
Selalunya kisah hubungan antara menantu dan mak mentua sering dikaitkan dengan konflik dan drama. Namun kisah tular ini membuktikan bahawa kasih sayang mak mentua cina tidak mengenal batas agama mahupun budaya.
Baru-baru ini, satu video yang dikongsikan di TikTok oleh pengguna @mem.besau mencuri perhatian ramai apabila memaparkan momen menyentuh hati di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Baca juga: Mak Mentua Dan Menantu Perempuan Boleh Jadi ‘Best Friend’ Bila Masing-masing Saling Menerima
Momen Perpisahan Yang Penuh Kasih
Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita bersama suaminya sedang bersiap untuk berlepas menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah.
Lebih menyentuh hati apabila keluarga mentuanya yang berbangsa Cina turut hadir menghantar mereka ke lapangan terbang.
Malah, mak mentua Cina dilihat begitu sebak dan penuh kasih ketika melepaskan menantu kesayangannya pergi menunaikan ibadah.
“Terharu sangat… Ramadan 2026, mak mentua Cina hantar ke KLIA sebelum menunaikan umrah dan beraya di tanah suci,” kongsinya.
Siap Bekalkan Sambal Hijau
Apa yang benar-benar mencuri perhatian netizen ialah satu detail kecil tetapi cukup bermakna. Mak mentua Cina turut membekalkan sebotol sambal hijau untuk dibawa ke sana.
Walaupun nampak sederhana, tindakan itu jelas menggambarkan kasih sayang seorang ibu mentua yang ingin memastikan menantunya tetap selesa walaupun jauh di perantauan.
Bagi ramai wanita, perkara kecil seperti ini sebenarnya paling menyentuh hati.
Kasih Sayang Tanpa Sempadan
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat hubungan harmoni antara mak mentua cina dengan menantunya ini.
Ramai yang memuji sikap terbuka dan toleransi antara keluarga berbeza agama, malah ada yang mengakui tersentuh melihat layanan penuh kasih daripada mak mentua tersebut.
Hakikatnya, kisah ini menjadi bukti bahawa hubungan kekeluargaan yang ikhlas mampu melangkaui perbezaan agama dan budaya.
Bila Menantu Dilayan Seperti Anak Sendiri
Bagi wanita, memiliki hubungan baik dengan ibu mentua adalah satu anugerah besar.
Kisah ini bukan sekadar video tular, tetapi satu inspirasi bahawa apabila hubungan dibina dengan kasih sayang dan hormat, keluarga boleh menjadi tempat paling selamat dan menenangkan.
Kadang-kadang, bukan hadiah mahal yang membuatkan kita terharu…cukup dengan sebotol sambal hijau dan doa yang ikhlas dari seorang ibu.
Baca juga: Mak Mertua Jangan Anggap Menantu Macam Orang Luar, Layanlah Macam Anak Sendiri
Video Penuh:
@mem.besau Terima kasih Ya Allah , atas rezeki yang kau beri . Terharu sangat bila mak mentua cakap dia nak hantar dekat klia , macam macam pesan . Tapi kann , kenapa setiap kali orang nak pergi umrah atau haji ramai orang akan hantar sampai airport eh ? Korang tahu tak sebab dia ? #mixmarriage #mixmarried #interacialcouple #ramadhan #umrah ♬ الصوت الأصلي – 𝕄𝕚𝕜𝕒𝕤𝕒♔☘︎︎.
Sumber: Tiktok
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




