Lelaki Ini Kongsi Petua Atasi Perut Meragam Dengan ‘Susu Buang Angin’

Share

Lelaki Ini  Kongsi Petua Atasi Perut Meragam Dengan ‘Susu Buang Angin’

Bila makan macam-macam, perut pun boleh meragam. Mulalah rasa tak selesa, rasa ada ‘angin’ & sebu je dalam badan.  Macam-macam petua tradisional juga yang boleh dicuba untuk hilangkan angin ni antaranya dengan susu tepung!

Mengikut perkongsian petua oleh Khairul Hakimin Muhammad, beliau berkongsi cara untuk membuat susu dengan  campuran madu dan halia tua yang telah diajar oleh isterinya untuk mengatasi masalah ini, supaya angin dapat keluar dan akan melawas dengan baik.

Menurut beliau lagi, syarat utama minuman ini ialah perlu menggunakan susu tepung.

SUSU BUANG ANGIN

Bahan-Bahannya:

2 sudu besar Susu Tepung
1 sudu besar Madu
1/2 inci Halia Tua
1 cawan Air Panas

Cara Membuat:

1.Kikis kulit halia dan ketuk sedikit. Bukan tumbuk lumat.

2.Kemudian letakkan air mendidih separuh cawan dahulu dan campakkan halia tadi. Biarkan dalam seminit.

3.Masukkan pula madu.

4.Setelah itu masukkan pula susu tepung.

5.Akhir sekali, kacau dan tambah air panas lagi. Minum sejam sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Selamat Mencuba! 

Kredit: Khairul Hakimin Muhammad 

IKLAN