Madammu Hadiahkan Cincin Berlian Kepada Dua Anak Gadis
Usahawan terkenal Madammu membuat kejutan istimewa buat dua anak tirinya yang kini meningkat usia remaja dengan menghadiahkan mereka sebentuk cincin berlian. Tindakan penuh kasih sayang itu menarik perhatian ramai dan menjadi bualan di media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abd Rashid, berkongsi detik manis ketika beliau menghadiahkan dua anak gadisnya, Zahara dan Qally, cincin berlian sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang seorang ibu.
Reaksi Teruja Dua Anak Gadis
Dua anak gadis itu kelihatan sangat teruja sebaik sahaja mereka membuka kotak yang berisi cincin berlian tersebut. Dalam video berkenaan, Madammu berkata dengan nada lembut dan penuh kasih, “Saya ada sesuatu yang istimewa untuk awak berdua. Ini adalah simbol kecantikan dan kalian pun sudah membesar.”
Tambahnya lagi, “Ini bukan cincin kahwin. Sebelum suami awak beli, mummy belikan dulu.” Kata-kata itu mencetuskan pelbagai reaksi positif daripada para pengikut yang memuji sikap penyayang dan keibuan Madammu terhadap anak-anak tirinya.
Tindakan Penuh Kasih Sayang Seorang Ibu
Madammu sememangnya dikenali sebagai seorang wanita yang sering menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga dan anak-anaknya, tanpa mengira status mereka sebagai anak kandung atau tiri. Tindakan menghadiahkan cincin berlian ini dianggap simbolik kepada kasih yang tulus antara seorang ibu dan anak-anaknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut gembira melihat wajah Zahara dan Qally yang berseri-seri menerima hadiah tersebut. Ramai memuji Madammu sebagai contoh ibu moden yang penyayang dan matang dalam membina hubungan kekeluargaan.
Ads
Warganet Puji Sikap Madammu
Antara komen yang diterima termasuklah pujian terhadap keikhlasan Madammu. “MasyaAllah, mummy yang sangat baik dan penyayang. Semoga hubungan keluarga Madammu sentiasa diberkati,” tulis seorang warga maya.
Tindakan Madammu hadiahkan cincin berlian ini bukan sahaja mencuri perhatian ramai, malah turut memperlihatkan keperibadian positif beliau yang sentiasa menghargai kehadiran anak-anak dalam kehidupannya.
Kisah ini membuktikan bahawa kasih seorang ibu tidak terbatas kepada hubungan darah, tetapi kepada hati yang tulus menyayangi dan membimbing anak-anak dengan penuh kasih sayang.
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
Stres motor dicuri, tak mampu bayar yuran tadika PASTI anak RM1000, Allah Beri RM70,000 Cash. Kesungguhan ahli Parlimen Tebrau, YB Steven Shiau Yoon membantu seorang lelaki, Mohamad Muadz Jaafar selepas bersimpati dengan nasib lelaki terbabit kehilangan motosikal, dirinya tampil membantu dengan membelikan sebuah motosikal untuk kegunaan terbabit.
Wang pembelian motosikal itu adalah dari gajinya sebagai ahli Parlimen Tebrau dan tidak boleh menggunakan peruntukan kawasan kerana kes Muadz berada di luar kawasannya.
Sebaik berkongsi kisah berkenaan dan menulis bahawa lelaki berkenaan mahu mengumpul wang untuk menjalani pembedahan kakinya yang seakan tempang, tidak sampai 24, hampir RM70,000 berjaya dikumpulkan hasil sumbangan rakyat Malaysia untuk membantunya.
Jelas, tanpa mengira agama atau bangsa, inilah keunikan rakyat Malaysia yang akan sentiasa bersedia membantu orang lain di saat kesusahan.
Berikut adalah perkongsian kisah Muadz dikongsi oleh YB Steven hari ini dan semalam.
Dalam masa kurang daripada 24 jam, Muadz telah berjaya kumpul hampir RM70,000 untuk operation kakinya. Yang sumbang ada orang Cina, India, Melayu rakyat Malaysia yang merdeka!
Hari Malaysia ini, saya nak kasi tau brader Muadz dan semua kawan-kawan, jangan pernah berputus harapan walau betapa sukar hidup kita. Kita ada kita, kita jaga kita. Kita berbeza agama, kita berbeza kaum. Negeri pun lain-lain. Tapi kita sama-sama bergelar "ayah". Kita sama-sama orang Malaysia.
Kerana kamu semua, Muadz bakal berjalan tegak semula. Kamu semua hero saya! I salute you. I love you. I love Malaysia
Hari ini saya di KL untuk bersarapan dengan Lawrence Wong , Timbalan Perdana Menteri Singapura. Ketika itu ada orang tag nama saya kat posting sedih seorang brader rider Lalamove Malaysia yang kehilangan motosikal.
Memang sedih sangat-sangat kisah brader ni . Namanya Muadz, dia OKU dan moto yang dia pakai untuk cari makan sebagai rider Lalamove hilang kena curi semalam. Berat sungguh ujiannya.
Selepas sarapan saya bergegas pi jumpa dengan Muadz. Asalnya dia ingat scam sebab tak percaya tapi sebab dah jem tak tau nak buat apa lagi, dia mai juga. Nothing to lose. Kami jumpa terus kat kedai moto dekat rumahnya.
Sampai kat kedai moto, Muadz menceritakan kisah hidupnya. Tahun lepas dia kena accident, kaki kanannya kini bengkok teruk dan dia terpaksa bergerak dengan tongkat. Tapi demi mencari makan untuk anak isteri, Muadz tetap teruskan kerja sebagai rider Lalamove. Itupun gaji tak tinggi, kais pagi makan pagi, lebih kurang RM1300 sebulan.
Hutang kat rumah pula semakin bertambah. Bil api tertunggak hampir RM1000, bulan ini TNB kata nak potong bekalan.
Yuran bulanan tadika PASTI Malaysia anak berumur 6 tahun pun RM1000 tak bayar sejak Mei tahun ini. Pihak PASTI dah hantar surat amaran bahawa anak akan ditahan dari segala aktiviti sekolah dan tak layak terima sijil berhenti
Dia kata dia stress hari-hari pikiaq pasal hutang macam-macam bil. Tiba-tiba semalam motonya hilang dicuri orang. Jem terus tak tau nak buat apa.
Saya bagitau dia, hidup ini jangan putus harapan. Setiap ujian ada hikmahnya.
Hari ini Muadz akan dapat sebiji moto baru. Ini bukan mimpi, ini bukan scam. Kita dah takdir untuk berjumpa. Ada kawan FB tag saya kat posting Muadz. Sebagai seorang ayah saya faham hati Muadz yang berusaha sungguh-sungguh demi menjaga anak-anak. Saya benar-benar merasa kesedihan hati seorang ayah yang hilang upaya mencari nafkah untuk keluarganya. Dia sampai tak makan pun akan pastikan anak-anak dapat makan.
Moto EX5 usang lebih 10 tahun hilang, kini kita ganti balik dan upgrade kepada Honda Wave 125i. Geran letak nama Muadz terus.
Harga lebih kurang RM7,500 on the road, saya bayar semua. Ini di luar kawasan Bukit Mertajam, saya tak boleh guna peruntukan, jadi saya guna wang sendiri. Ini mungkin gaji terakhir saya sebagai Ahli Parlimen kalau kerajaan bubarkan parlimen bulan depan. Saya harap Muadz akan jaga moto ini baik-baik.
Bil-bil api tertunggak RM1000 saya juga settlekan. kalau tidak dalam bulan ini elektrik akan dipotong.
Rakan saya Saudari Nurul Izzah Anwar call saya kata nak sumbang RM1000 untuk langsai hutang yuran tadika PASTI anak Muadz.
Muadz, ada hikmah di sebalik ujian. Tuhan gantikan yang lama dengan yang baru dan yang lebih baik. Kita sama-sama terus berusaha.
Kalau ada kawan-kawan yang nak beri sedikit sumbangan untuk bantu Muadz buat operation kaki, boleh salurkan ke akaun dia terus:
Hong Leong Bank : mohamad muadz bin jaafar 27850149176
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN TOTE & SHOPPING BAG BERSAMA KAMI.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam meraikan jasa ayah, ramai yang mengambil peluang memberikan ucapan selamat untuk suami mahupun bapa masing-masing. Sebak membaca ucapan Elyana untuk suami tercinta.
Penyanyi, Elyana yang menghidap kanser limfoma sejak 2012, baru-baru ini memohon doa agar proses rawatan radioterapi dirinya berjalan lancar. Malah, tubuhnya juga kelihatan semakin susut.
Bila mana Elyana menulis ucapan Selamat Hari Ayah untuk suaminya, rata-rata yang membaca berasa sebak dengan kata-kata yang diluahkan.
Ramai yang terus mendoakan agar Elyana segera sembuh dan dapat bertahan dengan ujian kanser yang dihadapinya.
Selamat Hari Ayah @khairulhussin75 . Bonda,Cinta and Cahaya sayang sangat kat ayah.Kalau ayah tak ada,kitorang tak best..mesti nak kena ada ayah. Sebab ayah our superhero… semua ayah boleh buat,kecuali pasang2 kabinet ,katil,dan apa je yang ada skru tu memang ayah tak pandai.
Nasib baik bonda power part tu.
Sebab tu bonda selalu doa biar bonda pergi dulu dari ayah. Sebab tak boleh hidup, and tak best kalau tak ada awak.
Sememangnya dalam keadaan isteri diuji sakit, keberadaan suami di sisi itulah yang memberi kekuatan emosi buat isteri.
Biar pun tidak dapat merasai sakit pedih yang isteri tanggung, namun pengertian dan keprihatinan suami yang baik dan bertanggungjawab, sedikit sebanyak mengurangkan rasa sakit yang isteri hadapi.
Mingguan Wanita : Mendoakan agar Elyana segera sembuh daripada penyakitnya. Semoga Allah memberi kekuatan dan keringanan kepada Elyana yang disayangi ramai ini.
Meriah ‘Parti Tupperware’ Dulu-Dulu, Ini Rupanya Sejarah Asal & Tujuan Dianjurkan.Jika dahulu, apabila mendapat jemputan untuk hadiri parti tupperware ini memang cukup seronok dan meriah. Macam-macam koleksi baru dan eksklusif diperkenalkan daripada jenama yang berasal dari Amerika ini.
Setelah beberapa dekad berada di pasaran, jenama bekas makanan kedap udara ‘Tupperware’ ini cukup terkenal di seluruh dunia kerana kualitinya dan merupakan antara ‘harta kesayangan’ buat mak-mak.
Rupanya ada kisah tersendiri mengenai tupperware dan tujuan asal parti tupperware diadakan.Baca perkongsian santai daripada Puan Anis Ayuniini sebagai rujukan.
Tupperware, siapa tak kenal kan dengan jenama yang boleh menyebabkan seseorang kena marah teruk kalau tertinggal atau hilang. Tupperware ni merupakan sebuah syarikat yang berasal dari negara Amerika.
Dicipta oleh seorang lelaki yang bernama Earl Tupper pada tahun 1938 di Leomister Massachusetts apabila dia bekerja di sebuah syarikat plastik, dari situ dia mula membeli mesin acuan plastik dan terciptanya Tupperware.
Earl Tupper, Pengasas Jenama Tupperware
Setiap bekas Tupperware memiliki penutup kedap udara untuk memastikan makanan yang diletakkan dalam Tupperware kekal segar. Penutup ni dikenali dengan nama jolokan ‘Burp seal’ disebabkan oleh bunyi yang dihasilkan seakan sendawa.
Parti Tupperware
Tapi pengguna ketika itu tak faham cara nak guna produk ni, jadi seorang wanita yang bernama Brownie Wise telah bertemu dengan Tupper dan memberi cadangan yang kreatif untuk mengadakan ‘Parti Tupperware’, matlamat sebenar ialah menerangkan kepada bakal pengguna bagaimana cara untuk menggunakan produk ini.
Maka dari situ bermulalah parti Tupperware yang pertama pada 1949 di Detroit, Amerika. Dengan adanya parti tersebut, produk Tupperware telah diterima ramai oleh pengguna dan dijual secara eksklusif pada parti tersebut.
Parti tersebut dibuat dalam komuniti perumahan, pejabat atau tempat kerja untuk menjual produk jenama Tupperware. Dari sini lah orang kita kenal parti Tupperware yang sememangnya mendapat perhatian ramai terutamanya kaum wanita.
Tupper yang terpegun dengan parti yang dianjurkan oleh Brown wise tadi telah mengambil keputusan untuk menjadikan brown wise sebagai timbalan pengarah syarikat Tupperware.
Huruf Braille Pada Produk
Bekas makanan kedap udara ini juga merupakan pengeluar bekas makanan yang pertama meletakkan huruf Braille pada bahagian bawah produk mereka.
Buku Guinness world record meletakkan Tupperware sebagai antara inovasi terbaik pada abad ke 20. Sehingga kini jenama Tupperware terkenal dengan kualiti yang dihasilkan.
Mingguan Wanita: Memang meriah dan popular parti tupperware ni dulu-dulu dan eksklusif sangat bila mak-mak dapat jemputan untuk lihat dan kumpul koleksi terbaru.
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.