
Suami Kepada Arwah
Sebak mendengar luahan suami kepada arwah nahas Temerloh, Saifulnizam Sulaiman selepas apa yang berlaku. Bukan mudah untuk terima kehilangan insan tersayang buat selama-lamanya.
Menerusi video yang dimuat naik di laman muka buku miliknya, Saifulnizam memohon mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan yang baik-baik buat arwah isteri dan anaknya yang telah meninggal dunia.
“Pertama sekali saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tak berhenti-henti mendoakan isteri dan anak saya.
“Saya tak buka langsung media sosial, cuma disampaikan kawan-kawan, ‘Rakyat Malaysia doakan isteri kau, Zam. Rakyat Malaysia semua doakan anak kau, Zam.’
“Saya belum ada kekuatan untuk buka lagi video-video yang ada bertebaran. Ini tamparan yang sangat hebat bagi saya. Titik terendah dalam hidup saya. Allah uji ambil semula yang dia pinjamkan kepada saya.
“Balik rumah dalam keadaan kosong, rasa macam ini bukan tempat saya dah. Saya juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat dari jauh dan dekat datang ke hospital tadi, ada yang kenal dan ada yang saya tak kenal. Inshaa Allah, semoga Allah membalas jasa baik korang.
“Hari pukul 1.00 pagi saya sampai, saya pergi IPD Temerloh, kemudian 1.30 pagi saya dah ada di forensik di hospital Temerloh. Alhamdulillah dibenarkan untuk melihat sendiri jasad isteri dan anak saya.
“Kemudian tak boleh tidur sampai pagi. Pastu waktu pagi, forensik hospital Temerloh pengecaman semula jasad barang-barang yang didapati semasa kejadian. Tengah hari ke petang kena buat ujian darah untuk buat DNA test. Bila isteri dan anak saya dikebumikan, saya tidak pasti.
“Kemungkinan esok (hari ini) keputusan ujian DNA akan keluar, tapi tak pasti esok (hari ini) boleh untuk dikebumikan atau tidak.
“Tetapi kalau boleh saya nak menguruskan isteri dan anak saya dikembumikan dalam tempoh yang singkat. Tapi saya kena faham keadaan semasa. Sekiranya esok tak dapat dikebumikan, kemungkinan proses kembumian akan berlaku pada hari Isnin.
“Memandangkan rakyat Malaysia mendoakan isteri dan anak saya, secara peribadi menjemput orang untuk dating sewaktu proses pengebumian dan sama-sama kita mendoakan arwah isteri dan anak saya diganjari syurga dan diletakkan Bersama orang-orang solehah dan bertakwa. Terima kasih kawan-kawan semua,”
luah Saifulnizam akhiri perkongsian hati.Tiada kata yang mampu diungkapkan, hanya yang melalui sahaja akan memahami peritnya duka yang ditanggung. Reda, itu kunci rasa tenang dan doakan yang baik-baik semoga urusan keluarga ini dipermudahkan.