Rezeki selebriti Lufya Omar dapat solat di Raudhah semalam selepas Isyak. Lufya kini sedang menunaikan umrah. Masuk ke Raudhah ini perlu ada strategi juga kerana bukan kita seorang sahaja yang ingin solat di situ, malahan jutaan orang berpusu ke Raudhah.
Apatah lagi Raudhah untuk wanita hanya dibuka pada waktu tertentu sahaja. Lufya antara insan yang bertuah dan dia teruja berkongsi pengalaman pertama kalinya menjejaki Raudhah.
Sekadar perkongsian pengalaman masuk ke dalam Raudhah semalam selepas Isyak.
Raudhah dibuka dua kali sehari iaitu pada waktu selepas Subuh dan waktu selepas Isyak sahaja melalui pintu 25. Jutaan manusia berpusu-pusu ingin solat di sini kerana Raudhah tempat mustajab untuk berdoa.
Syukur Alhamdulillah Allah rezekikan Lufya solat di saf depan berdekatan tiang 119 (tiang aisyah).
Ads
Berkongsi Tip
Syukur dengan rezeki ini, Lufya kongsikan sedikit tip untuk jemaah yang pertama kali ingin solat dan berdoa di Raudhah, Madinah.
1. Pakai pakaian jubah hitam serta khimar hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal arab kerana mereka ingat kita orang Arab, Pakistan dan sebagainya.
2. Pakai baju berlapis dan tebal sikit supaya badan tidak sakit sangat apabila dirempuh dan diasak (rasa macam main raghbi pun ada) Pakai stokin yang tebal. Makan banyak sikit sebelum masuk ke Raudhah supaya ada tenaga.
Ads
3. Orang di sini berkejar dan berlari-lari untuk masuk ke Raudhah. Pastikan anda sentiasa awas dan jangan sampai jatuh kerana dikhuatiri akan dipijak-pijak. Tidak perlu tolak-tolak orang. Sabar adalah kunci kejayaan melepasi ujian untuk solat di saf terbaik di dalam Raudhah.
4. Hadiahkan zikir, doa dan bacaan al-Quran kepada ibu bapa kita untuk mudah mendapat bantuan yang tidak disangka-sangkakan.
5. Perbanyakkan berselawat dan mintak Allah beri pertolongan untuk mendapat peluang solat di saf depan.
Ads
6. Sabar dan yakin akan dapat solat di saf depan. Jangan terkejut pulak ketika solat biasa orang berdiri atau lalu ketika kita solat. Dalam keadaan orang terlalu ramai keraskan sikit kaki supaya utuh dalam keadaan berdiri dalam solat dan tidak tertolak ke tempat lain.
7. Jangan ikut perbuatan yang melebih-lebih seperti cium tiang, sapu badan pada tiang, cukup sekadar solat dan berdoa mohon ampun di sana.
Semoga bermanfaat. Terima kasih @amwajtravel membimbing Lufya dan jemaah lain dengan ilmu yang cukup padat. Sampai sini kami sudah bersedia dari segi ilmu, mental dan fizikal. Rezeki Allah bagi. I’m bleesed.
MW: Alhamdullilah rezeki Lufya dapat tunaikan umrah dan dalam masa yang merasai untuk masuk, solat dan berdoa di Raudhah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Harapnya kita semua berpeluang menjejakkan kaki ke sana suatu hari kelak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nak goreng kacang tanah, meskipun mudah namun jika salah caranya boleh menyebabkan kacang tanah hangus dan rasanya pahit. Ada tip mudah supaya kacang tanah ini hasilnya rangup, elok masak sekata malah hanya menggunakann minyak yang sedikit.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Eja Razak ini sebagai panduan;
Kacang tanah goreng ni senang je nak buat tapi kalau salah tips kacang boleh hangit terus tak sedap nak makan dengan nasi lemak. Saya pun banyak kali try. Kali ni elok kejadian ye.
Caranya:
1.Basuh dulu kacang toskan masuk terus dalam kuali kacau sekejap bagi air kering.
2. Masukkan minyak dalam 7 sudu untuk sekilo kacang guna api dapur paling kecik ye.
3. Rajin kacau masak dalam 25 minit.
4. Bila kacang makin ringan warna nak bertukar, tutup api terus angkat tos minyak.
5. Kalau rasa masa ni memang tak rangup lagi tak apa bila dalam proses sejuk dia akan rangup kacang masak elok.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak goreng kacang tanah elok rangup, masak sekata tak hangit. Boleh ikut tip yang dikongsikan ini, basuh sekejap kacang tanah sebelum digoreng.
Tanam PUCUK PAKU Dalam Pasu Mudah, Kutip Je Bila Perlu! Rupanya selain tumbur meliar di tanah, pucuk paku juga boleh ditanam di dalam pasu. Sayur Pucuk Paku ni sangatlah sedap di buat kerabu, tumis belacan, masak lemak cili api dan sebagainya.
Jika dibeli di pasar boleh tahan juga harga. Tanam sendiri di rumah lebih jimat. Nak masak tinggal kutip je, malah segar-segar. Ada caranya juga untuk pastikan pucuk paku ni gemuk-gemuk dan subur merimbun walaupun tanam dalam pasu.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Zaid Azizy Yaacob ini sebagai panduan;
Bila hujan, sejuk banyak lah pucuk paku yang muncul.Tanam dalam pasu mudah, kutip je bila perlu.
Tip nak bagi pucuk paku gemuk, siram air basuhan beras dan basuhan ikan. Insya Allah…gomok.gomok.
Anak pucuk paku boleh beli di shopee.Tanam je seperti biasa di dalam pasu.
Mingguan Wanita: Wah tak sangka, pucuk paku juga boleh ditanam dalam pasu. Memang subur sungguh, gemuk-gemuk dan hijau merimbun hasilnya. Boleh cuba tanam pucuk paku nanti di rumah.
Jika pernah mengalami penyakit Batu karang, tahulah ‘azabnya’ bagaimana. Memang sangat sakit sehingga tahap berguling-guling. Ada cara semulajadi untuk mengeluarkan batu karang ini. Boleh ikhtiar menggunakan lemon dan minyak zaiton serta amalkan minum setiap pagi.
Ini tip yang dikongsikan sendiri oleh Puan Emma Wan Noordin sebagai rujukan.
Walaupun saya agak huh hah huh hah ‘modern thinking’ orang nya, tapi saya percaya dengan resepi-resipi natural orang dulu-dulu untuk kesihatan.
Kalau ada yang mengadu dengan saya dia ada batu karang sakit guling-guling, saya akan suruh perah setengah biji lemon dalam cawan, 2 sudu besar virgin olive oil dan penuh kan cawan dengan air.
Minum setiap pagi, Insyallah keluar lah batu karang tu (dalam urine kalau lelaki batu besar macam gambar).
Kalau perempuan maybe pecah dan jadi serpihan pasir. Try lah sebab ni bahan makanan biasa je pun.
Jangan tanya batu karang siapa dalam pic ni. Dah terkumpul lama, boleh buat batu cincin pun ni.
Mingguan Wanita: Jadi jika nak keluarkan batu karang boleh ikhtiar guna tip yang dikongsikan ini. Namun jika masih tidak sembuh, elok lakukan pemeriksaan dan dapatkan rawatan segera iya.
Kieda Crepe akui terlampau ikut emosi, "sudah biasa terima kecaman. Tindakan menunjukkan wajah pelanggan yang mengeji makanan crepe dijualnya serta memulangkan semula wang pelanggan...