
KucingĀ dipukul & disumbat dalam longkang tanpa sebab, wanita kongsi “manis” jadi mangsa jiran benci kucing. Tular di media sosial, seekor kucing bernama “Manis” yang menjadi mangsa keganasan manusia tanpa sebab.
Manis yang merupakanĀ kucing indoor ditemui tidak bermaya di dalam longkang ketika dicari tuannya, dikenali sebagai @Kak Yong yang agak panik selepas mendapati Manis tiada di dalam sangkar ketika mahu keluar bekerja. Dalam panik mencari, Kak Yong yang juga seorang makeup artis (MUA) ternampak seorang jirannya sedang memukul sesuatu di dalam longkang namun kemudian beredar dari situ selepas ternampak dirinya.
Kucing Dipukul & Disumbat Dalam Longkang Tanpa Sebab
Berkongsi peristiwa ini, Kak Yong mengakui hatinya luluh saat menarik Manis dari dalam longkang. Sambil menjerit “kau nak bunuh kucing aku”, sambil menarik Manis yang sudah longlai.

Wanita Kongsi “Manis” Jadi Mangsa Jiran Bencikan Kucing
“Dia nampak aku dan terus masuk rumah but my instict kuat nak tahu apa benda. Dan aku tak nak harap itu anak aku. Aku sertakan video yang aku mendengus berdebar masa nak tengok longkang tu dan apa yang aku jumpa ialah anak bulu aku. Ketika aku tarik dia, muka anak bulu aku dah berlumur darah.Ā Hancur ya Allah hati aku,” ceritanya sambil membuat emoji menangis.
“Bahagian telinga lebam-lebam, dalam mata pembulu bahagian badan dan kaki semua okay cuma bahagian kepala memang “bad injuries”, so memang kena ketuk kuat area kepala ya Allah.“Data computer doctor tunjukkan yang Manis “super stres” dan sangat sakit. Sekarang manis perlu di monitor 48 jam. Tapi sekarang doctor cuba bantu call vet muar (paling dekat) untuk xtray. So jom kita doa sama-sama semoga dipermudahkan, semoga vet Muar terima untuk x-ray Manis hari ini jugak.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI