Ads

Layang-Layang Jadi Kenangan Terakhir Anak-Anak Bersama Ayah Sebelum Lemas

Kasih seorang ayah sering tidak terucap dengan kata, tetapi nyata dalam tindakan. Itulah yang tergambar pada pengorbanan Mohd. Saifuldin Ramli, 46, seorang juruteknik elektrik yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan anak perempuannya yang tergelincir ke dalam Sungai Kelantan di Kampung Sat, Tanah Merah, semalam.

Layang-Layang Jadi Kenangan Terakhir Anak-Anak Bersama Ayah Sebelum Lemas

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang, Saifuldin membawa empat anaknya yang berusia enam hingga 11 tahun bermain layang-layang di tepi sungai, memenuhi permintaan kecil mereka. Namun keriangan itu bertukar duka apabila anak perempuannya yang berusia 11 tahun terjatuh ke dalam sungai.

Dengan keberanian seorang ayah, Saifuldin segera terjun dan berjaya menyelamatkan si kecil itu. Namun, takdir Tuhan menentukan, dirinya pula tenggelam dibawa arus deras dan sehingga kini masih belum ditemui selepas hampir 19 jam operasi mencari dijalankan.

“Dia sempat mencapai badan anak tersebut dan menghulurkannya ke arah seorang pemancing yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian. Saifuldin bagaimanapun terus tenggelam dan hilang dibawa arus.

Ads

Layang-Layang Jadi Kenangan Terakhir Anak-Anak Bersama Ayah Sebelum Lemas

Ibunya, Zaharah Ahmad, 75, tidak dapat menyembunyikan sebak tatkala menceritakan detik terakhir anak lelakinya.

“Dia jarang sekali bawa anak-anak ke sungai. Tapi semalam, atas permintaan mereka, dia belikan layang-layang dan bawa bermain di tepi air. Tak sangka, kegembiraan itu berakhir dengan tragedi,” luahnya penuh pilu.

Sejurus menerima khabar, Zaharah bersama menantunya, Nurfadlina Mohamad, bergegas ke lokasi kejadian yang hanya 300 meter dari rumah. Namun segala-galanya sudah terlambat.

Ads

Menurut Ketua Zon 2 JBPM Kelantan, Mohd. Rosmaidi Baharuddin, seramai lapan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dikerahkan dengan pencarian dijalankan dalam radius 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah turut mengesahkan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Ads

Layang-Layang Jadi Kenangan Terakhir Anak-Anak Bersama Ayah Sebelum Lemas

Hari yang sepatutnya diwarnai keriangan layang-layang akhirnya bertukar menjadi kisah pengorbanan seorang bapa. Saifuldin bukan sahaja menyelamatkan anaknya, tetapi juga meninggalkan sebuah cerita cinta seorang ayah yang akan dikenang selamanya.

Sementara itu, Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Penguasa Bomba Mohd Rosmaidi Baharuddin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kedua dengan tumpuan di kawasan mangsa dipercayai terjatuh.

Menurutnya, seramai lapan anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bersama 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah digerakkan dengan sokongan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan polis.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Lelaki Bunuh, Simpan Mayat Isteri Sampai Empat Hari Berdepan Hukuman Mati

Lelaki bunuh isteri dan menyimpan mayat selama empat hari sebelum membuat laporan polis kini berdepan hukuman mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Baca perkembangan penuh kes dan proses mahkamah.