rakyat Palestin dan memahami perjuangan menegakkan keadilan di bumi yang bergolak itu.

Katanya, tahun lepas beliau hadir bersama Dato’ Seri Aliff Syukri, namun kali ini beliau mahu anak-anak sendiri melihat dan merasai semangat perjuangan rakyat yang ditindas.

“Mama nak mereka belajar erti simpati, tahu apa yang sedang berlaku di dunia luar.

Ini bukan sekadar tunjuk perasaan, tapi satu pendedahan penting untuk membentuk jiwa yang cakna dan berhati manusia.”

Dalam suasana penuh semangat, laungan “Free Palestine!” bergema di sekitar dataran, menambah rasa sebak dan keinsafan kepada semua yang hadir.

Puji Tindakan Datin Shahida

Ramai yang memuji tindakan Datin Shahida kerana menjadikan solidariti ini platform pendidikan awal untuk anak-anak,  supaya mereka membesar dengan nilai empati dan kemanusiaan yang tinggi.

Sementara itu, Dato’ Seri Aliff Syukri turut menyatakan sokongan beliau melalui satu posting di Tiktok yang menerima lebih 43.2 ribu tanda suka dan 1,777 maklumbalas.

Di sebalik kesibukan sebagai usahawan, mereka tidak pernah lupa menyemai kesedaran dalam diri anak-anak tentang perjuangan umat Islam di bumi Palestin.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa bangga dan terharu melihat keluarga ini bersatu hati menyuarakan sokongan buat Palestin.

Baca Di Sini : “Saya Tak Marah Dan Berdendam, Cuma…” Datin Shahida

Bagi Fattah, setiap pasangan perlu sekufu dalam hal agama dan tujuan hidup. Itulah yang menjadi pegangan utama dalam membina rumah tangga yang kukuh.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

 

Published by
Norhayati Suboh