Kulit Berseri Tak Perlukan Magis! Rahsianya Rutin Konsisten, Tiffany Young Amalkan Eucerin Spotless Brightening Serum & Body Lotion

Share

Aura kecantikan Tiffany Young ibarat bidadari, kulitnya begitu berseri-seri sehingga memukau setiap mata yang memandang. Artis antarabangsa yang juga dikenali sebagai ahli k-pop group yang terkenal Girls’ Generation, akui dirinya tidak pernah culas dalam menjaga kulit wajah dan badan. Malah Tiffany yang juga duta Eucerin X Tiffany Young Spotless Brightening walau padat dengan aktiviti pentas namun dirinya menjaga kulit dengan sangat rapi. 

Eucerin, jenama penjagaan kulit terkemuka dunia dengan lebih 120 tahun kepakaran dermatologi, telah menganjurkan Spotless Brightening Event iaitu sebuah acara yang memperlihatkan bagaimana penjagaan kulit berasaskan dermatologi mampu mengubah kehidupan serta meraikan kedudukannya sebagai Jenama Penjagaan Wajah Derma No.1 di Malaysia. 

Acara ini turut menampilkan hasil sebenar daripada pengguna bagi penjagaan kulit muka dan badan dengan memberi tumpuan kepada antara masalah kulit paling biasa iaitu tompok hitam dan pigmentasi.

Kulit Cerah Sekata & Putih Berseri

Dikuasakan oleh bahan anti-tompok paling berkesan, Thiamidol, yang merupakan hasil lebih dari 10 tahun penyelidikan berterusan. Bahan aktif berpatent ini menjadi teras utama kepada Spotless Brightening Booster Serum dan Spotless Brightening Body Lotion. 

Terbukti secara klinikal dan dermatologi, serum ini membantu mengurangkan tompok hitam di permukaan mahupun lapisan dalam kulit dengan kadar keberkesanan sehingga 97%, manakala losen badan yang diformulasikan untuk mencerahkan kulit seawal penggunaan pertama, membantu tona kulit  menjadi lebih sekata, serta mengembalikan kecerahan semula jadi. Thiamidol kini dianggap sebagai piawaian emas dalam penjagaan kulit berpigmentasi, menawarkan penyelesaian terbaik untuk mendapatkan kulit yang cerah sekata dan sihat berseri.

“Kekalkan Seri Wajah Secara Semula Jadi” Tiffany

Pada 8 November lalu, Tiffany Young, telah hadir dan berkongsi pengalamannya sebagai duta Eucerin .

“Bagi saya, kulit cerah berseri tanpa tompok hitam bukanlah semata menyembunyikan kekurangan, tapi ianya lebih kepada memberikan penjagaan terbaik pada kulit. 

“Saya percayakan bahan yang terbukti secara saintifik sebab itu saya memilih Eucerin Spotless Brightening Serum dan Body Lotion.

“Ia membantu mengurangkan tompok hitam dan mengekalkan seri semula jadi yang sekata dan tahan lama,” luah Tiffany.

Bukan itu saja Tiffany juga mendedahkan pengambilan air yang mencukupi sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit.

“Saya sangat konsisten dalam penjagaan kulit wajah dan badan sentiasa bawa Eucerin bersaiz mini ke dalam beg travel. Sebagai artis sangat penting menjaga kecantikan,” kata Tiffany.

Selepas itu, para peminat turut berpeluang mendekati Tiffany menerusi sesi Meet & Greet yang istimewa, meraikan sinergi antara kecantikan, sains dan pesona selebriti.

Walaupun Booster Serum telah lama diiktiraf sebagai penyelesaian terbaik untuk masalah tompok hitam, acara kali ini memberi tumpuan khas kepada Spotless Brightening Body Lotion, yang diformulasikan untuk bahagian tubuh yang sering terdedah kepada cahaya matahari namun sering diabaikan seperti bahu, lengan, dékolté dan belakang badan. 

Pakar Kulit Kongsi Pandangan Klinikal & Rutin Penjagaan Dermatologi Berasaskan Thiamidol

Di atas pentas, pakar kulit turut berkongsi pandangan klinikal serta rutin penjagaan dermatologi berasaskan Thiamidol, diikuti oleh perkongsian dari pengguna sebenar yang berkongsi perjalanan mereka berhadapan kulit sensitif dan tona tidak sekata, bagaimana rutin konsisten menggunakan Thiamidol membantu mereka mendapatkan tona lebih sekata dan keyakinan menyeluruh dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.

“Hari ini ia bukan sekadar tentang produk; ia tentang bagaimana penjagaan kulit dan sains membuka jalan kepada keyakinan diri,” ujar Dr. Vierhaus.

Sambungnya lagi, “Kami percaya apabila kulit terasa lebih sihat, seseorang akan tampil dengan cara berbeza di tempat kerja, dalam kehidupan, dan bagaimana mereka mempersembahkan diri kepada dunia.” 

Untuk maklumat lanjut mengenai Eucerin Spotless Brightening Booster Serum dan manfaat Thiamidol, sila layari: https://www.eucerin.my/products/spotless-brightening/dual-serum

 

Published by
Norhayati Suboh