Kehilangan suami bukanlah bermakna pengkahiran hidup, mak-mak tak boleh terlalu lama bersedih. Cepat move on dan fikirkan tentang anak-anak, pasti akan cepat bangkit.

Kebiasaannya mak-mak majoritinya lebih berjaya setelah mereka ditakdirkan hidup sendiri tidak kiralah bercerai hidup atau bercerai mati. Masing-masing mampu membuktikan mereka mampu berjaya menguruskan hidup sendiri dengan lebih baik setelah suami tiada di sisi.

Ikuti perkongsian, Firdaus Shakirin

“Hidup seorang isteri bermula dengan seorang suami dan berakhir dari seorang suami”http://Firdaus Shakirin

Lelaki yang menjadikannya isteri, lelaki juga yang menjadikannya bukan lagi isteri… Sama ada lelaki itu meninggalkannya ketika hidup mahupun mati, status isteri itu tetap berakhir daripada seorang lelaki…

Apa yang akan berlaku kepada wanita yang bukan lagi menjadi seorang isteri? Yang kena hidup sendiri?

Berdiri Atas Kaki Sendiri

Kebanyakannya akan bangkit dan berdiri di atas kaki sendiri. Kalau dahulu tak tahu drive, sekarang dah tahu. Kalau dulu tiada pendapatan, sekarang dah ada… Kalau dulu menguruskan anak-anak dengan suami, sekarang dah menguruskan anak-anak seorang diri… Kalau dulu tak tahu buat itu, ini, sekarang dah pandai serba-serbi…

Majoriti wanita lebih berjaya daripada sebelumnya apabila ditakdirkan untuk hidup sendiri tanpa kehadiran lelaki disisi…

Semangat tidak mahu mengalah dan berputus asa untuk memperbaiki kehidupan itulah yang menjadikan mereka mampu untuk menempuhi ujian-ujian yang hadir dalam hidup mereka… Ditinggalkan hidup atau mati, masih ada pelbagai perkara yang menanti mereka untuk dinikmati…

Lelaki itu peneman untuk wanita menjalani liku-liku kehidupan… Kehilangan lelaki yang menemani mereka tidak akan membuatkan mereka berhenti berjalan, sebaliknya mereka tetap terus berjalan kerana mereka tahu, tiada apa yang kekal selamanya selagi kita masih bernyawa…

Sumber: Firdaus Shakirin

MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan untuk ibu tunggal di luar sana, jangan pernah bersedih kerana anda sebenarnya seorang cukup kuat. Buktikan kemampuan diri yang anda tidak perlukan bantuan orang lain untuk meneruskan hidup.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI