Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilihat memberi lebih kebebasan buat kita semua setelah lama berjuang dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Jika selama ini kita agak terikat walaupun ke pusat membeli belah kerana setiap kali masuk ke butik atau kedai yang berbeza, kita harus merekodkan suhu.
Kini segalanya nampak mudah, Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini mengumumkan lebih banyak kelonggaran termasuk membenarkan taman tema beroperasi, selain saringan suhu badan dilakukan sekali sahaja di pusat beli-belah.
Hanya Sekali Saja
Jadi mak, ayah tidak perlu risau untuk menjalani saringan suhu lagi yang ebrkali-kali kerana mulai sekarang hanya sekali saja saringan suhu di ambil iaitu di pintu masuk pusat membeli-belah.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bermula 1 Julai ini, 54 buah taman tema termasuk taman tema air akan mula beroperasi melibatkan lebih 10,000 tenaga kerja di seluruh negara.
Selaras dengan keputusan hari ini juga, saringan suhu badan pelanggan pusat beli-belah dilakukan sekali sahaja iaitu di pintu masuk utama dan bukan di setiap kedai dalam pusat beli belah.
Pengusaha Taman Tema Wajib Ikut SOP
“Bagaimanapun, pengusaha semua taman tema dan pusat beli-belah perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, termasuk memastikan penjarakan sosial dipatuhi pada setiap masa.
“Bagi taman tema, had pengunjung adalah berdasarkan kapasiti ruang serta saiz kawasan taman tema. Pengunjung juga perlu menjalani proses pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera serta pemeriksaan suhu badan dan penyediaan pensanitasi tangan,” katanya pada sidang media harian hari ini.
Ads
Menurutnya, pengusaha taman tema air perlu mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Penyenggaraan Kolam Renang Awam oleh pihak berkuasa tempatan serta Garis Panduan Pemantauan Kualiti Kolam Air.
Beliau berkata, garis panduan serta SOP boleh diperoleh dari laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk maklumat lanjut.
Tak Perlu Rekod Suhu Tapi Perlu Rekod Kehadiran
Kedai-kedai di pusat beli belah dan hotel, walaupun tidak lagi perlu menyaring suhu badan pelanggan namun masih perlu merekodkan kehadiran seperti nama dan nombor telefon melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual.
“Ini bagi membolehkan pengesanan kontak dilakukan, sekiranya terdapat insiden jangkitan Covid-19.
Ads
“Ini kerana kemungkinan terdapat pelanggan yang pergi ke 10 buah kedai, jadi bagi memastikan pengesanan individu sekiranya dijangkiti Covid-19, Kementerian Kesihatan (KKM) boleh mendapatkan maklumat dan sebab itu kita masih mewajibkan rekod kehadiran,” katanya.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai majlis jamuan perkahwinan, Ismail Sabri berkata, mesyuarat khas juga bersetuju membenarkan jumlah tetamu tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa bagi majlis perkahwinan dan akad nikah di masijd, dewan, rumah dan sebagainya.
“Had tetamu ini tertakluk kepada saiz keluasan dan kapasiti ruang serta pematuhan SOP berkaitan yang berkuatkuasa. Kebenaran jumlah tetamu ini juga diberi kepada majlis jamuan perkahwinan di rumah ibadat dan persatuan agama bukan Islam,” katanya.
Sebelum ini dilapor, kerajaan membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis berkaitan keagamaan seperti tahlil, akikah, doa selamat serta majlis sambutan ulang tahun perkahwinan dan hari lahir mulai 1 Julai.
MW: Walaupun PKPP membenarkan kita untuk lebih bebas dengan lebih banyak kelonggaran, tetapi harus diingat jangan lupa amalkan kebersihan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.
Sumber: Bernama
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon yang juga isteri kepada Syamsul Yusof dan ibu kepada dua orang anak, Puteri Sarah Liyana baru-baru ini telah berkongsi pengalaman membuat ujian saringan Covid-19 (swab test) baru-baru ini.
Biarpun bukan kontak rapat kepada mana-mana pesakit Covid-19, namun Puteri Sarah mengambil inisiatif sendiri untuk menjalani ujian bagi memastikan diri bebas daripada virus berkenaan.
Menerusi sepotong video yang dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya, Puteri Sarah menyatakan sesiapa yang pernah memberitahu sakit ketika membuat ujian saringan, sebenarnya hanya untuk menakutkan orang lain.
“OK, siapa yang cakap sakit tu sebenarnya nak menakutkan korang saja. Tapi sebenarnya memang tak sakit. Sarah buat dekat dalam mulut dan dalam hidung. Tak sakit pun. Jadi, jalankan tanggungjawab anda.
“Buat Untuk Keselamatan Diri Sendiri & Famili”
“Dan lagi satu benda ni sangat wajib, lagi-lagi untuk kita yang sedang shooting ni, memang kena buat untuk keselamatan diri sendiri dan juga famili,” kongsinya.
Sebelum ini peminat dikejutkan apabila pelakon Faye Kusairi mendedahkan dia telah terkena serangan Bell Palsy iaitu kelumpuhan pada otot muka ketika usia kandungannya mencecah 38 minggu.
Faye yang juga isteri kepada pengarah, Azmi Hatta telah bernikah pada 9 April 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun dan baru-baru ini telah menimang cahaya mata kedua yang diberi nama Asha Azmi.
Ternyata Faye begitu kuat dalam mengharungi penyakitnya walaupun pada waktu itu dia sudah mahu bersalin. Dan kini, sewaktu berpantang dia tidak putus asa. Malah dia juga secara jujur berkongsi bagaimana keadaannya yang begitu sengsara ketika hendak bersalin dengan keadaan wajah yang diserang Bell Palsy.
Faye Kusairi Kini Sudah Pulih
Terbaru menerusi hantaran sebuah video di akaun Instagramnya, Faye memberitahu dia kini sudah pulih sepenuhnya daripada masalah Bell Palsy yang menyerangnya empat minggu lalu.
Pemilik nama penuh Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 34, sepanjang tempoh pemulihan itu, dia hanya mengambil ubat doktor seperti disarankan dan urutan pada wajah.
“Alhamdulillah setelah empat minggu menderita akibat Bell Palsy, saya kini sudah sihat sepenuhnya.
“Apa yang saya praktikkan adalah ubat dan vitaman B12, fisio serta rawatan totok wajah secara konsisten.
“Saya tak pergi buat akupuntur dan saya tak makan atau ambil atau pakai benda selain apa yg disarankan doktor,” ujarnya menerusi Instagram.
Alami Bell Palsy Ketika Sarat Hamil
Faye mengalami Bell Palsy ketika menggosok gigi ketika sarat hamil anak keduanya, Asha Azmi baru-baru ini.
Bell Palsy adalah penyakit membabitkan kerosakan pada satu saraf muka iaitu ‘facial nerve’. Situasi itu berlaku apabila otot yang mengawal ekspresi wajah tidak berfungsi dengan normal akibat kecederaan atau gangguan sarat muka.
Anak sumbing, jangan sesekali salahkan keturunan “Allah nak bagi saham pahala pada kita untuk membesarkan anak-anak yang sumbing”.
Sumbing merupakan rekahan yang terjadi pada bahagian struktur bibir atau lelangit. Dalam sesetengah kes, masalah sumbing boleh berlaku kepada kedua-dua bahagian tersebut.
Ia berlaku apabila struktur muka tidak bercantum sepenuhnya ketika dalam proses tumbesaran janin.
Ibu bapa yang dikurniakan anak dengan masalah sumbing jangan bimbang kerana masalah ini boleh dirawat. Malahan rawatan yang sesuai untuk bayi selepas dilahirkan juga ada dan ia disusuli dengan beberapa rawatan tertentu bergantung kepada peringkat usia.
Anak Sumbing, Jangan Sesekali Salahkan Keturunan
Seperti yang umum ketahui, penyanyi Lan Solo dan isteri Sheila Hassim telah dikurniakan seorang anak yang sumbing. Kini usia Nur Amna Quxandra atau lebih mesra dengan panggilan Xandra yang dilahirkan pada 24 Februari sudah berusia 4 tahun.
Menerusi perkongsian terbaru Sheila Hassim menerusi akaun Instagramnya, Shiela menasihati ibu bapa yang dikurniakan anak sumbing jangan cepat berasa rendah diri.
Malah ada beberapa tip yang dikongsikan sangat berguna terutama buat pasangan yang bakal menimang bayi yang sumbing.
InsyaAllah penerangan yang diberi cukup bermanfaat dan paling penting jangan panik dan carilah saluran info yang berguna.
“Lately ni ramai dm KY tny progress cleft bibir Xandra.. .
“Ok KY share la perjlnn spjg 4 thn sejak Xandra lahir.. .
“Video ni KY ambik mlm tadi masa dia tido supaya nmpk jelas kesan jahitan dia skrg. .
“Xandra operate bibir kat PPUM.. masa umo 3 bulan dan berat masa tu ngam2 5kg.. .
“Bil hospital yg kene byr dlm rm 700++ je x silap sbb ada subsidi masa tu drpd NGO yg mmg bantu anak2 sumbing.
Jangan Panik & Jangan Baca Info Yang Salah
“So, parent yg dah detect baby cleft, cepat2 register dgn CLAPAM ya.. hny mereka yg pakar dlm mengendalikan proses baby cleft dr lahir & akan guide kita smpi la baby selamat operation.. .
“Call 0122059140 (Pn Zuraini) bgtau je kondisi baby. .
“Jgn panik & jgn baca drpd mana2 grup yg info nya x sahih.. sbb nanti mental down.. .
“Parent yg ada anak cleft mcm Xandra ni, uols kene enjoys the moment.. bukan pk kenapa boleh sumbing & start salah menyalahkan smpi keturunan pon terkait sama.
Anak Sumbing Bukan Cacat
“Semua ni Allah nk bagi saham pahala pd kita utk membesarkan anak2 cleft.. .
“So mommy & daddy out there.. anak sumbing bukan cacat.. malah mereka akan memberikan senyuman paling cantik bila dah selesai operate nanti.. .
“Enjoy the moment okay,” kongsi Sheila.
Gambar terkini Xandra.Gambar semasa bayi. Sebelum dan selepas pembedahan.
“Kita ada hak untuk bergerak, tak perlu kasihan dan merasakan saya perlu duduk di rumah saja. Apa yang penting, saya seronok dan bahagia dengan apa yang saya buat,” – Ikuti perkongsiannya dalam Kisah Inspirasi Sukses MW.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...