Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.’ Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.
Memetik Sinar Harian
, dalam sesi tersebut, kedua-duanya kelihatan romantis apabila duduk di atas pelamin sambil berpegangan tangan, melayan komen peminat yang membanjiri ruangan chat.Amira yang menggunakan akaun TikTok miliknya menjadikan sesi siaran langsung itu sebagai platform untuk mempromosikan produk kecantikan dan minuman dengan ditemani suami tercinta. Malah, beliau sempat menguji serum tersebut dengan meletakkannya di atas tangan Fattah.
Lebih menghiburkan, para peminat di ruangan komen turut mengusik pasangan ini kerana wajah mereka dikatakan seiras. Reaksi mereka yang saling berpandangan selepas membaca komen itu mencuri tumpuan warganet.
Suasana menjadi lebih istimewa apabila Fattah menerima kejutan sambutan ulang tahun kelahirannya. Sebuah kek dua tingkat dibawa masuk sebelum pasangan itu bersama-sama memotong kek, dan Amira sempat menyuapkan sepotong kek ke mulut suaminya.
Untuk rekod, Fattah selamat bernikah dengan Amira pada Ahad lalu dengan sekali lafaz dalam majlis penuh bermakna di Golden Palm Tree Resort, Sepang.
@akulahyuya #fattahamin #amiraothman #fattahaminlive #amiraothmanlive ♬ original sound – akulahyuya
Majlis akad nikah tersebut disempurnakan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan dihadiri sekitar 200 tetamu terdiri daripada keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Dengan tema Islamik Al-Zauj yang membawa maksud “dua jiwa dipertemukan oleh Allah”, majlis berkenaan mengetengahkan suasana senja yang sederhana namun penuh makna. Pasangan itu turut menekankan konsep kesyukuran dan keberkatan sebagai simbolik penyatuan cinta mereka.
Kredit: TikTok
Baca artikel lain juga: Fattah Amin Kongsi Momen Fatima Tak Mahu Berenggang Ketika Majlis Nikah Mungkin Dia Terlalu Rindu..
Pengurus Fattah Amin Akui Amira Othman Akan Jadi Ibu Tiri Fatima Yang Sangat Baik
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE