Cuba tengok tulisan anak-anak kita, macam mana bentuknya. Kemas teraturkan atau lari-lari dari garisan asal buku latihan?

Puan Faridah Salleh, guru sekolah yang juga pengasas dan juruterapi dari Qaseh Learning Centre berkongsi video panduan membantu anak muridnya menulis dengan kemas dan cantik pada buku garis 1.

Masalah utama anak ialah di buku garis 3 cantik. Bila di garis 1 ke Laut Cina Selatan jawabnya. Di bawah inilah cara yang Eida gunakan.”

Ada 6 point yang mak ayah perlu ambil perhatian:

1. Pembaris pintar
2. Semak pastikan cara pegang pensel betul ( ada eida share dalam video)
3. Guna 1 jari
4. Huruf tinggi sampai garisan – kisah monyet
5. Huruf rendah – guna pembaris pintar
6 huruf besar kisah monyet.
7. Lagu tanda baca.

Mulakan Dengan Ajar Anak Cara Pegang Pensel Yang Betul

Anak yang tak dapat memegang pensel dengan betul, berkemungkinan berhadapan dengan masalah otot. Sebab itu sesetengahnya bila diminta menulis sikit, cepat saja penat.

Ada sesetengah mak ayah bangga apabila anaknya tak merangkak. Merangkak adalah proses penting dalam tumbesaran anak. Sebab anak perlukan kekuatan otot bahu.

Salah satu cara nak atasi masalah anak tak suka menulis, saya sarankan mak ayah atau guru, buatlah latihan merangkak dalam kelas. Otot yang kuat akan buat anak takkan penat pegang pensel semasa menulis.

Guru Bahasa Melayu, Cikgu Eida tunjukkan cara pegang pensel dengan betul dengan bantuan paper klip. Rujuk video di bawah:

 

 

Gunakan Pembaris Pintar Dan Ajar Anak Menulis Huruf Rendah/Tinggi

 

 

Lagu Buat Anak Mudah Faham Penggunaan Tanda Baca

 

 

Guru sekolah di SK Bukit Mahkota, Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, Johor ini ketika ini mengajar anak-anak di kelas akhir.

Kiranya kelas linus. Pelajar-pelajar yang ada masalah speech delay, hiperaktif dan masalah lambat. Tapi mereka belum boleh ke pemulihan sebab mereka akan ke pemulihan selepas saringan linus.” Ujarnya memaklumkan serba sedikit tentang kerjayanya.

Sumber/Foto/Video : Faridah Salleh

 

Jangan Lupa Komen

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
KORPORAT   |   POLISI DATA PERIBADI  |  PENAFIAN   |   LANGGANAN   |   PENGIKLANAN   |   KERJAYA   |    HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error:
" "