Mahkamah Arah Amelia Henderson Bayar Lebih RM200,00. Pelakon Amelia Henderson diarah oleh Mahkamah Sesyen Sivil hari ini membayar lebih RM200,000 kerana melanggar kontrak syarikat penerbitan, A Aida Production Sdn Bhd.
Seperti mana dipetik menerusi Berita Harian, selain membayar wang tersebut Amelia juga perlu memohon maaf dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.
Mahkamah Arah Amelia Henderson Bayar Lebih RM200,000
Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan perkara tersebut ketika prosiding berlangsung pagi tadi.
Untuk rekod sepanjang perbicaraan bermula 1 November 2022, seramai tiga saksi daripada plaintif termasuk Datuk A Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia memberi keterangan.
Seperti yang dilaporkan ketika perbicaraan, Pengurus Produksi A Aida Production, Fazeyla Ahmad dilaporkan memberitahu mahkamah, syarikat itu terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dibuat Amelia.
Nafi Langgar Kontrak
Pelakon Amelia pula tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika menerima tawaran untuk membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.
Ads
Amelia dan dan seorang lagi pelakon, Idris Khan, berdepan tindakan saman daripada A Aida selepas didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani.
Dek kerana itu A Aida bersama pengarah drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara itu ke muka pengadilan.
Namun saman antara A Aida dan Idris berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah, manakala Amelia memilih untuk dibicarakan.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tukar duit raya. Ini salah satu perkara wajib yang kita akan buat bila tiba ahari raya. Nak beri duit raya bukan pada mak ayah tapi anak saudara, ahli keluarga dan tetamu kecil yang datang ke rumah.
Biasanya dua minggu atau seminggu sebelum raya, inilah masa untuk tukar duit raya. Kalau boleh mestilah nak duit baru yang biasa bank-bank akan keluarkan khas untuk hari raya.
Memikirkan nak beratur panjang semata-mata nak tukar duit raya, ada daripada kita lebih rela minta kenalan tolong tukarkan. Tak kurang juga yang ada mengambil kesempatan dengan mengenakan caj sebagai upah.
Ada beberapa senario yang perlu kita tahu bila tukar duit raya. Mungkin cara kita itu boleh membawa kepada isu riba, jatuh haram kalau ikut hukumnya.
Macam mana nak tahu ada isu riba dalam tukar duit raya ini, ikuti perkongsian daripada Ustaz Lariba ini.
Tukar duit raya, dengan maksud kita bagi RM500 duit terpakai kepada seseorang, dan kita dapat duit baharu RM500 dalam denominasi tertentu seperti RM10, atau RM20, adalah tertakluk kepada hukum hakam al-sarf.
Oleh sebab tukar duit raya melibatkan item ribawi iaitu wang kertas, dan melibatkan dua item yang sama iaitu ringgit ditukar dengan ringgit, maka WAJIB menepati dua syarat:
1. Penyerahan duit terpakai dengan duit baharu berlaku dalam satu sesi/majlis tanpa penangguhan. Jika ada penangguhan maka berlaku RIBA NASA’;
2. Pertukaran hendaklah dengan kadar yang sama, tanpa ada lebihan. Jika ada lebihan maka berlaku RIBA FADHL.
Mari kita aplikasikan dua syarat di atas pada senario-senario di bawah:
Senario 1:
A mahu menukar duit raya sejumlah RM1000 daripada B.
A serahkan duit terpakai kepada B pada hari ini, kemudian B serahkan duit baharu pada keesokan harinya.
Hukum: Haram kerana berlaku riba nasa’ sebab ada penanggguhan (melainkan guna Senario 4).
Senario 2:
A mahu menukar duit raya sejumlah RM1000 daripada B.
B bersetuju dan mengenakan caj RM10 ke atas A.
Lalu A membayar RM1010 duit terpakai, dan B menyerahkan RM1000 duit baharu.
Hukum: Haram kerana berlaku riba fadhl sebab pertukaran dengan jumlah yang tak sama.
.
Senario 3:
A mahu menukar duit raya sejumlah RM1000 daripada B.
A mewakilkan C untuk menukarkan duit dengan B.
C sebagai wakil mengenakan caj sebanyak RM10 ke atas A.
A menyerahkan RM1010 kepada C, dan keesokannya C membayar RM1000 kepada B, dan B membayar RM1000 duit baharu kepada C.
C kemudian menyerahkan RM1000 duit baharu itu kepada A.
Hukum: Harus, kerana tidak berlaku riba. Kelewatan antara A dan C adalah kelewatan dalam bab wakalah (jadi wakil).
Manakala transaksi al-sarf berlaku antara B dan C tanpa penangguhan.
Lebihan RM10 juga adalah berlaku dalam bab wakalah sebagai upah wakil atas sebab A mengetahu dan bersetuju dengannya. Manakala dalam akad al-sarf tidak berlaku sebarang lebihan.
Senario 4:
Maslan ingin menukar duit raya sejumlah RM1000 daripada Bank XYZ.
Maslan mempunyai seorang kawan, bermama Awang yang bekerja di Bank XYZ tersebut.
Maslan menyerahkan duit RM1000 kepada Awang pada waktu pagi sebelum Awang pergi kerja.
Di Bank XYZ, Awang menukarkan duit Maslan di kaunter tukar duit raya.
Pada sebelah petang, Awang menyerahkan duit raya kepada kawannya Maslan.
Hukum: Tidak ada masalah sekiranya pertukaran duit raya oleh Awang di Bank XYZ berlaku secara tunai.
Ini kerana ketika Maslan menyerahkan duit kepada Awang, Awang bukan di atas kapasiti pegawai Bank, kerana tukaran duit raya di bank hanya berlaku di kaunter. Jadi ketika Maslan serah duit kepada Awang, ia adalah wakalah.
.
Senario 5:
A ingin menukar duit raya sejumlah RM1000 daripada B.
A meminta B datang ke tempatnya untuk membuat pertukaran.
B bersetuju dan meminta A membayar kos dia datang ke tempat A.
B lalu menaiki Grab dengan caj RM5.50 dan sampai ke tempat A, lalu berlaku pertukaran RM1000 duit terpakai dengan RM1000 duit baharu.
A membayar caj Grab sebanyak RM5.50 kepada B.
Hukum: Diharuskan, kerana bayaran caj Grab adalah kos sebenar yang dibayar oleh B untuk datang ke tempat A atas permintaan A.
Semoga bermanafaat.
Jauhi dosa besar riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah…
Nota Lariba: tak tau tak pa, dah tau buat cara yang betul ya…
Dipetik drp FB Ustaz Lokmanulhakim Hussain
Mingguan Wanita : Jangan ambil mudah. Nampak perkara ini biasa saja tapi kena tahu hukum hakamnya terutamanya yang kenakan caj lebih sebab tolong tukarkan.
Murid tahun satu dimalukan tak bawa buku tulis, pensyarah minta guru jangan wujudkan public shaming di group ibu bapa. Ada cara lebih baik untuk “menegur” ibu bapa yang mungkin terlepas pandang memasukkan buku latihan anak-anak ketika bersama mengemas jadual belajar anak terutama yang di tahun satu.
Caranya ialah menghubungi ibu bapa atau whatapp secara personal memaklumkan kegagalan anak membawa buku tulisnya. Bukan dengan cara memuat naik gambar pelajar di mana di dalamnya ada puluhan lagi ibu bapa membaca dan memandang.
Satu perkongsian seorang pensyarah, Prof Madya Dr Yasmin Hanani Mohd Safian yang mengakui menangis kerana isu public shaming ini tidak sepatutnya terjadi kepada anak berusia 7 tahun dan baru sebulan memulakan alam persekolahan.
Ikuti pandangannya :-
Saya terpempan membaca hantaran ini dan berlinang air mata saya.
Ini murid tahun satu ya kawan-kawan yang baru hampir sebulan memasuki alam persekolahan. Dan bukan isu ibu bapa mengada-ngada tak boleh terima anak ditegur.
Bila anak-anak saya mengadu cikgu garang, cikgu denda, saya sering memujuk cikgu garang bersebab cikgu denda kerana kita tak ikut arahan. Tapi bagi saya, perlu ada pengecualian bagi murid tahap satu apatah lagi tahun satu.
Makluman diberi dalam group yang mungkin ramai ibu bapa terlepas pandang, anak bukan seorang dua. Group bukan satu. Tolong jangan kata ibu bapa ada masa layan group membawang tapi tak tengok group sekolah anak.
Kita sendiri jika dimalukan dalam group staf, media sosial begini oleh ketua kita, apa perasan kita? Allahuakbar.
Mungkin pelajar kata saya seorang pensyarah yang tegas dan kelakar tapi saya tidak pernah denda pelajar saya begini hatta mereka sudah umur akil baligh di universiti. Public shaming is a no no. Walaupun di social media.
Tak tahula, mungkin tekanan kerja.
Tapi saya menangis memang saya menangis.
Ini anak tahun satu dan group ibu bapa kelas.
Sebab itu setiap kali anak-anak balik sekolah saya akan peluk mereka kerana kita tak tahu apa yang mereka hadapi di sekolah.
Dilanggar kereta balik tarawih, kematian sangat dicemburui disolatkan jutaan orang di Masjidil Haram. Ajal maut di tangan Allah SWT. Sampai masa, tidak terlewat sesaat atau tercepat seminit, pasti akan terjadi.
Cuma bagaimana kita meninggalkan dunia ini, kejadian yang menimpa itu adalah sebahagian dari asbabnya. Betapa beruntungnya kita jika terpilih di tempat yang mulia, dalam keadaan yang sangat baik iaitu di Makkah Al Mukaramah, tempat ibadah yang sentiasa dikunjungi jutaan orang setiap tahun.
Satu perkongsian dari seorang Mutawif Abu Khaleef mengenai betapa beruntungnya seorang jemaah Malaysia, Neshah Abdullah yang meninggal dunia baru-baru ini selepas dilanggar sebuah kereta ketika keluar dari kawasan Masjidil Haram, di saat dirinya masih dalam keadaan berwuduk dan baru selesai solat tarawih memperlihatkan amal kebaikannya hingga perginya di jemput Allah di bulan mulia, bulan Ramadan.
Menurut Abu Khaleef di akaun Tik Tok dikongsikannya, urusan pengebumian arwah juga sangat mudah. Entah apa kebaikan dilakukan arwah hingga Allah mengangkat darjatnya dan jenazahnya disolatkan jutaan umat islam dari seluruh dunia di Masjidil Haram.
“Arwah baru selesai solat tawarih dan dilanggar sebuah kereta tapi gagal diselamatkan. Arwah meninggal malam itu juga. Syukur walau perlu berurusan dengan banyak pihak termasuk membuat siaran langsung dengan ahli keluarga arwah di Malaysia, namun semuanya dipermudahkan,” katanya memaklumkan arwah datang mengerjakan umrah bulan Ramadan bersama adik lelakinya.
Jelas Abu Khaleef lagi, MasyaAllah, sebelum ni biasa dengar je jemaah Malaysia meninggal di Tanah Suci, belum ada pengalaman sendiri.
“Kali ni Allah SWT hadirkan depan mata, dari lokasi kemalangan, bawa ke hospital, dapatkan pengesahan kematian, berurusan dengan embassy, naik turun balai polis, berurusan dengan bilik mayat, bawa ke bilik mandian jenazah seterusnya bawa jenazah ke Masjidil Haram dan akhirnya urusan pengkebumian di Maqbarah Soraya. Banyak sangat ilmu baru yang dapat dipelajari dari pengalaman kali ini.
Alhamdulillah semuanya dilancarkan Allah swt, kagum sangat dengan petugas Harmony Holidays. Semua bertungkus lumus dalam menguruskan kematian dan pengkebumian Al Marhumah.
Siap buat google live dengann semua ahli keluarga, dari Masjidil Haram hingga ke perkuburan. Sayu sangat bila dengar suara tangisan dari keluarga di Malaysia, namun semua mengucapkan kata-kata positif kepada suami arwah, Abang Muhamad Nur.
Sampai je tanah perkuburan dengan van jenazah, uncle Nor Hashim dah standby kat sana dengan petugas yang lain. Suami dan adik arwah sama-sama masuk liang lahad, semua puas hati dan redha dengan pemergian Al Marhumah.
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.