Mak Ayah, Jangan Dewasakan Anak Awal Sangat Dari Umur Sebenarnya

Share

Kita ini jenis mak ayah yang biar anak comot atau nak dewasakan anak sebelum umurnya? Ya, seronok tengok telatah anak zaman sekarang, cukup bijak dan pandai beraksi depan orang ramai. Kadang macam orang dewasa lagaknya.

Tetapi yang salah, ada mak ayah sampai sekat dunia anak-anak nak ‘kreatif’ sebab nak anak disiplin dan bergaya macam orang dewasa. Betul ke caranya ni?

Kalau boleh, jangan lah sesekali menyekat hak bermain pada anak, semata-mata untuk melihat anak lebih maju dalam akademik berbanding oang lain. Ini ibarat membunuh potensi semula jadi anak secara perlahan-lahan dan melambatkan proses kejayaan anak.

Cuba baca dari sudut pandang saudara Najmi Nawawi, mungkin mak ayah boleh buat keputusan terbaik sebelum pilih cara untuk dewasakan anak sebelum umurnya.

Kesian Anak Jika Mereka Dipaksa Untuk Dewasa

Ianya umpama norma masyarakat untuk mejadikan anak mereka ‘Instagram/Facebook Worthy’ untuk ditayang di laman sosial. Bangga dengan anak itu tidak salah, tapi ianya akan jadi salah jika kita bunuh fitrah mereka.

Fitrah anak-anak untuk bermain, untuk comot, berlari sana sini, memanjat, berguling di padang, makan tumpah, rumah berselerak, main dengan binatang dan sebagainya.

Fitrah ini ialah sebenarnya suatu yang perlu diperlihara. Kerana melalui fitrah yang dianggap ‘not Instagram/Facebook worthy’ inilah yang akan menguatkan otot, menyihatkan saraf dan menyiapkan kekuatan mental mereka.

Jika kita terlalu mementingkan apa yang orang lain kata daripada memelihara fitrah anak kita sendiri. Mahu anak bersikap ‘dewasa’ untuk mendapat pujian manusia. Dikhuatiri kita akan menyesal satu hari nanti.

Sebab itu, para saintis juga mendapati bahawa tindakan menghalang anak daripada meneroka dunia luar ini menjadikan anak 3 kali ganda lebih cenderung menghidapi lelah (asthma), alergi, obesiti dan diabetes.

Kesimpulannya, anak yang comot ialah 3 kali ganda lebih sihat.

IKLAN