
Selepas kejayaan Projek: High Council pada 2023, dunia KUDRAT kembali menjadi perhatian menerusi Kudrat 1968, sebuah kisah prekuel yang membawa penonton melihat latar cerita sebelum siri asal.
Siri Kudrat 1968 turut menampilkan beberapa bakat muda termasuk Mierul Aiman yang kembali membawakan watak Kuda, selain Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Akmal Asyraf dan Chech Harith.
Namun, satu kemunculan istimewa dalam episod kedua menarik perhatian penonton apabila usahawan dan pempengaruh tempatan, Christy Ng, tampil sebagai pelakon kameo.
Baca artikel: Ikatan Terlarang Drama Astro Baharu, Kisah Cinta Rumah Tangga Penuh Pengkhianatan & Air Mata
Dalam salah satu babak sekitar minit ke-29 episod kedua, Christy dilihat membuat kemunculan untuk beberapa saat.
Berdasarkan perkongsian yang tular di media sosial, Christy dipercayai membawakan watak sebagai pembantu peribadi kepada pengetua sekolah.
Walaupun hanya muncul dalam tempoh singkat, lakonan Christy yang bersahaja serta penggunaan bahasa Inggerisnya menarik perhatian penonton.
Segelintir netizen turut memberikan pujian terhadap kemunculan tersebut dan menyifatkan babaknya sebagai antara momen menarik dalam episod berkenaan.
Kemunculan Christy dalam Kudrat 1968 sebenarnya mempunyai kaitan dengan kerjasama komersial antara jenama miliknya dan siri berkenaan.
Jenama Christy Ng merupakan antara penaja komersial dan gaya hidup untuk Kudrat 1968.
Kerjasama tersebut turut diperluaskan menerusi koleksi edisi terhad bertemakan KUDRAT yang menampilkan beberapa rekaan beg dan stokin khas.
Antaranya ialah beg dengan emblem KUDRAT, sekali gus membawa elemen daripada dunia High Council ke dalam produk gaya hidup sebenar.
Christy sebelum ini turut berkongsi bahawa beliau bersama beberapa pekerjanya yang dikenali sebagai The Bengap Brothers bakal membuat penampilan istimewa dalam Kudrat 1968.
Kemunculan Christy dalam Kudrat 1968 memberikan warna berbeza kepada siri yang banyak menampilkan barisan pelakon muda.
Walaupun hanya tampil sebagai kameo, penampilannya tetap mencuri perhatian penonton yang mengikuti perkembangan dunia High Council.
Bagi peminat siri berkenaan, kemunculan sebegini turut menjadi antara elemen yang membuatkan Kudrat 1968 terus menjadi bualan di media sosial.
Baca juga artikel: Avatar The Last Airbender Bocor Di Media Sosial, Lelaki Ditahan Akses Server Secara Haram
Sumber: Threads