Mak ayah sakit, anak-anak tak nak Jaga, bila dah meninggal, berebut harta pusaka. Sebesar mana pun nilai harta di dunia ini, ia tidak akan mampu menggantikan keharmonian adik-beradik. Jangan sampai rasa cinta terhadap harta menyebabkan hubungan yang dibina sejak kecil musnah sekelip mata.

Mak Ayah Sakit, Anak-anak Tak Nak Jaga, Bila Dah Meninggal, Berebut Harta Pusaka

Berebut pusaka bukan sahaja melukakan hati sesama saudara, tetapi turut menyeksa perasaan orang tua walau mereka sudah tiada, roh mereka pasti tidak tenang melihat anak-anak bermusuhan.

Mak Ayah Sakit, Anak-anak Tak Nak Jaga, Bila Dah Meninggal, Berebut Harta Pusaka

Kenangan Manis Hilang, Dendam yang Tinggal

Apabila adik-beradik mula bertelagah kerana harta pusaka, memori indah zaman kecil, bermain bersama, makan semeja, membesar dalam belaian kasih ibu dan aya akan pudar. Yang tersisa hanyalah rasa iri, dendam, dan kekecewaan. Warisan sepatutnya jadi pemangkin kasih sayang, bukan punca perpecahan.

Pesan Buat Adik-Beradik: Usaha Sendiri, Bina Aset Sendiri

Bila sudah dewasa, ada pekerjaan, ada pendapatan, usahakan harta sendiri. Beli rumah, miliki tanah, kumpul aset dengan titik peluh sendiri. Jangan letakkan harta peninggalan mak ayah sebagai matlamat atau ganjaran.

Ads

Tanah sekangkang kera di kampung itu tidak sepadan dengan persaudaraan yang retak kerana perebutan. Jangan disebabkan sebidang tanah, adik-beradik bermasam muka seumur hidup.

Mak Ayah Sakit, Anak-anak Tak Nak Jaga, Bila Dah Meninggal, Berebut Harta Pusaka

Jangan Mengharap Lebih, Jangan Menuntut Hak Tanpa Amanah

Walaupun anda anak sulung, atau lelaki yang kononnya lebih berhak, jangan letakkan harapan untuk dapat bahagian lebih. Jangan fikir rumah itu akan jadi milik anda, atau tanah itu memang ditakdirkan untuk anda. Kalau tidak menjaga, tidak mengusahakan, tidak memelihara ketika ia masih ada pemiliknya, apa sebenarnya yang kita tuntut?

Apakah kita benar-benar berhak?

Jadilah Anak Yang Memberi, Bukan Menanti

Fokus utama kita sebagai anak ialah berbakti kepada ibu dan ayah, sewaktu mereka sihat mahupun uzur. Jangan jadikan mereka seperti bola, dihantar ke sana sini, mengikut giliran. Sepatutnya kita berlumba untuk menjaga, bukan berlumba untuk menuntut.

Ads

Andai kata semangat berebut harta itu ditukar kepada semangat menjaga ibu bapa, alangkah bahagianya mereka.

Malangnya, ramai yang hanya datang menuntut selepas orang tua sudah tiada. Semasa mereka hidup, dijaga pun tidak, diambil tahu pun tidak.

Sumber : Firdaus Syakirin

Ads

Baca artikel lain juga: Rumah Mak Ayah Jadikan Tempat Berkumpul Adik Beradik, Bukan Harta Pusaka Yang Nak Direbut

Harta Pusaka Adik-Beradik, Jangan Anggap Rezeki Terpijak Tapi Tanggungjawab

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI