makan telur

Mak-mak yang bersalin secara pembedahan boleh sebenarnya makan telur tapi ada syarat tertentu.Ini kerana seringkali sewaktu dalam berpantang,mak-mak dinasihatkan agar tidak memakan telur, dikhuatiri rasa gatal dan bernanah pada luka jahitan. Sebaliknya ‘digalakkan’ mengambil pati ikan haruan mahupun pati gamat yang dikatakan lebih elok untuk merawat luka pembedahan.

Namun, Siti Aishah atau lebih dikenali sebagai Kak Ice yang merupakan seorang Juru Urut Bertauliah dan Pengamal Warisan Perbidanan Melayu Lama,mempunyai pandangan berbeza mengenai perkara ini.

Berikut merupakan antara perkongsian daripada beliau;

Pati Gamat Vs Telur Mentah Selepas Pembedahan

Baru-baru ni ramai yang tanya kak Ice perihal orang perseorangan post pasal makan telur lepas bersalin untuk cepat sembuh luka pembedahan.

Ada yang pertikaikan amalan pati haruan dan pati gamat lebih elok untuk merawat luka pembedahan.

Sedangkan ramai yang tak tahu bahawa kandungan dalam pati-pati tersebut meskipun mampu membantu mempercepatkan penyembuhan luka tetapi hanya untuk luka luaran.

Ketika dibedah, 7 lapisan kulit dipotong. Oleh itu proses penyembuhan perlulah meliputi ketujuh-tujuh lapisan ini. Pengamal pati haruan dan gamat hanya mampu menyembuhkan lapisan luka yang paling luar, TIDAK sehingga dalaman.

IKLAN

Akhirnya luka dalaman mula bernanah dan membusuk. Dan yang paling bahaya adalah apabila luka dalaman melekat dengan organ-organ dalaman seperti ovari, rahim, tiub fallopio, usus atau pundi kencing.

Mengapa saya kata ia berbahaya? Kerana bila kelahiran seterusnya ia merupakan risiko tinggi jika anda terpaksa melalui proses pembedahan sekali lagi.

Disebabkan itulah bidan-bidan lama mengamalkan beberapa amalan herba dan ramuan yang mampu membantu memgatasi masalah ini.

IKLAN

Meskipun zaman dahulu tiada prosedur pembedahan, mereka telah menggunapakai rawatan-rawatan ini kerana mereka percaya setiap kelahiran, meskipun normal, tetap meninggalkan luka dalaman dan keradangan pada kawasan rahim, pangkal rahim (servik) dan juga saluran faraj.

Antara amalan bidan-bidan lama untuk luka dalaman ialah:-

1. Amalan Herba

Herba tak mampu menghilangkan kesakitan secara terus. Tetapi ia banyak membantu memperbaharui sel-sel mati dan merawat keradangan akibat luka pembedahan. Keradangan atau imflamation adalah dimana. Disebabkan itulah pentingnya amalan herba yang tanpa bahan perapat sebagai rawatan untuk luka pembedahan. Saya mengamalkan air rebusan Akar Herbanika yang tinggi antioksida, dan gabungan Lawas Segar serbuk dan Lawas Angin serbuk sebagai bahan rawatan dalaman.

2. Amalan Kuning Telur Ayam Kampung Mentah

Selepas bersalin secara pembedahan, tiap-tiap pagi saya mengamalkan petua bidan-bidan lama dimana saya akan membancuh jamu dengan kuning telur ayam kampung mentah.
Selain memberi tenaga, kandungan zink dan protin yang tinggi membantu pengeluaran tisu dan sel yang baru dan meningkatkan imunisasi badan (sangat berguna sebagai mekanisma melindungi badan dari jangkitan kuman). Kadang-kadang jamu digantikan dengan kopi O kampung sebagai sarapan saya.

IKLAN

Tapi yang penting amalan ini perlulah dengan kuning telur yang MENTAH. Bukan yang telah direbus, digoreng mahupun separuh masak ya. Kena mentah betul-betul.

So dah terjawab ye persoalan kenapa telur boleh makan. Bukan sebarang-sebarang.

Mak-Mak Yang Bersalin Secara Pembedahan Boleh Sebenarnya Makan Telur, TAPI Ada Syaratnya

Sumber: Siti Aishah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI