Kuih batang buruk merupakan antara kuih raya lama yang menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang rangup, rapuh dan penuh serdak tepung kacang hijau. Namun renyahnya nak buat kuih ni bila kena uli tepung dan canai nipis-nipis untuk buat bahagian kulitnya.Sebelum disalut dengan tepung kacang hijau yang disangai.

Rupanya ada cara mudah nak buat kuih batang buruk ni, iaitu guna kulit popia je.Rasanya tetap sedap dan rangup!

Jemput baca perkongsian resipi daripada Puan Faizal Noraini ini.

“Cara-cara nak buat batang buruk guna kulit popia. Sesiapa yang nak buat, boleh la cuba.Senang sangat dan sedap.Cara dekat setiap gambar ye”

Bahan-Bahan:

Kulit popia paket besar
Minyak untuk menggoreng
Tepung kacang hijau
Gula Halus
straw

Cara Membuat:

1.Mula-mula potong kulit popia anggaran sebesar pembaris. Sekeping bahagikan 12 bahagian.

2.Gulung kulit popia guna straw ABC yang besar tu. Tak pun ikut la guna ape pun asalkan boleh gulung.

3.Lepas gulung, susun dalam loyang macam ni dan jemur.Jemur sehingga keras.

4.Bila dah keras elok, dah boleh goreng dah. Tunggu sejuk baru sumbat inti.

5. Tak kisah nak guna tepung kacang hijau jenama ape pun, asalkan ianya tepung kacang hijau.

6.Sangai tepung kacang hijau dalam 5 minit dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk tambahkan gula halus ikut kemanisan yang kita nak.

7.Tadaaaaa…dah siap.Sedap dan ranggup.

Selamat mencuba yer.

Info Ekstra!

Gulung lekat pakai bancuhan tepung gandum, guna putih telur pun boleh.
Saya lepas 2 hari baru saya sumbat inti (tepung hijau), bukan lepas goreng sumbat terus.
Tepung kacang hijau kena sangai dulu untuk elakkan berbau.

MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak-mak yang nak cukupkan kuih raya, boleh cuba resipi ini. Sangat mudah dan senang. Tak perlu adun doh untuk buat kulitnya, hanya guna popia je.

Sumber: Faizal Noraini