Mak Ayah Yang Tinggalkan Anak Dengan Pengasuh, Amalkanlah Doa Yang Pernah Diajar oleh Ustaz Dr. Haron Din Ini

Share

Insiden kes kematian di rumah pengasuh bukanlah perkara baru. Ramai mak ayah yang turut menzahirkan kebimbangan untuk menghantar anak-anak ke rumah pengasuh.Sebenarnya selain, berusaha mencari pengasuh yang boleh dipercayai baik dari segi sikap dan pengalamannya dalam menguruskan anak-anak, mak ayah juga disarankan untuk mengamalkan doa tertentu sebagai salah satu usaha bertawakal kepada Nya.

Menurut perkongsian oleh Hakimie Abdul Malek,mak ayah yang tinggalkan anak dengan pengasuh, bolehlah amalkan doa yang pernah diajar oleh Almarhum Tuan Guru Ustaz Dato Dr. Haron Din  ini dahulu.

Nabi Muhammad s.a.w menitipkan doa ini kepada Abu Hurairah, ketika akan berpisah dengan beliau:

أَسْتَوْدِعُكَ ٱللَّهَ الَّذِي لَاتَضِيعُ وَدَا ئِعُهُ

“Aku letakkan engkau dalam jagaan Allah yang takkan pernah mensia-siakan apa yang di dalam jagaan-Nya”

Al Imam Abdul Wahhab al- Sya’rani mengatakan:

“Di antara akhlak para Solihin ialah mereka menyerahkan segala urusan diri, anak-anak, serta ahli keluarga mereka kepada Allah Ta’ala “.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kongsikan sebagai panduan buat mak ayah yang lain.

Sumber: Hakimie Abdul Malek

IKLAN