Kesihatan

Kurang Minum Air Bulan Puasa Kena Kencing Kotor, Ini Cara Cukupkan 8 Gelas Sehari

Share

Kurang minum air bula puasa kena kencing kotor, ini cara cukupkan 8 gelas sehari lebih mudah. Sebenarnya, macam mana nak minum 8 gelas air sehari masa bulan puasa?

Baru minum 2 gelas masa berbuka pun perut dah kembung. Kadang kenyang sebab minum air sahaja, tak sempat makan berat.

Kurang Minum Air Bulan Puasa Kena Kencing Kotor

 

Ini perkara biasa setiap kali Ramadan. Tetapi awas, jika anda biarkan badan kurang air (dehidrasi) berhari-hari, buah pinggang anda sedang merana. Kesannya:

1. Kencing Kotor (UTI) – Rasa pedih dan panas mencucuk masa buang air kecil.

2. Batu Karang – Mineral dalam air kencing mengeras jadi kristal sebab tak cukup air untuk mencairkannya.

3. Bibir pecah, kulit kusam, dan sakit kepala berdenyut sebelah siang.

Ini Cara Cukupkan 8 Gelas Sehari Lebih Mudah

Untuk elak masalah di atas, pakar perubatan menyarankan FORMULA 2-4-2. Ini cara paling berkesan untuk cukupkan 8 gelas (2 Liter) air sehari tanpa buat perut anda senak atau kembung air:

2 GELAS MASA SAHUR

– 1 gelas sejurus bangun dari tidur (kejutkan sistem usus).
– 1 gelas selepas selesai makan sahur (sebelum Imsak).

4 GELAS WAKTU BERBUKA HINGGA TERAWIH

– 1 gelas sejurus azan Maghrib (buka puasa dengan air kosong dan kurma dahulu).

– 1 gelas selepas selesai makan malam.
– 1 gelas selepas solat Maghrib (sebelum Isyak).
– 1 gelas selepas selesai solat Terawih.

2 GELAS SEBELUM TIDUR

– 1 gelas sewaktu berehat (moreh/tengok TV).
– 1 gelas tepat sebelum anda masuk tidur.

PANTANG LARANG AIR:

Air manis, teh ais, kopi, atau air balang bazar TIDAK DIKIRA dalam kuota 8 gelas ini. Minuman berkafein dan manis tinggi gula bersifat ‘Diuretik’ (memaksa buah pinggang buang air lebih banyak). Ini akan buat anda lebih cepat haus keesokan harinya.

Sumber: Public Health

Published by
Nadia