Ramai masih tidak menganggap obesiti sejenis penyakit meskipun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengklasifikasikannya sebagai penyakit kronik dan epidemik. Senario ini menyebabkan lebih ramai tidak mengambil serius mengenai masalah obesiti.
Obesiti adalah salah satu daripada cabaran kesihatan awam terbesar di Malaysia. Kira-kira 50.1 peratus dalam kalangan rakyat Malaysia mempunyai masalah berat badan berlebihan dan obesiti sekali gus kekal sebagai masalah utama kesihatan awam.
Menyedari permasalahan ini membelenggu kesihatan, Persatuan Sukan, Rekreasi dan Kesihatan Kuala Lumpur (“Su.Re Sihat KL”) melancarkan Kempen ‘Lose to Win’ untuk memerangi obesiti di Malaysia.
Dengan pendedahan terbaharu mendapati Malaysia telah menduduk tangga pertama obesiti di Asia Tenggara dan tangga kedua secara global, badan bukan kerajaan tersebut berazam untuk menumpukan sumbernya dalam meningkatkan kesedaran terhadap epidemik tersebut.
Ads
Menurut Presiden, Su.Re Sihat KL, Shameem Akhtar Mohd Ashraf, obesiti kini bukan lagi dilabel sebagai penyakit negara dan isi rumah berpendapatan tinggi. “Dahulu kita menganggap orang menghidap obesiti akibat makan secara keterlaluan. Hari ini, anda pasti terkejut apabila mengetahui bahawa golongan B40 dan asnaf yang berpendapatan rendah juga boleh menghidap obesiti akibat faktor lain seperti kekurangan makanan berkhasiat, suasana bertekanan tinggi, genetik, kualiti hidup yang rendah dan banyak lagi”.
“Oleh itu, kami akan bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi bagi kempen ini untuk mengumpul dana supaya 20 individu berpendapatan rendah yang terpilih dapat menjalani program pengurusan obesiti yang menyeluruh termasuk prosedur kesihatan, pelan nutrisi, senaman dan lain-lain. Kami mahu mengubah kehidupan individu tersebut supaya mereka boleh meneruskan pekerjaan mereka untuk menampung ahli keluarga masing-masing,” tambahnya.
Kutip dana bantu B40 dan asnaf
Gambar hiasan
Beliau juga berharap apabila kempen ini dapat diteruskan dengan penyertaan rakan kongsi korporat, lebih ramai individu menghidapi obesiti dapat menikmati program pengurusan obesiti ini secara PERCUMA. Dalam jangka panjang, kempen ini akan mengubah lanskap kesihatan di Malaysia apabila semakin ramai orang awam menjadi lebih aktif dalam meningkatkan gaya hidup mereka.
Program prosdur kesihatan tersebut termasukan pembedahan yang akan dilaksanakan oleh doktor pakar tersohor di Asia Pasifik dalam bidang saluran gastro usus atas (“upper gastrointestinal”) dan bariatrik, Dr. Mustafa Mohammed Taher dari Pusat Perubatan Gastro Usus dan Hati (“CENGILD”).
Ads
“Prosedur bariatrik bukan lagi dikategorikan sebagai pembedahan kosmetik, sebaliknya prosedur penjagaan kesihatan profesional yang menawarkan penyelesaian yang baik untuk obesiti. Dari situ, pesakit obesiti akan dibimbing dengan program kesihatan yang lengkap untuk memastikan mereka pulih dengan cepat dan boleh meneruskan pekerjaan masing-masing secara lebih produktif untuk menyara keluarga mereka,” katanya.
Pemilihan calon-calon untuk Kempen ‘Lose to Win’ Su.Re Sihat KL ini akan disaring daripada pencalonan yang dihantar oleh komuniti tempatan dalam kawasan Lembah Klang. Pesakit obes dengan Index Jisim Tubuh 35 ke atas akan diberikan keutamaan selepas lulus ujian klinikal untuk memastikan mereka sesuai untuk menjalani pembedahan bariatrik. Pesakit diabetes jenis 2, darah tinggi dan gangguan tidur (“sleep apnea”) juga boleh menjalani prosedur tersebut.
Menderita akibat obesiti
Ads
Semasa pelancaran Kempen ‘Lose to Win’ tersebut, penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Aishah dan Datin Alyah turut dijemput untuk berkongsi perjalanan mereka menjalani program pengurusan berat badan bawah pemantauan Dr. Mustafa untuk meningkatkan kesihatan dan gaya hidup mereka.
Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2022 yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan, kira-kira 50% orang dewasa di Malaysia adalah obes manakala 1 dalam 3 orang remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun juga mempunyai berat badan berlebihan berpunca daripada tabiat pemakanan dan gaya hidup.
Gambar hiasan
Dalam satu laporan lain yang diterbitkan oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (“UNICEF”) pada tahun 2019 mendedahkan bahawa 12.7% kanak-kanak berusia antara 5 hingga 19 tahun adalah obes – bukti bahawa isu obesiti telah mencapai tahap membimbangkan di seluruh negara.
Kempen ‘Lose to Win’ ini akan menjadi salah satu tonggak utama bawah Su.Re Sihat KL sebagai usaha mendukung inisiatif kerajaan dalam mempromosikan gaya hidup sihat di Malaysia. Sebelum ini sejak ditubuhkan pada tahun 2019, Su.Re Sihat KL telah menganjurkan pelbagai acara mengumpul dana untuk menyokong agenda kesihatan lain termasuklah kanser dalam kalangan kanak-kanak dan mempromosikan aktiviti sukan dan riadah seperti Quidditch, gusti dan zumba untuk kanak-kanak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Meskipun masih hijau dalam dunia fesyen, nampaknya jenama fesyen tempatan, Syazia Atelier sudah ‘terbang’ ke luar negara untuk mengadakan ‘fashion show’ pertama mereka. Bertempat di Place Vendom, Paris, Datuk Suhaila Semaru selaku pemilik jenama Syazia Atelier membuktikan jenama fesyen lokal tersebut mampu memperagakan fesyen sehingga ke luar negara.
Pertunjukkan fesyen yang baru sahaja berlangsung di kota Paris sekaligus menjadi penanda aras baharu dalam mengembangkan perniagaan dalam dunia fesyen.
“Kami masih ‘hijau’ dalam dunia fesyen di mana ia sahaja ditubuhkan pada akhir 2023. Pada tahun 2024, jenama ini berjaya menempatkan diri dalam kelas tersendiri untuk bersaing dengan jenama antarabangsa. Kami mulakan langkah dengan acara pertunjukan fesyen di kota Paris.
Paris merupakan kota fesyen terkemuka di mata dunia. Jadi, kami memilih Paris untuk menjadi saksi pertunjukkan fesyen pertama kami,” kata Suhaila.
Menampilkan lapan koleksi resort yang mengetengahkan motif batik Malaysia yang diberi sentuhan moden, ia amat bertepatan untuk pasaran antarabangsa.
“Kami berharap usaha kecil ini mendapat maklum balas positif untuk mengangkat seni batik kita di persada dunia. Semoga langkah Ini boleh meletakkan jenama Syazia Atelier untuk menembusi pasaran global.
Ketika ditanya mengapa mengetengahkan unsur batik untuk pertunjukan fesyen di luar negara, Datuk Suhaila mempunyai jawapannya yang tersendiri.
“ Saya merupakan anak jati Terengganu. Jadi, tidak salah jika saya mahu mengetengahkan keindahan batik sebagai elemen utama untuk di bawa ke luar negara. Saya mahu tampilkan bakat tempatan yang mempunyai pelbagai idea kreatif. Pereka batik merupakan anak muda tempatan berbakat dan ini masa mereka bersinar.
“Dalam koleksi resort wear ini, kami menggunakan rona jingga dan merah jambu. Dua warna diramalkan sebagai warna kegemaran ramai pada tahun 2024 dan 2025. Selain itu, jenama ini juga baru sahaja memperkenalkan koleksi ‘ready to wear’ (RTW) untuk Hari Raya.
“Kami berharap, jenama yang kami banggakan ini dapat bermula dengan baik di Malaysia dan seterusnya di luar negara, Insya-Allah,” katanya lagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Malang tidak berbau. Niat murni seorang lelaki membantu mangsa kemalangan jalan raya turut meragut nyawanya. Seorang lelaki parah ketika membantu kemalangan melibatkan pasangan pengantin baharu di Kilometer 53 Jalan Klang – Teluk Intan sebelum ini, dilaporkan meninggal dunia semalam.
Pemuda bantu pengantin baharu kemalangan
Pemuda dikenali Mohd. Azizi Faez Mohamad Alias, 33, itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3.22 petang selepas dua hari menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati semasa kejadian lelaki itu memandu dari arah Teluk Intan menghala Klang.
Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian telah melihat sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dinaiki pasangan pengantin baharu dalam keadaan terbalik kerana terlibat kemalangan.
“Lelaki itu cuba untuk bantu, namun tiba-tiba mangsa dan kereta telah dilanggar kereta jenis Nissan Almera. Akibatnya, lelaki itu tercampak ke atas jalan dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya hari ini.
Memetik laporan Kosmo, melaporkan usia perkahwinan sepasang suami isteri hanya bertahan sehari selepas seorang daripadanya maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Bernam, Tanjong Karang, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, Allahyarham Norsyam Nassullah Rahim, 23, maut, manakala isterinya Aini Hayati Mohd. Radzi, 22, patah kaki kiri, manakala enam lagi mangsa cedera dan seorang lagi parah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini memperlihatkan detik cemas apabila para aktivis dan sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla dikumpulkan di satu kawasan selepas ditahan oleh tentera Isr4el.
Dalam rakaman itu, turut kelihatan wajah dua anak Malaysia yang kita kenali, penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah.
Video berdurasi singkat tersebut memperlihatkan kesemua aktivis dari pelbagai negara duduk berkelompok di atas lantai, sementara Menteri Keselamatan Isr4el, Itamar Ben-Gvir berdiri di hadapan mereka sambil bercakap dalam bahasa Ibrani. Kehadiran beliau nyata menimbulkan keresahan, apatah lagi ia dimuat naik dengan naratif propaganda yang cuba melabelkan aktivis kemanusiaan ini sebagai “pengganas”.
Disahkan Oleh Cinta Gaza Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, mengesahkan bahawa dua sosok yang dirakam dalam video itu sememangnya Heliza dan Hazwani. Malah menurut beliau, The Helmis merupakan peserta terakhir yang dipilih menyertai misi flotila, selepas sanggup meninggalkan Madinah demi menyertai perjuangan membawa bantuan untuk Palestin.
“Semangat mereka tinggi, masa ditangkap pun cukup gagah dan reda. Kakja (Heliza) dan Ika (Hazwani) antara peserta akhir yang dipilih kerana sanggup berkorban untuk bersama misi ini,” jelas Nadir di Instagram.
Beliau turut menegaskan bahawa video yang disebarkan Israel itu jelas berbentuk propaganda, kerana hanya menunjukkan sepotong rakaman semata-mata. Menurutnya lagi, tentera Zionis cuba menggambarkan seolah-olah flotila hanya membawa satu kotak bantuan, sedangkan hakikatnya ratusan kotak telah dibeli, dipaket dan diagihkan oleh pasukan Sumud Nusantara ke dalam kapal misi.
Doa & Harapan Dari Rakyat Malaysia
Suami Heliza, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, turut berkongsi semula rakaman berkenaan di Instagram Story sebagai bukti kehadiran isterinya serta adik ipar di lokasi kejadian. Sementara itu, di ruangan komen media sosial, ribuan rakyat Malaysia tidak putus-putus menitipkan doa agar semua aktivis berada dalam keadaan selamat.
“Heliza dan Hazwani duduk dekat tengah-tengah tu. Cuba tengok, ada tentera bersenjata di belakang mereka,” tulis seorang pengguna.
“Ya Allah, lindungi mereka. Semoga kembali ke tanah air dengan selamat,” doa seorang lagi netizen.
Propaganda Zionis Semakin Ketara
Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan Ben-Gvir mendakwa aktivis flotila membawa “bahan kimia” di atas kapal. Tuduhan yang jelas tidak berasas dan sengaja dicipta untuk mengaburi dunia. Rakaman turut menunjukkan beliau memasuki salah sebuah kapal dan cuba menuduh kononnya wujud elemen berbahaya di situ.
Walau apa pun cubaan Zionis, semangat perjuangan dan keberanian para aktivis, termasuk Heliza dan Hazwani, menjadi bukti bahawa misi kemanusiaan ini bukan sekadar membawa bantuan, tetapi membawa suara hati jutaan rakyat dunia yang mahu melihat Palestin bebas dan merdeka.
Engku Emran meluahkan rasa bangga terhadap anaknya, Engku Aleesya, yang kini bergelar pelajar kolej dan semakin berdikari. “Always ingat pesan ayah, stay humble, stay grounded,” tulisnya.