Luna Maya Hadiahkan Mesin Kopi Kepada Tetamu Resepsi. Lain Dari Yang Lain Ni!

Share

Daripada botol air Stanley hingga kapsul kopi, Luna dan Maxime bawa definisi baharu ‘kenduri mewah’

Ada perkahwinan yang dikenang kerana keindahan cinta. Ada pula yang menjadi bualan kerana kemewahan luar biasa. Bagi perkahwinan selebriti Indonesia, Luna Maya, 42, bersama aktor kacak Maxime Bouttier, 32, ia menggabungkan kedua-duanya.

Selepas sah bergelar suami isteri pada 7 Julai lalu dalam majlis eksklusif di Bali, pasangan romantis ini sekali lagi mencuri perhatian apabila mengadakan resepsi penuh glamor di sebuah hotel lima bintang di Jakarta, baru-baru ini.

Namun bukan hanya kemewahan deko atau kehadiran artis ternama menjadi topik hangat. Sebaliknya, cenderamata untuk tetamu yang membuat netizen ‘ternganga’.

Mesin Kopi Sebagai Door Gift? Wow!

Bayangkan pulang dari majlis resepsi perkahwinan dengan sebuah mesin kopi bernilai RM726, lengkap dengan set cawan seramik, kapsul kopi, alat solek, vitamin dan baucar kecantikan.  Itulah yang dibawa pulang oleh para tetamu yang hadir!

“Kami ‘pengsan’ bila dapat tahu semua tetamu akan dapat mesin kopi,”

ujar Luna dalam nada berseloroh.
“Kasihan juga yang kena ‘packing’, dan kasihan tetamu yang kena angkut mesin tiga kilogram sendiri!”

Menurut Luna, idea itu asalnya sekadar jenaka bersama pasukan, tetapi tidak sangka pihak penaja merealisasikan impian ‘caffeine dreams’ tersebut.

Bukan Kali Pertama Luna Beri Hadiah Mewah

Jika anda rasa ini sudah cukup mengejutkan, sebenarnya Luna Maya memang terkenal dengan ‘taste’ eksklusif dalam meraikan tetamu. Ketika majlis akad nikahnya di Bali, setiap tetamu menerima botol air jenama Stanley dan produk kecantikan mewah dari YSL Beauty, bukti bahawa pasangan ini mahu semua orang yang hadir merasa istimewa.

Lebih memeriahkan majlis resepsi di Jakarta itu, persembahan Sheila On 7 menghidupkan suasana dengan lagu-lagu nostalgia yang membuatkan seluruh dewan hanyut dalam euforia cinta dan memori.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Published by
Rosmah Idayu