“Malam ini merupakan episod terakhir, kalian semua tolong tengok- tengokkan Suri. Jangan bagi dia seorang diri, temanlah dia di episod terakhir ini. Saya percaya Suri akan buat keputusan yang betul dan bijak. Kalau tidak percaya, tengok malam ni,” wasiat ‘arwah Falah’ buat semua.
Semalam, rata-rata rakyat Malaysia dikejutkan dengan pemergian Falah ke alam abadi dalam drama fenomena dan popular ‘Andai Tiada Dia’. Boleh dikatakan hampir semua peminat drama ini mengalirkan air mata, tidak kurang juga rakan-rakan artis seperti Nabil yang merupakan pengikut setia drama arahan Riza ini.
Sejak awal kemunculan karakter Falah dalam drama 35 episod ini, lakonan Zahiril Adzim itu begitu melekat di hati para penonton. Watak Falah yang diharapkan oleh netizen untuk menjadi lelaki kiriman tuhan kepada Suri, akhirnya disahkan mati otak semalam dan hayatnya bergantung kepada mesin sahaja.
Ads
Tetapi persoalannya adakah benar Falah mati? Apakah mungkin ada keajaiban yang bakal disajikan di dalam karya ini? Bagaimana pula dengan Intan, apakah akan ada pembalasan setimpal dengan segala yang telah dilakukan sebelum ini?
Primadona filem Melayu, Noor Kumalasari Mohamed Taib dan suaminya antara ratusan ibu bapa yang bangga melihat kejayaan anak-anak yang diraikan dalam majlis graduasi di Management & Science University (MSU).
Anak Noor Kumalasari iaitu Wan Irfan Nurul Atiq Wan Mohd Yusoff berjaya menamatkan pengajian di Management & Science University (MSU).
Menerusi Instagram MSU, Wan Irfan Nurul Atiq Wan Mohd Yusoff menamatkan pengajian dalam jurusan Bachelor in Graphic Design (Hons), Faculty of Information Sciences and Engineering(FISE) di institusi pendidikan tinggi swasta tersebut dan kejayaannya telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen MSU ke-34 pada Khamis lalu.
Seramai 2,447 graduan dari 126 program pengajian menerima skrol pengajian masing-masing. Ia menyaksikan 35 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana (65), Sarjana Muda (1,596) dan Diploma (751).
Seperti ibu bapa lain, perasaan gembira dan syukur tergambar di wajah Primadona Filem Melayu itu yang turut berkongsi perasaannya dan pengalaman melihat anaknya itu bertungkus lumus dalam pengajiannya itu.
FISE merupakan fakulti yang melahirkan graduan dengan bilangan program terbanyak iaitu 28 program pengajian. Faculty of Business Management and Professional Studies (FBMP) pula menyumbang kepada bilangan kohort graduan terbesar iaitu seramai 677 graduan.
“Dia memang komited dengan pengajian. Bayangkan, jam 4 pagi masih siapkan tugasan di dalam bilik dan sebagai ibu, saya memang bangga dengan dia.”
Untuk rekod, Wan Irfan Nurul Atiq merupakan anak bongsu Noor Kumalasari dan suaminya, Wan Mohamad Yusof. Mereka telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Amin Nurrashid, Wan Amni Nuruddin dan Wan Irfan Nurul Atiq.
Noor Kumalasari pernah menerima Hijabista Legend Award di Hijab Fashion Award 2024 yang diadakan Februari lalu.
Kemunculan anak lelaki Misha Omar, Muhammad Idris Ezzwa tampil memperkenalkan ibunya pada Misha Omar Back To Basic Showcase, pada Sabtu lalu tular di media sosial sehingga ke hari ini.
Mana tidaknya, ramai memuji kepetahannya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris pada usia lapan tahun.
Misha Omar sendiri jarang mendedahkan anak-anaknya kepada umum di media sosial miliknya. Malah, posting di Mingguan Wanita, terdapat segelintir peminat yang teruja mengetahui penyanyi berusia 43 tahun ini mempunyai anak. Selain Idris, Misha turut memiliki seorang anak angkat lelaki, Adam yang kini berusia 17 tahun.
Menerusi segmen pembukaan showcase, Idris tampil bersahaja dengan kemeja putih telah menerima tepukan gemuruh hampir 2,000 peminat yang memenuhi Jio Space, Petaling Jaya.
Bercerita mengenai showcase, penyanyi yang sudah 22 tahun bergelar anak seni telah menyampaikan lagu-lagu hitsnya selain menyanyikan beberapa lagu daripada penyanyi lain termasuk artis antarabangsa.
Persembahan Misha dimulakan dengan beberapa buah lagu daripada album terdahulu antaranya Cinta Adam dan Hawa, Sembunyi, Tiada Ku Mengerti dan Dedebu Cinta.
Persembahan pada malam itu diteruskan dengan lagu-lagu hits antaranya termasuklah Pulangkan, Ku Seru, Masihkah Ada Rasa itu, Bunga-Bunga Cinta, Sampai Bila dan ditutup dengan lagu Semoga Abadi.
Selain peminat rakan artis yang sama-sama hadir menyaksikan persembahan Misha termasuk Ella, Aina Abdul, Shila Amzah, Ernie Zakri, Syamel dan Nabila Razali. Penerima trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak tiga kali itu turut menyampaikan lagu hits Lady Gaga dan Bruno Mars, Die With A Smile duet dengan Juara Bintang RTM 2018, Hariz Fayahet.
Selain melontarkan vokal dan persembahan yang menarik,Misha Omar mempamerkan kehebatan dan keakrabannya dengan peminat apabila beliau turun dari pentas untuk mendekati penonton semasa konsert Back to Basics baru-baru ini.
Tindakan spontan itu mendapat sorakan gemuruh daripada para hadirin yang teruja dengan kehangatan interaksi beliau. Misha bukan sahaja menyampaikan lagu dengan penuh jiwa, tetapi juga menunjukkan penghargaan mendalam terhadap sokongan peminat yang sentiasa berada di sisi sepanjang perjalanan kariernya.
Momen penuh emosi itu membuktikan bahawa beliau bukan sahaja seorang penyanyi yang berbakat, tetapi juga seorang artis yang menghargai setiap detik bersama peminat setianya.
Ramai melahirkan simpati terhadap kemelut yang melanda Zahnita Wilson, figura yang pernah menghiasi dunia seni dan peragaan tanah air ini apabila kes rumah tangganya menjadi perhatian umum.
Nantikan Temubual Eksklusif SEMBANG WANITA XTRA BERSAMA ZAHNITA WILSON DI YOUTUBE MINGGUAN WANITA.
Meskipun masih dalam keadaan trauma, Zahnita kini memilih jalan berbeza dalam hidupnya. Setelah melalui pelbagai pengalaman hidup, Zahnita mengambil langkah berani untuk membina hidup baharu untuk mengembangkan lagi bisnes pai Zahnita Humble Pie yang diusahakannya itu.
Ternyata, keputusan itu membuahkan hasil apabila bisnes pai yang diusahakannya semakin mendapat perhatian dan tempahan yang memberangsangkan daripada orang ramai.
Menerusi hantaran dalam Instagramnya, dia sedang menyiapkan tempahan 3,000 pai.
“3,000 biji pai sedang dalam pembikinan. Kini saya mempunyai mesin pengadun industri seberat 9 kilogram.
“Kalian semua telah melonjakkan jumlah pesanan. Terima kasih banyak-banyak,” tulisnya pada bahagian kapsyen.
Dalam usahanya untuk memberi fokus sepenuhnya kepada perniagaan ini, Zahnita mengejutkan ramai apabila menolak tawaran menjadi model kempen Hari Raya Jakel, walaupun tawaran tersebut dikatakan mencecah angka enam digit.
Keputusan Zahnita menolak tawaran menjadi model Hari Raya Jakel bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, bagi Zahnita, memberi fokus kepada perniagaan yang sedang berkembang lebih penting pada masa ini.
“Saya sangat berbesar hati dengan tawaran itu, tetapi masa saya kini terhad. Bisnes ini memerlukan komitmen penuh, dan saya mahu memastikan ia berjaya sebelum memikirkan hal lain,” jelasnya yang ditemui secara eksklusif oleh krew Mingguan Wanita di kediamannya hari ini.
Tambah Zahnita lagi, dia tidak akan kembali ke dunia modelling lagi dan ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan pai yang semakin mendapat sambutan di kalangan pengemarnya.
Mengimbas langkah pertamanya dalam perniagaan pai, Zahnita mengakui ia bermula sebagai hobi yang akhirnya berkembang menjadi sumber pendapatan. Dengan jenama yang dikenali sebagai , Zahnita Humble Pie menawarkan beberapa jenis pai dengan resepi istimewa yang dirumus sendiri.
“Memasak adalah terapi buat saya. Bisnes ini bukan sahaja memberi saya peluang untuk berkreativiti, tetapi juga cara untuk menjana pendapatan yang stabil. Melihat reaksi pelanggan yang menikmati pai saya memberi kepuasan yang tak tergambar,” katanya.
Mencari Kestabilan Hidup Baharu
Bagi Zahnita, perniagaan pai ini adalah simbol kebangkitan dirinya selepas melalui pelbagai cabaran dalam hidup. Dia mahu membina sesuatu yang boleh memberikan kestabilan kepada dirinya dan anak-anak.
“Setiap orang berhak untuk memulakan hidup baharu, tidak kira apa yang telah berlaku. Bagi saya, hidup adalah tentang membuat pilihan yang terbaik untuk masa depan,” tambah Zahnita.
Dengan sokongan padu daripada pelanggan dan peminat, Zahnita yakin perniagaannya akan terus berkembang.
“Saya juga berharap usaha ini dapat dikembangkan dan saya mahu membuat 1 Juta Pai untuk dihantar ke Palestin suatu hari nanti. Itu adalah cita-cita dan harapan saya dalam bisnes ini.
“Doakan saya terus berjaya dalam perjalanan baharu ini. Saya percaya, rezeki akan datang jika kita ikhlas dalam usaha,” katanya penuh harapan.