
Sayuran memang antara barang basah yang sukar disimpan lama, tak kiralah sayuran hijau waima tauge sekali pun. Ada segelintir wanita memang perangainya setiap kali masuk pasaraya atau pasar tani, memang ralit membeli aneka sayur.
Sudahnya pening bila mahu memasak sayur, nak disimpan risau pula hilang kesegarannya. Tauge kalau disimpan lama-lama mulalah hilang segar. Norhaniza Kamaruddin ada caranya untuk menyimpan tauge agar kekal segar walaupun sudah memasuki tiga hari.
Ikuti perkongsiannya, Norhaniza Kamaruddin :
Selalunya kalau kita membeli tauge, kemudian disimpan di dalam peti ais lebih daripada dua hari, mesti tauge akan bertukar warna sama ada menjadi warna perang atau kehitam-hitaman kan???
Jadi, saya share petua yang saya amalkan. Caranya cukup mudah iaitu dengan hanya meletakkan sekeping asam keping di dalam bekas tauge yang direndam.
Biarkan dan letak bekas tadi di dalam peti ais. Pastikan tauge dalam keadaan terendam. Insyallah tauge akan nampak segar, seolah-olah baru baru dibeli. Paling penting ia masih rangup.
Hasilnya Menjadi
Mula-mula dahulu memang tak percaya tetapi apabila sudah tengok sendiri hasilnya. Barulah saya berani share…
Jika anda semua sudah sedia maklum dengan petua ini, saya minta maaf ya. Bimbang dan mungkin saya ketinggalan.

.

.

MW: Semoga perkongsian ini dapat membantu serta memudahkan tugas mak-mak di dapur. Tauge antara sayuran yang mudah dimasak dan sedap dimakan. Tidak kiralah sama ada dimasak lemak atau digoreng begitu sahaja.
Sumber: Norhaniza Kamaruddin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
TEKNIK BETUL Pukul Whipping Cream Kental, Kembang Cantik ‘Bertanduk’ !

Bagi mak-mak yang selalu buat kek, kuih atau pencuci mulut yang menggunakan Whipping Cream, ada cara yang betul supaya ia kental bertanduk dan kembang cantik. Bukan apa jika salah pukul whipping cream ini iya jadi cair dan tak kental.
Ikut teknik yang dikongsikan oleh Muhammad Ali ini sebagai rujukan.
Harini saya nak share tips beat whipping cream dengan kental & tips ganache set elok dan berkilat.
Tips ringkas by Mr.Ali
Whipping cream pastikan dipukul kental, jadi macam mana nam dapat dairy wc yang kental elok, kembang & fluffy. Ada cara dia
1. Pastikan Whipping cream digoncang sebelum guna.
2. Pakai bowl besi
3. Beat Whipping cream pada kelajuan rendah, beberapa saat baru pakai maximum speed .
4. Bila Whipping cream yang diputar dah capai tahap soft peak (cream makin pekat atau makin kembang) berhenti sekejap dalam 2-3 saat.Kemudian sambung beat balik. Ini akan buat cream jadi lebih cepat kembang.

5. Cream yang kembang bermaksud : Bila kita angkat cream dengan attachmenet ia tak jatuh, dan bila kita kaup, cream selebihnya tak jatuh..boleh rujuk gambar.

6. Paling penting, cream bertanduk kecil dan tanduk nya tak bergoyang.

7. Pastikan jangan beat di tempat yang berhaba & panas, jika masih tak kembang boleh timbang siap-siap Whipping cream, sejukkan dalam peti selama 30 minit, keluarkan, letakkan bowl ais dibawah dan beat cream tadi. InsyaAllah kembang dengan cantik!
Saya harap perkongsian saya memberi manfaat kepada anda semua. Diharap membantu serba sedikit ya.
Mesti Baca:Cara Mudah Buat Whipping Cream Guna 5 Bahan, Lagi Jimat Rasa Pun SEDAP!
Baca Lagi Di Sini:Beza Fresh Cream & Whipping Cream, Senang Faham Supaya Tak Tersalah Beli
Artikel Menarik:Sos Butterscoth Vs Sos Karamel Tak Sama, Kepekatan Asli Dari Whipping Cream, Jangan Keliru
Mingguan Wanita: Begini rupanya teknik yang betul nak pukul whipping cream supaya jadi elok kental ‘bertanduk’ kembang cantik!
Sumber: Muhammad Ali
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Gara-gara Nak Kurus Sangat, Rosma AF Pernah Diet Sampai Pengsan

Gara-gara nak kurus sangat, Rosma AF pernah diet sampai pengsan gara-gara tersalah ikut diet. Apatah lagi dia pernah dikecam dan diperlekehkan berbadan tembam dan berisi sejak belum berkahwin lagi.
Jika mahu diselak kembali, berbakul-bakul cacian diterima penyanyi dan ahli perniagaan, Rosma sejak awal menceburi dunia seni kira-kira 17 tahun lalu.
Kalau zaman media sosial ketika itu sudah sehangat dan serancak kebelakangan ini dek penangan wira papan kekunci, barangkali hal memperlekehkan bentuk fizikal seseorang atau body shaming dilalui Rosma akan jauh lebih teruk dan boleh buat dirinya jatuh terduduk.
Namun bagi pemilik nama penuh, Rosmayati Sidik yang kini turut memiliki perniagaan KR Successful Sdn Bhd bersama suaminya, Khai sejak tahun 2014 itu semua itu tidak membuatkannya jadi lemah semangat.
Bagi penyanyi gilapan pertandingan realiti Akademi Fantasia pertama itu, tiada pilihan selain untuk jadi kebal.
“Dek fizikal badan saya tembam pun jadi modal kecaman. Ada saja yang tak kena di mata yang membenci. Pernah ketika terbabit promosi sebuah laman sembang pun, ‘kaw kaw’ fizikal diri saya diperkotak-katik.
“Ada komen cakap usia muda tapi badan macam tahap makcik-makcik yang ada ramai anak. Gelaran bulat dan debab pun ada dikenakan untuk saya.
“Malah jauh lebih teruk, mempersoalkan saya bercinta dengan Khai (sebelum menjadi suami). Siap cakap badan gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai yang digilai ramai ketika itu. Pendek kata saya ini tak layak berdampingan dengannya,” kata Rosma.

Pendam Rasa Kena Kecam, Diet Sampai Pengsan
Jelas Rosma yang kini berbadan ramping sekalipun berstatus ibu kepada tiga orang cahaya mata dengan mengamalkan produk minuman detoks, semua nista itu tidak langsung menjadi kudis buat dirinya.
“Ada ketika, saya juga manusia biasa yang berperasaan. Sesekali menangis dan memendam rasa kerana dikecam dek fizikal diri. Dalam hati pernah terlintas, macam besar sangat ke badan ini? Buruk sangat ke diri saya.
“Tapi kata kata menjatuhkan itulah yang membakar semangat diri. Rosma yang dulu, bukan yang sekarang.
“Sekalipun rezeki saya tidak lagi sepenuhnya dengan menyanyi tetapi sebaliknya berniaga, saya bangga usaha kecil itu membuahkan hasil besar yang boleh dibanggakan,” katanya.
Badan Ramping Untuk Kepuasan Diri
Bagi Rosma memiliki badan ramping dengan berat kini 47 kilogram bukan kerana ingin menunjukkan apa apa kepada mereka yang pernah mencela fizikalnya.
Sebaliknya dilakukan demi kepuasan diri dan paling utama untuk kesihatan.
“Dulu ketika usia remaja, saya bukan jenis yang peduli sangat bab nak cantik atau melawa ini. Masa itu cakap apa sajalah, saya tak kisah. Dah biasa dengan gaya comot.
“Namun sejak menyertai AF1, nak tak nak memang kena jaga ketrampilan. Ikutkan sejak pertandingan itu berat saya naik mendadak hingga mencecah ke 70 kilogram.
“Asalnya dari zaman belum berkahwin, berat badan saya sekitar 48 ke 49 kilogram pun. Masa jadi artis, saya tak keruan kerana susah pengurusan nak dapatkan tajaan baju,” katanya.
Overnight Oats TAK PERLU Letak Banyak Jenis Buah. Itulah Jadi Pemusnah Diet
Mak-Mak Yang Nak Kurus, Boleh Try Menu Diet Seminggu Tanpa Nasi
Info lebih menarik, klik saja di sini.
Salah Ikut Diet, Diet Sampai Pengsan
Saat berat badan naik mendadak, Rosma pula tersilap percaturan mengikut diet yang salah dan keterlaluan hingga memakan diri
“Saya tak ada ilmu diet, tapi jenis hentam. Asal dapat turunkan berat badan. Konsep berlagak pandai walhal tak tahu apa-apa. Natijahnya pernah sekali saya cemas kala jatuh pengsan gara gara diet tak betul hingga dimasukkan di sebuah hospital.
“Dipendekkan cerita, saya bangkit berdiet dan bersenam dengan betul. Ketika itulah Khai pernah mencetuskan idea untuk saya keluarkan produk pelangsingan sendiri.
“Saya keluarkan produk pelangsingan sendiri selepas melahirkan anak kedua. Malah turut menjadi testimoni kepada produk sendiri. Mampu berbadan langsing sekalipun sudah ada tiga anak bukan halangan.
“Semuanya tak mustahil. Zaman belum kahwin saya bergelut dengan isu berat badan. Sedangkan situasi semasa mungkin sebaliknya iaitu berat naik mendadak selepas berkahwin dan ada anak,” katanya.
Ketika ini, Rosma tidak kisah jika ada yang melabelkan dirinya artis sendu atau apa sekalipun.
“Saya bersyukur diberi kesempatan sementara menumpang glamor dunia artis saat menyertai AF1. Cita-cita saya dulu memang salah satu nak jadi artis. Ia jadi kenyataan. Tuhan beri saya rasai nikmat menjadi artis yang diberi perhatian seketika. Itu sudah memadai.
“Sekarang kalau ada yang label saya sendu atau sudah tak popular tak mengapa. Nak kata zaman saya sudah berlalu pun tak kisahlah. Begitulah putaran hidup. Saya akur.
“Benar walaupun ada yang anggap saya memiliki suara bagus dan kini sudah berbadan kurus pun bukan jaminan tuah itu akan ada. Kalau sudah tertulis begitu, tiada apa lagi daya kita.
“Ketika pintu dunia seni dilihat tak menyebelahi diri, Allah buka pintu rezeki lain melalui perniagaan. Dunia niaga yang jauh sekali menjadi minat diri selama ini kini mula sebati. Dulu hanya mak saya yang suka berniaga. Kini ia turun kepada saya pula. Dunia nyanyian jatuh tangga kedua. Nombor satu di hati pastinya perniagaan yang saya majukan bersama suami,” katanya.

Tidak Pernah Lupakan Bidang Nyanyian
Sekalipun sudah meletakkan perniagan sebagai keutamaan, Rosma tidak sesekali melupakan nyanyian.
“Minat menyanyi itu takkan berkubur. Ikutkan selama ini ada jemputan menyanyi secara tertutup. Malah saya terus diberi kesempatan menyanyi sebagai artis residen di hotel sepanjang bulan Ramadan.
“Cuma ketika diuji pandemik Covid 19, rezeki menyanyi itu tak banyak. Tapi saya meneruskan survival memajukan perniagaan,” katanya.
Rosma dan Khai berkahwin sejak 26 April 2008.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tukang Masak Kongsi 3 Barang PENTING, Sental Periuk Belanga Jadi Bersih Berkilat!

Kebiasaannya bila kita selalu masak, periuk belanga yang digunakan akan berkerak hitam dan payah nak dibersihkan walaupun dah sental dengan macam-macam cara. Namun tukang masak ini, ada cara tersendiri dalam memastikan periuk belanga yang digunakan disental setiap 2 minggu sekali dan jadi bersih berkilat! Hanya menggunakan 3 bahan iaitu gosok periuk kasar, gosok periuk halus dan sabun mandi.
Mak-mak boleh baca perkongsian Puan Tinie Razak ini sebagai rujukan;
“Baru selesai menggosok periuk belanga dengan 3 barang ni je.Memang selama ni, saya guna 3 barang ni untuk tonyoh periuk belanga saya.Semoga bermanfaat untuk semua.”
1. Gosok periuk kasar (scotch brite)
2. Gosok periuk halus (steel wool)

3. Sabun mandi popinjay hijau (sabun cap burung)

Dan semestinya air lah.
Update:
- Saya guna sabun popinjay ni sebab dia cepat kembang (macam sabun kapak) bila terendam air, kebanyakan sabun mandi yang lain, dia lambat sikit. So, saya akan tekapkan kat sabun dan gosok. Sabun ni saya beli dekat nsk. Tapi dekat kedai runcit or pasaraya pun ada je.
- Ada yang komen cakap, kononnya saya jarang masak, sebab tu periuk belanga bersih. Saya owner Tinie’s Kitchen. Seorang tukang masak dan kerja saya memang memasak.
- Cumanya, setiap 2 minggu sekali saya akan kumpulkan periuk belanga dan gosok sekali harung. So, tak sempatlah nak berkerak tebal. Dan usia periuk belanga ni dah 5 tahun pun.
- Mana yang berkerak tebal pulak, sis semua boleh kikis dulu dengan pisau, kemudian gosok dengan yang kasar kemudian yang halus pulak. (Nak seribu daya kan?)
- Tak semua steelwool berkesan, so kena pandai cari. Yang saya guna ni jenis yang bungkus besar, pastu nak guna kena tarik-tarik dulu.
Semoga post ini membantu ye.
Baca Lagi Di Sini:
6 Cara Mudah Hilangkan Kesan Hangus Pada Periuk Kesayangan, Sila Cuba Gerenti Jadi!
Ini Bukti Kuali Karat Berkerak Hitam Kembali Kilat, Sental Guna 7 Petua Dapur Mak Mak
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada masalah periuk belanga berkerak hitam, payah nak bersihkan jadi berkilat tu boleh cuba cara berkesan yang dikongsikan ini.
Sumber: Tinie Razak
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

