Makan Di Hotel Memang Sedap, Mak-Mak Pun Perlu Tahu Pengambilan Makanan Secara Sederhana & Seimbang

Share

Bagi mereka yang gemar berbuka di hotel sudah pasti setiap tahun anda akan mencari hotel yang bersesuaian dengan selera anda sekeluarga. Pastinya pelbagai juadah yang disediakan anda hanya perlu melihat bajet dan kemampuan keluarga.

Untuk Ramadan kali ini Hotel Grand Paragon yang terletak di Johor Bahru menyediakan lebih lebih dari 150 jenis masakan dan hidangan berbuka puasa. Malah hotel ini juga menyediakan juadah dengan harga istimewa. Juadah yang tersedia dari selera kanak-kanak hinggalah ke dewasa, pasti akan membuat anda merasa untuk datang buat kali kedua.

Menurut Chef Faudleen Hamidy, yang bertugas di sini selama lapan tahun antara kepakarannya memasak lauk asam pedas.

“Daripada pemerhatian saya, kebanyakkan pengunjung yang berbuka di isni memberi maklum balas tentang menu asam pedas yang kami sediakan. Ada yang kata, menu asam pedas kami lain dari yang lain. Selain itu kami juga menggunakan pelbagai jenis ikan mengikut kehendak pelanggan bagi asam pedas kami,” terang Chef Faudleen.

Seklain itu antara menu istimewa Sup Merah (Sup Tulang Merah), Kurma Telur, Gulai Daging Kawa, Nasi Ambeng, Nasi Arab Kambing, manakala buat pengemar Shellout juga tidak akan mengecewakan anda.

Bagi mereka yang suka dengan buah durian, hotel ini juga turut menyediakan durian goreng yang sememangnya menjadi daya tarikan istimewa setiap kali hadirnya bulan puasa.

Antara menu yang menjadi kegemaran pelanggan.

Makan Secara Sihat

Dalam mengamalkan ibadah puasa, sebagai ibu, anda juga perlu menyediakan makanan yang berkhasiat buat keluarga. Amalkan pengambilan makanan secara sihat iaitu makan hidangan secara sederhana dan seimbang. Ini kerana tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan semua nutrien diperlukan tubuh.

Jika boleh mak-mak elakkan ahli keluarga anda makan secara berlebihan sewaktu berbuka puasa kerana selepas seharian berpuasa, aktiviti gastrik di dalam perut akan menurun pada tahap minimum. Apabila kita mengambil makanan semasa berbuka puasa, aktiviti gastrik akan meningkat. Kebiasaannya kita akan mengambil makanan yang banyak sewaktu berbuka puasa.

Ini menyebabkan peningkatan asid yang terlalu mendadak. Keadaan ini akan mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, makanlah makanan ringan terlebih dulu sewaktu berbuka puasa untuk mengelakkan peningkatan aktiviti gastrik yang mendadak.

IKLAN